My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Tuesday, May 23, 2006

Berjagung-jagung

XXXXX Kerana menulis ini adalah kerja yang sepenuh masa pada saya, saya akhirnya memilih untuk berjagung-jagung. Hidup sebagai seorang penulis jauh bezanya dari kehidupan seorang orang teknikal. Seperti langit dan bumi. Ya orang teknikal menulis juga, tetapi mereka menulis laporan. Technical Report,mengikut istilah mat salehnya, bahasanya?, hmm…sungguh indah. Cuba tanya pada saudara ICESOUL (Jiwa Ais) yang baru pulang dari Doha itu.
XXXXX Saya kira cerita pasal dunia teknikal ini mungkin boleh di buat sebuah novel kisah lucu. Saya ketawa besar mendengar kisah-kisah ICESOUL ketika di Doha itu. Terbayang bagaimanalah agaknya kalau saya di tempatnya, berhadapan dengan tukang-tukang Nepal yang mengaku diri mereka sebagai jurutera. Saya kira harus berguni-guni sumpah seranah saya pada jurutera-jurutera Nepal itu. Kalaulah pula mereka itu bekerja di Malaysia, saya pasti akan ada yang wajib makan penampar solok (guna istilah laksamana Jonos) kalau pun tidak harus seorang dua tersuap terajang yang fardu.

Kerana di sana, kita sama-sama kuli. Jadi berlakulah yang kuli.

Berbalik pada kisah bertanam jagung itu, kerana jagung itu lebih dahulu cepat boleh dituai dari menanam padi, maka saya mengira-ngira bolehlah juga menanam jagung di samping menunggu padi masak dan menguning. Benih-benih jagung itu juga ada yang sudah terlalu lama di simpan didalam cdr, menunggu-nunggu detik dan ketikanya untuk di semai.

Hmm barangkali saya harus menggunakan benih jagung sakti yang pernah di emelkan oleh ‘Jack and the beanstalk’ kira-kira lewat satu darsawarsa yang lalu.

Ah!, pakai benih jagung saktilah!.

Harap-harapnya tak ada ‘Gorila Besar’ yang duduk di dalam jagung sakti itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home