Just Tajul Sir !
XXXXXXXXXX Ketika menjalani pengajian di Semester ke empat, saya berguru dengan dua pensyarah bukan Melayu yang mengajar subjek Linear System. Dr Riadh, pensyarah dari Mesir dan Dr Nabil, juga pensyarah dari tanah Arab (saya kurang pasti di mana). Kami, pelajar-pelajar dari Kejuruteraan Elektrikal (major instrument) bertuah kerana mendapat pensyarah ini, berbanding pengkhususan yang lain yang mendapat pensyarah dari India. Sudahlah bahasa Englishnya berbelit-belit, ada pula yang syok sendiri bila mengajar sehingga terlangsung melepasi waktu lunch yang di beri wajib oleh jabatan pada pukul satu !
XXXXX “Oi keling!, dah la tu!, aku tak makan lagi ni!” pernah Omar, seorang kawan yang paling gila-gila di kursus saya memekikkan kata-kata ini bila kuliah mereka di beri ‘ekstra’ tiga puluh minit. Pecahlah ketawa di dalam bilik kuliah dan terpinga-pingalah pula pensyarah dari India itu.
XXXXXXXXXX Berbalik kepada Dr Riadh, Dr Riadh adalah pensyarah berkepala sulah namun mempunyai kredibiliti yang jauh mengatasi rakan sejawatnya Dr Nabil. Dr Nabil adalah seorang yang serius manakala Dr Riadh adalah seorang yang ceria. Saya hanya bertemu Dr Nabil di dalam lectur teater, manakala saya bertemu Dr Riadh dalam semua tutorial yang di buat di bilik tutor. Saya malah bertemu Dr Riadh di kafeteria, dan dia membelanja saya minum. Saya kira Dr Riadh itu barangkali berjiwa bebas, lalu sewajarnya dia merasa senang berkawan dengan sesiapa saja tanpa mengira siapakah kawannya itu.
XXXXX Suatu peristiwa yang lucu terjadi pada suatu hari ketika dia menyoal seorang kawan saya. Kebetulan kawan saya ini, Si Tajuldin lambat masuk ke kelas tutorial.
XXXXX “What is your name?”tanya Dr Riadh, barangkali hendak memastikan bahwa si Tajuldin itu benar-benar siswa dari kuliahnya supaya boleh dia menanda kedatangan Tajuldin
XXXXX “My name is Tajul, sir”, jawab si Tajuldin, barangkali malu hendak menyebut nama panjangnya.
XXXXX “Tajul?, what Tajul?” tanya Dr Riadh.
XXXXX “Just Tajul, sir,” Tajuldin tidak memberikan ‘jamak’kepada namanya .Hanya Tajul, seketul.
XXXXX “Oh cannot, your name must be followed by another name”beritahu Dr Riadh, saya sudah menekup mulut hendak menahan ketawa ketika itu, bila melihat Tajul terpinga-pinga.
XXXXX “la nama aku sendiri pun tak betol?, bengong,”komen Tajul kepada dirinya sendiri. Kami semua ketawa beramai-ramai.
XXXXX Menurut kata ibu, nama Tajul itu kata dasarnya adalah ‘Taj’, yang bererti mahkota, jadi apabila disebut mahkota tentulah orang akan bertanya, mahkota apa?, atau mahkota siapa?. Perkataan ‘Tajul’ itu tidak boleh berdiri yang sendiri kerana perkataan itu sendiri ‘meminta’ disambungkan.
XXXXX “Tajuldin, sir” Akhirnya Si Tajul memberikan nama panjangnya kepada Dr Riadh.
XXXXX “Yes, that one is correct”
Saya masih tidak dapat melupakan ensiden itu sehingga hari ini.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home