My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Thursday, June 01, 2006

Sahabat Kole Kacang 2 dan sebuah kesedaran

XXXXX Esok bulan baru, ladang ‘jagung’ dan ‘kacang’ harus sudah boleh saya tuai untuk di hantar kepada pemborong. Saya menanam ‘jagung’ dan ‘kacang’ serentak. Kacang nampaknya sudah 85 peratus siap, sudah ada 96 muka surat. Bahagian-bahagian kisah yang belum siap itu saya hantarkan kepada si JiwaAis untuk pelukis itu mendapatkan moodnya. Cuma setiap kali bab baru bermula, storyline di ganggu gugat dengan kehadiran kad-kad yang baru. Suatu yang menyeronokkan.
Keseronokkan menulis ini adalah pada saya suatu nikmat bekerja yang belum pernah saya perolehi dari mana-mana mahkam pekerjaan saya sebelum ini. Dr Fadilah kamsah yang menjelaskannya, semalam, ketika ibu lewat tertidur sewaktu Datuk Dr Fadilah Kamsah memberikan ceramah mengenai pekerjaan. Saya terleka sejenak mendengar masalah-masalah orang bekerja.
XXXXX “Monday Blues” adalah salah satu masalah yang pernah saya hadapi oleh para pekerja ini. Tetapi saya beruntung, kerana saya tinggal di selayang (waktu itu) dan tempat kerja di Shah Alam ( ya, tolong anggarkan jaraknya), Monday blues saya hilang sepanjang perjalanan hendak ke tempat kerja, dan setibanya di sana, segala rasa tidak seronok hendak bekerja itu hilang.
XXXXX Dr fadilah membincangkan betapa pentingnya untuk merasa seronok dalam bekerja. Ya, saya menyetujui falsafahnya. Berasa seronok itu sangat penting kerana percayalah, bila keseronokkan bekerja itu masuk bersatu bersama matlamat, segala keletihan bekerja itu akan bertukar menjadi suatu kepuasan yang tersendiri. Saya menganggap menulis ini telah jadi kerja yang hakiki pada saya. Ia bukan lagi satu kerja, tetapi lebih kepada kerjaya. Ia mengisi bahagian-bahagian diri yang kosong, terkadang-kadang membuat saya resah tetapi perlu, jauh tetapi mendekat, tenang namun sebenarnya kalut, memperindah dan membuat dunia saya menjadi satu dunia fikir dan kerja yang tanpa sempadan. ‘Kerja’ yang membina yakin diri yang paling penting membuat saya sedar dengan matlamat
XXXXX Saya suka mengucapkan terimakaih kepada Pergh, kerana di sanalah sebenarnya saya mula-mula belajar mempercayai kebolehan diri, mengumpil kematangan dan kesungguhan yang tertanam lama di dalam angan-angan. Berdiskusi dengan teman-teman yang membuatkan kami semua pada akhirnya mempunyai keyakinan didalam bidang penulisan dan perlukisan. Satu bidang lama yang kini telah mendapat nafas baru. Sejajar dengan berkembangnya teknologi, bidang ini turut menabrak dunia saya yang sebelum ini terbendung dalam gaya yang konvensional.
XXXXX Saya kira perjalanan saya masih jauh, namun harapannya jelas.

2 Comments:

Blogger Faisal Nordin said...

"ganbatte neh" nasihat dari kawan dari jepang..! aku kena makan kole kacang bagi mengembalikan mood setelah asik dok makan kebab dan roti nan selama 6 bulan...

3:42 PM  
Blogger Panaharjuna said...

Oooh kau dah pulih yea...
hmmm...macamana pil penumbuk solok hari tu ?,dah ok dah?, kena nak sebutir gi?
teman tapi kacip, hahahaha...

4:55 PM  

Post a Comment

<< Home