Lelaki yang wajar
Buat saudara Jonos, gelak le puas-puas, aku pun nak tergelak juga bila baca balik hehehehe….
Segala-galanya bermula lewat sembilan tahun yang lalu. Aku masih mahasiswa yang hijau. Tahun satu malah. Serba serbinya padaku agak baru. Dari kampung aku tercampak ke sebuah desa yang telah di modenkan menjadi sebuah Bandar yang unik . Ya, itulah Shah Alam pada kaca mataku, Shah Alam yang telah mengajar ku menjadi lelaki yang sepatutnya.
XXXXX Lelaki yang wajar. Ini kisahku ,beredaran dari rentetan hidup yang perit dan mendewasakan.
Pada tahun satu itu aku memang lebih menumpu kepada pelajaran. Soal berpacaran kutepikan demi mengejar keputusan ‘sijil dekan’ yang di idamkan semua. Tambahan pula, aku tidak tergolong dalam lelaki yang kacak, demikianlah aku mentakrifkan diriku yang agak gempal dan berkulit sawo matang tetapi gelap.
XXXXX "Berkulit sawo matang itu, ciri-ciri lelaki macho, kawan" ujar Omar kawanku yang paling gila-gila di dalam kursusku.
XXXXX "Iyelah tu"aku sekadar membenarkan, malas hendak melayan kepala gila Omar. Pastilah hukum-hukum kalkulus darjah pertama telah membuatkan kepalanya sewel sedikit. Aku dan dua tiga ratus mahasiswa yang lain tidak terkecuali. Ada yang malah menari-nari di balkoni asrama ketika jarum jam sudah melepasi pukul dua belas, saat bulan mengambang penuh. Zuhdi adalah pelaku gila yang ku kenal itu.
XXXXX "Aku menyeru semangat werewolf, agar masuk ke dalam jasadku" katanya kepada aku, Omar dan Hanzalah sebaik sahaja terduduk penat di hujung balkoni selepas salam ‘puja werewolf’ itu selesai di buat. Hanzalah mengaru-garu pipinya yang sedikit di tumbuhi jambang.
XXXXX "Nak buat apa?" tanya Omar yang tidak faham dengan maksud perbuatan Zuhdi itu. Sesungguhnya, aku juga tidak faham maksud perbuatan Zuhdi yang tidak masuk akal itu. Dari raut wajah Hanzalah, aku juga yakin bahawa dia tidak faham maksud perbuatan Zuhdi yang sia-sia itu.
XXXXX "Untuk mendapatkan result yang bagus, menari di tengah-tengah malam ini, boleh mengeluarkan peluh yang banyak, membuatkan darah berjalan yang pantas. Ini pula akan membuatkan otak kita menjadi aktif" Zuhdi mengeluarkan pendapat yang entah di kutip dari sudut fakta yang mana.
XXXXX "Maksud engkau, gred otak kita boleh berubahlah, kalau kita menari tengah-tengah malam buta macam yang kau buat ni?" Aku menanyakan persoalan mudah itu. Zuhdi mengangkat jari telunjukknya padaku, mengisyaratkan bahawa pertanyaan aku itu adalah jawapan yang tepat. Omar bersilang tangan mendengar jawapan Zuhdi itu.
XXXXX "Aku rasa otak kau ni, sudah jatuh ke gred yang bengap!" marah Omar.
XXXXX "Banyak lagi kerja kufur lain, yang kau boleh buat!" Hanzalah pula memarahi Zuhdi. Aku dan Omar yang mendengar jawapan ‘pangkah’ dari Hanzalah itu, tidak mampu menahan diri dari ketawa. Bergegar ketawa kami ditengah-tengah malam itu.
XXXXX "Hoi !, siapa yang ketawa tu?" seruan marah Johan, penggawa asrama yang marah membuatkan kami berempat seperti lipas kudung melarikan diri balik ke bilik masing-masing, tertunduk-tunduk.
XXXXX XXXXX Ah!, siapa sahaja yang tidak takutkan penggawa di asrama ini?.Semua pelajar, tidak kira yang junior mahupun yang senior, takutkan penggawa. Kata-kata mereka adalah hukum, pendapat mereka adalah fatwa, sekali pun salah janganlah hendak di bantah. Kalau tidak, bersedialah untuk kemaskan baju, gulung tikar dan keluar dari asrama yang selama ini menjadi tempat tinggal.
XXXXX Seorang pelajar yang cemerlang dengan anugerah dekan pernah ‘mencabar’ protokol ini. Baim namanya, seorang pelajar kampung yang ‘lurus’, dia tidak pandai hendak ampu orang, dan kalau salah dia akan menegur. Hampir semua pelajar tidak suka dengan sikap lurusnya itu, namun kerana dia seorang pelajar yang sudah beberapa semestar menerajui pelajar-pelajar lain di karpet merah sijil dekan, mereka yang tidak sukakan si Baim ini mengambil masa yang agak lama untuk merancang menyingkirkan Baim. Tambahan pula, Baim ini memang tidak menyokong ‘raging’ dan suka menolong siswa-siswa semestar pertama yang baru hendak mengenal tendang terajang dunia kampus. Jadi ramailah pelajar-peljar junior yang menganggap Baim itu sebagai ‘Abang Long’, kaunselor tidak bergaji. Cuma ‘abang long’ tidak sedar, dia punyai musuh yang tidak sukakan caranya. Ada yang malah dari Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
XXXXX Baim akhirnya masuk ke jerat mereka juga. Baim di singkirkan kerana di katakan pelajar yang menjalankan perniagaan rokok disamping menjual makanan ringan. Baim berkeras dengan mengatakan bahawa bukan dia sahaja yang menjalankan perniagaan itu malah ada pelajar-pelajar lain juga turut melakukannya. Baim mempersoalkan kenapa dirinya di hukum sedangkan pelajar-pelajar yang lain di berikan kelepasan.
XXXXX Kelancangannya mempersoalkan kuasa penggawa itulah yang akhirnya menyebabkan Baim terusir dari menduduki Kolej Kediaman Hang Tuah.
XXXXX "Engkau hendak tidur mana malam ini, Baim?" aku menanyakan Baim dengan hati yang walang. Aku melihat masa hadapannya sukar yang terlalu.
Rasa macam malas pula nak sambung, Kesaktian benih ini nampaknya tidak mandraguna lagi. Saktinya tidak jadi. Entahlah barangkali harus di semai di kota daluwarsa dahulu, agaknya…

0 Comments:
Post a Comment
<< Home