My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Saturday, June 03, 2006

Ombak Gadang Para Pelukis

XXXXX Faizal menalifon saya sekitar jam sebelas malam, semalam, menganggu jari jemari saya yang sedang rancak menaip Sahabat Kole Kacang 2. Aduhai pelukis saya ini, bersemangatnya dia. Saya berbasa basi mengenai kerja dan seperti biasa membakar semangatnya dengan memberikan beberapa berita karut dan dongeng untuk sekadar berlelucuan dan ketawa meringankan fikiran.
XXXXX "Kau tau tak macamana nak kasi kereta, laju jalan?" tanya Faizal, saya sudah mulai ketawa mendengar kata-kata Faizal itu, saya sudah faham akan ke mana analogi si Faizal ini. Ah!, apalagi masalah anak muda di kota metropolitan kalau bukan masalah yang itu!.
XXXXX "Kereta itu memanglah boleh jalan tapi slow la!,"Faizal memberikan jawapan tanpa perlu saya pinta
XXXXX "Minyak ada tak?"
XXXXX "Ada, tapi nak kasi laju kena la letak minyak ‘pelincir’, barulah cargas
hendak buat kerja!, minyak pelicir tu!, minyak pelincir!" saya ketawa lagi, saya paling suka menyakat kalau bukan dua orang ini, Faizal dan Jonos. Mereka berdua ini ada satu persamaan yang menarik kalau berlelucu, lelucunya tidak ada yang kosong, didalam lelucunya terbendung erti dan maknanya yang dalam.
XXXXX "Sabor la," pujuk saya, "engkau sekadar tak ada minyak pelincir jer, aku pulak, ‘minyak’ yang guna hendak jalan tu pun tak ada!"
XXXXX "Ha tau pun?, aik ‘disangkar’ apa cerita?"
XXXXX "Entah ler, khabornya bulan tujuh"
XXXXX "Aik!, bukan bulan ni ke?"
XXXXX "Kata editornya lah, ni yang aku gagahkan juga menyiapkan kole kacang ni"giliran Faizal pula yang ketawa.
XXXXX "Kucing bersunat apa cerita?"tanya saya pula.
XXXXX "Besok mungkin sampai kot, sen dah masuk sedikit, leh la beli"
XXXXX "Ha okey la tu, nanti jangan lupa kasi aku pinjam"saya awal-awal sudah meminta Faizal supaya jangan melupakan saya setelah buku itu habis di baca.
XXXXX "Boleh claim tak?" tanya Faizal,suaranya kedengaran antara gusar dan berharap. Saya ketawa lagi. Sukar saya hendak menjawab pertanyaan Faizal itu.
XXXXX Saya teringat diri Faizal yang mula-mula saya kenali dahulu. Sewaktu dia masih belum di hantar ke Doha untuk menjalani misi ‘getir dan kemanusiaan’ di ‘kota musim derita’ itu. Ketika mula-mula melihat stroke lukisan Faizal di dalam majalah Alwan, saya tertanya-tanya,
XXXXX "Boleh survive ke stroke si Faizal ni?" stroke Faizal agak kasar dan keras ketika itu, tetapi ceritanya menarik. Saya tidak tahu bahawa stroke Faizal itu adalah strokenya yang paling awal, dia sudah ada stroke yang lebih terkehadapan dan kemas seperti yang saya lihat di dalam buku Sahabat Kole Kacang.
XXXXX Sebelum berkenalan dengan pelukis-pelukis ini, saya tidak pernah menduga bahawa stroke seseorang pelukis itu juga mempunyai tahap perubahan, tahap evolusi, ( ha ha ha ha ha) . Setelah beberapa tahun berkenalan dengan teman-teman pelukis ini, barulah saya menyedari bahawa stroke seseorang pelukis itu akan berubah ke satu tahap setelah melalui beberapa ‘zaman’ pertapaan . Tempat pertapaan juga memainkan faktor yang luar biasa. Pertapaan di negeri Jabal Al Tariq tidak sama hasilnya dengan pertapaan di negeri Al Ameen. Skynet masih berevolusi, saya tidak tahu pada tahap mana dia akan berhenti, Wanzu?, ya dia memang ‘berevolusi’. Faizal yang juga lebih di kenali sebagai JiwaAis juga sudah melalui pemeringkatan, Helmi?, hmm…saya kira sudah lama, begitu juga dengan Jonos dan Amin. Yang sudah keluar dari tahap biasa saya kira cuma Nuriazam, Ajiff, Kromosom, Invictus dan beberapa orang pelukis dari angkatan Urban Comics dan Keluang Man.

XXXXX Tembakau, Aie, Kak Pah, Azmi dan Ujang saya kira adalah transetter. Ada yang kini sudah menjadi lagenda . Ada yang saya duga sudah ‘surface from earth’ atau mungkin saja menyembunyikan diri. Sesekali apabila mereka timbul, karya mereka menyengat dan di rindui. Selebihnya mereka ini duduk diam dan memerhati.

Alif adalah satu-satunya pelukis yang saya kenal, tetapi tidak saya ketahui tahapnya, Alif ini unik dan saya lihat tersendiri. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa dia pernah memenangi beberapa anugerah berprestij. Antara yang pernah saya hadiri adalah peraduan Alih pandang –lukisan Potret di Balai seni lukis negara, Alif memenangai hadiah saguhati kalau tidak salah pada hari itu. Dia mempunyai tahap err…Black Kriptonite. ( ha ha ha ha ha)

Namun yang meletak pena melukis juga ramai. Pelukis komik ‘Suriati’ antara yang terawal melakukannya, saya sampai sudah terlupa namanya. Arie, kembarnya Nizam, mendiamkan diri, terakhir saya temui sewaktu majalah OK hendak menutup syarikatnya. Mafia Urban juga khabarnya sekarang ini menumpu di dalam bidang arkitek.

Namun yang saya kira paling perlu di jaga dan di beri perhatian adalah orang-orang lama yang masih mengalir dan berdarah jiwa seninya seperti Kalam Timur, Ujang , Cabai, Mishar, Jaafar Taib, Kerengge, Lee, Asan, Nuds, Wee Man,Raja Hamzah, Halim Teh dan Azman Yusoff (sekadar menyebut beberapa nama). Pak Zainal Buang Hussein itu jika menyambut tawaran kursus di ITM pada tahun di mana saya di lahirkan (1974), hari ini barangkali seorang Dekan kepada sebuah fakulti lukisan di ibu kota. Christoper Chu (Adonis), Baba Chuah dan Adijin adalah contoh pelukis yang saya kira sudah berjaya di dalam kelompok yang antarabangsa.

XXXXX Apa-apa pun saya sebenarnya berharapan yang besar agar semua pelukis-pelukis ini, tidak kira siapa, tidak kira lama dan baru, tidak kira sejuk dan panas dapat berteduh di bawah satu payung bebas dan mempunyai satu suara yang mantap dan kejap. Pengalaman-pengalaman mereka ini, pada hemat saya, sangat mahal dan bererti. Setiap seorang dari mereka itu mampu memberikan nasihat-nasihat yang bagus kepada bakal pelukis dan juga kepada pelukis yang masih mencari-cari arah, ruang , tapak dan matalamat. Stroke-stroke yang mereka hasilkan sebenarnya adalah diri yang mewakili penyataan siapakah mereka. Yang sebenarnya.

Saya berharap dan berdoa agar di satu ketika nanti, para pelukis di Malaysia ini mempunyai satu nilaian kehormat di mata semua. Saya melihat langkah kearah itu memang ada kendati langkahnya agak perlahan dan pendek.

Bilakah agaknya langkah yang agak besar itu boleh di buat?.

Ombak gadang masih mampu memecahkan benteng.

3 Comments:

Blogger Faisal Nordin said...

padan la aku tersedak sakan tadi..

1:27 AM  
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Hmmm.... macam sindir-sindir penerbit saja!

4:09 PM  
Blogger mfrstudio said...

waaahh...bagus-bagus...bersemangat menjadi pelukis waja..moga dgn lukisan kita dapat berdakwah..apa guna melukis andai ia bukan satu ibadah.wallahua'lam.

1:48 AM  

Post a Comment

<< Home