My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Friday, June 02, 2006

Antara Orang Kuat, Kisah Batman dan Justice League

XXXXX Pagi ini saya sudah menetapkan untuk menonton cerita Justice League, tetapi entah mengapa kerana leka menaip saya tidak sedar bahawa jarum jam sudah pun mencecah ke angka sepuluh suku. Bila menyedari bahawa saya sudah terlepas hampir lima belas minit, cepat-cepat saya meletakkan komputer saya dalam kondisi standby
( komputer saya bermasalah jika program screen saver bermula). Duduk sebentar lalu menatap kisah pertarungan Justice League.

XXXXX Minggu ini kisahnya memang menarik, ia berkenaan kisah seorang orang kerajaan yang berusaha untuk melumpuhkan satu jentera yang mereka cipta sendiri, Satu kumpulan mutan yang wujud melalui dimensi fikir seorang kanak-kanak. Seorang kanak-kanak dengan kuasa luar biasa mampu menukar alam sekitarnya menjadi dunia realiti maya yang tragis.

XXXXX Dunia jadi berontak dan Justice League terpanggil untuk menyelamat.

Apa yang menarik perhatian saya pada kali yang ini adalah bagaimana kisah itu di ceritakan. Pembina skrip Justice League memilih pendekatan Voice Over ( pembicara di belakang tabir) yang menceritakan kisah Batman dan keperluan tentang betapa pentingnya Batman itu di ganti. Dialog-dialognya kemas dan bagus, penceritanya adalah seorang perempuan tua yang terlibat di dalam Projek Cardmus. Saya mengira bahawa cerita yang di paparkan itu menarik kerana dialog-dialognya yang pendek, padat dan bererti. Bagaimana bicara-bicaranya mengenai tindakkannya yang penuh dosa, membuat masyarakat jadi keliru, permusuhan yang akhirnya menjadi persahabatan, pendiriannya dalam menghadapi Justice League dan keperluannya untuk menghasilkan seorang lagi ‘batman’ akhirnya nyaris-nyaris membawanya untuk menjadi manusia yang berlakon sebagai tuhan. Menyuratkan perjalanan hidup seorang anak agar sejalan dengan hidup Bruce Wayne yang penuh duka. Namun dihujung perancangan itru, dia gagal, lalu lahirlah Batman yang tidak sepintar Batman yang origin, kendati Batman yang kedua
(Batman Beyond) telah pun muncul untuk mencorak erti keadilan di dunia para penjenayah.
Saudara Jonos pernah menunjukkan saya keratan sebuah majalah lama mengenai muka depan sehelai muka surat Batman : The Brotherhood of the Bat.

“Dia orang ni ganti Batman lepas Batman mati”

Saya kira kostum yang di pakai oleh penganti-penganti Batman itu jauh lebih hebat, namun empat orang Batman diperlukan untuk mengawal kota Gotham. Penjenayah di masa hadapan itu lebih pintar dan lebih hebat, barangkali.
Batman mengikut kata pembina wataknya adalah cemaran dari dua orang superhero yang agak terkemuka juga iaitu The Shadow dan Zorro. Ertinya, Batman itu di bina dengan kebijaksanaan Zorro dan kemisterian The Shadow. Saya pernah menonton kisah mengenai kedua-dua watak ini, dan harus saya akui, Batman memiliki hampir apa yang di miliki oleh kedua-dua watak.
Soalnya, dimana pula “Orang Kuat” saudara Alif pula mendapat originnya?, hmm…saya harus mendapatkan Novelet komik ini sebaik sahaja ianya di pasarkan dalam masa yang terdekat ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home