My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Thursday, May 18, 2006

Chicklit

Ini saya translate saja dari link yang di tinggalkan oleh salah seorang pelawat di blog Universiti Terbuka. Translate bodoh…

‘Chick lit’ adalah istilah yang di gunakan untuk merujuk satu genre fiksi yang popular, ditujukan kepada golongan wanita, terutamanya gadis bujangan, yang bekerja di dalam julat usia awal dua puluhan.

Penciptaan genre ini muncul dengan galak, kalau pun bukan di cipta khusus, pada pertengahan tahun sembilan belas sembilan puluhan dengan kemunculan novel Helen Fielding, Bridget Jones’s Diari dan berbagai lagi contoh karya yang serupa.

Didapati bahwa genre ini mendapat sambutan yang hangat melalui penjualan yang bagus dan berterusan didalam tahun dua ribu. Dengan senarai tajuk chicklit yang bestseller, malah yang utama, karya-karya begini mulai mencipta jejak kepada pembaca-pembaca yang mengemari karya chicklit ini.

Didalam karya-karya Cicklit ini, watak dan trend wanita protagonis yang hip, bergaya, berusia dari lingkungan kehidupan perempuan dua puluhan atau awal tiga puluhan,dengan latar belakang kota besar yang membawa arus pembangunan, dimasa yang sama bergelut dengan dunia cinta dan kerjaya mereka.(kebiasaannya adalah kerjaya didalam bidang penerbitan dan pengiklanan). Buku-buku chicklit ini, kebiasaanya datang dengan tema yang bernada agak menyimpang dari tradisi, adat dan norma-norma yang mengikat wanita-wanita muda dengan nilai tradisi kewanitaan yang lemah lembut dan mengutamakan kesucian,diwaktu yang sama turut mengangkat tema hidup yang berkisar mengenai kejujuran dalam perhubungan.
Satu contoh karya yang mengunakan ideologi chicklits ini adalah Karya Candace Bushnell’s yang terkenal dengan ‘Sex and the City’, dimana karya ini telah pun dijadikan satu siri tv yang mempunyai jumlah penonton yang ramai.Pecahan genrenya yang pelbagai telah pula membina beberapa audian yang khusus, seperti novel-novel yang memenangi Emmy, pengarang Lori Bryant Woolridge yang terkenal dengan novel chicklitnya yang bertajuk “Read between the lies”, “ Hitts and Mrs..,” dan “Mourning Glo”, dikarang khusus untuk wanita yang mempunyai berbagai corak fikiran.

Menjauh dari itu, ianya adalah jelas dari sumber ( ‘chick’ adalah istilah slanga dari amerika yang bererti perempuan dan “lit” adalah kependekkan dari “literature” yang bererti sastera). ‘Jenama’ ini walau bagaimanapun turut di guna pakai oleh satu syarikat membuat gula-gula getah.
Bagaimanapun, genre ini di dakwa sebagai sejenis fiksi (kisah rekaan) yang menyokong fahaman feminist. Dimana ia turut merangkumi keluasan pengalaman yang unik dari golongan ini yang berkisar didalam tema keluhuran cinta, pertunangan, perkahwinan malah berbagai-bagai tema perhubungan diantara lelaki dan perempuan.
Contoh pengarang lelaki seperti Ben Elton, Mike Gayle dan Nick Hornby pula menunjangi karya-karya yang bertema seperti ini tetapi di dalam dunia lelaki pula. Karya seperti ini di kenali sebagai “Lad Lid” atau “Dick Lit”,( Lad Lid sastera untuk budak lelaki, remaja lelaki. Dick lit sastera untuk lelaki matang, macho, jantan)

Istilah chicklit ini pertama kali digunakan adalah pada tahun sembilan belas sembilan puluh lima untuk “Antologi Chick Lit – Fiksi wanita muda”, di edit oleh Criz Mazza dan Jeffrey DeShell. Karya di dalam antologi ini, pada ketika itu masih lagi belum di kenali sebagai ‘Chick Lit’ seperti mana chicklit yang di kenali pada hari ini dan istilah ‘chick lit’ itu sendiri digunakan untuk mengambarkan satira, sindiran.
Walau bagaimanapun, James Wolcott’s di dalam artikelnya pada tahun sembilan belas sembilan puluh enam yang bertajuk “Hear me purr”, memetik, chicklit adalah definasi yang diberikan untuk mengambarkan adanya bukti-bukti trend “kegadisan” dan “wanita remaja” dalam karya-karya penulis pojok akhbar wanita pada ketika itu. Sudah tentu artikel-ertikel ini adalah senada dengan karya-karya besar chicklit pada ketika itu seperti karya Helen Fielding’s yang terkemuka, Bridget Jones’s Diary dan karya Candace Bushnall’s Sex and the city . Dua karya itu adalah kisah-kisah yang digarap dari ruangan-ruangan pojok penulis wanita chicklit ini.

Dengan kejayaan dua karya besar didalam bentuk novel itu, era karya-karya Chick lit pun bermulalah dengan jayanya. “The Girls Guide to Fishing and Hunting” yang ditulis oleh Melisa Bank telah di berikan perhatian sebagai salah satu dari karya yang di asaskan untuk menjadi sebuah novel chicklit, walaupun istilah chicklit telah digunakan secara am pada era penerbitannya di tahun sembilan belas sembilan puluh sembilan, istilah ini telah di gunakan secara umum pada pada tahun dua ribu dan dua ribu satu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home