SEPINTAS HELAIAN : PENDEKAR MERAH BUDIMAN ( EPI 4)
XXXXXXXXXXMalam itu nyatalah satu malam yang agak panjang bagi Merah Budiman dan tetamu-tetamu yang datang ke rumahnya . Penerangan yang di sampaikan oleh Merah Budiman semakin menarik hati ketiga-tiga mereka itu untuk bertanya dengan lebih lanjut sedang diwaktu yang sama, Merah Budiman menjalankan tugasnya mengurut mereka bertiga. Sambil mengurut, sambil itu jugalah Merah Budiman melayan pertanyaan mereka bertiga.
XXXXX“Wah, begitu hebatkah pencuri itu?,”tanya Daik kepada Merah Budiman.
XXXXX“Mereka bukan pencuri Daik, mereka itu penyamun,” beritahu Merah Budiman kepada Daik sambil menerima semula parangnya dari tangan Bahaman.
XXXXX“Apakah bezanya penyamun dan pencuri?”tanya Daik kepada Merah Budiman.
XXXXX“Pencuri itu bekerja seorang diri, Daik,”Merah Budiman menyimpan semula parangnya di dalam peti dimana Merah Budiman mengeluarkan parang itu,“mereka itu biasanya orang-orang kebanyakkan yang ada sedikit ilmu bertarung di dada,” beritahu Merah Budiman sambil tersenyum, “tetapi bila berhadapan dengan orang-orang seperti saudara Adi, saudara Bahaman atau barangkali saudara sendiri, mereka itu dengan mudahnya dapat di tewaskan”
XXXXX“Bagaimana pula dengan penyamun?”tanya Adi pula, berminat.
XXXXX“Yang dikatakan penyamun itu rata-ratanya adalah bekas lasykar atau panglima yang pernah berkhidmat dengan mana-mana kerajaan,”giliran Bahaman pula menerangkan kepada Adi, “barangkali kerana pernah melakukan makar yang kecil, mereka itu di buang negeri lalu yang kecewa dengan hukuman yang di kenakan itu berpaling tadah menentang sultan”
XXXXX“Mereka itu bukan melakukan kerana wangkah?,”tanya Daik pula.
XXXXX“Pada kebiasaannya mereka ini mempunyai maksud yang lebih besar,”terang Bahaman pula,“mereka ini melumpuhkan kerajaan, membuat huru hara di dalam negeri, menawan kampung-kampung yang lemah, merompak sebuah bandar dalam masa suatu malam dan berbagai lagilah makar yang biasanya hanya boleh di lakukan oleh sekumpulan soldadu yang terlatih.” Bahaman menceritakan lagi apa yang di ketahuinya.
XXXXX“Wah, bunyinya seperti hendak merampas kuasa sultan sahaja!”
XXXXX“Ya memang itulah tujuan akhirnya, Adi!”
XXXXX“Rugi sungguh orang-orang seperti ini berpaling menentang Sultan, alangkah baiknya jika mereka ini membantu membangunkan negara.”Adi tersandar di dinding rumah sambil memberikan pandangannya pula.
XXXXX“Penyamun ini wujud kerana adanya orang-orang kaya atau orang-orang besar kerajaan yang mengkhianati amanah, Daik,” Merah Budiman mulai membuka rahsia yang di ketahuinya. Adi dan Daik yang mendengar kata-kata Merah Budiman itu tersentak. Nada Merah Budiman itu seperti membela sahaja lakunya.
XXXXX“Maksud tuan hamba?” Bahaman yang juga turut terganggu dengan kenyataan Merah itu bertanya.
XXXXX“Maksud hamba seperti apa yang di lakukan oleh Telani dan Jejaka itulah,”Merah Budiman memberikan contoh yang paling hampir pada mereka, “orang-orang seperti mereka inilah yang merosakkan kepercayaan masyarakat kepada Sultan.” Penerangan Merah Budiman membuatkan Telani dan Jejaka mengangguk-angguk.
XXXXX“Oh yea, menyebut mengenai Telani dan Jejaka teringat pula hamba pada satu kerja yang telah di amanahkan oleh Panglima Bakaruyung kepada hamba, bolehkah saudara Adi membantu hamba?” Bahaman semakin terkejut bila mengetahui Merah Budiman mengenal Panglima Bakaruyung itu.
XXXXX“Wah!, bagaimanakah Tuan hamba mengenal panglima Bakaruyung itu?, bukankah panglima Bakaruyung itu salah seorang dari Lasykar Putera Mahkota?”, Bahaman cepat-cepat bertanya kepada Merah Budiman, sebelum persoalan yang melintas di benaknya tenggelam dengan perbualan Merah Budiman dan Adi. Bahaman semakin takjub kepada Merah Budiman yang mempunyai pertalian persahabatan dengan pendekar yang ternama itu.
XXXXX“Sekali peristiwa, Telani dan Jejaka ada berbuat onar dengan mengganggu orang-orang di jalanan,”Merah Budiman memulakan kisahnya, “kebetulan pula di waktu itu hamba berada berhampiran, dan cuba mencegah, tetapi maklum sajalah.” Merah Budiman memutuskan untuk menceritakan dahulu kisahnya kepada Bahaman.
XXXXX“Maklum yang bagaimanakah itu Merah Budiman?”tanya Bahaman berminat.
XXXXX“Ah, faham-faham sahajalah saudara Bahaman, hamba ini, kalau dibandingkan dengan Telani dan Jejaka itu ibarat, timun dan durian,mengolek hamba luka, digolek pula lebihlah lagi,” terang Merah Budiman sambil tersenyum, “jadi jalan untuk mencegah kekejaman itu hamba serahkan pada panglima Bakaruyung yang kebetulannya berada berhampiran kawasan disitu”
XXXXX“Panglima Bakaruyung berada di kawasan itu pada ketika itu?”
XXXXX“Kebetulan, hamba pun pada awalnya tidak tahu bahawa Bakaruyung itu salah seorang dari Lasykar Putera Mahkota sehinggalah dia menunjukkan lambang Lasykar Putera Mahkotanya itu.”terang Merah Budiman berhati-hati.
XXXXX“Begitu rupanya.”Bahaman nampaknya berpuas hati dengan penerangan Merah Budiman itu.
XXXXX“Panglima Bakaruyung itu adalah seorang panglima yang adil lagi benci pada penindasan, namanya memang terkenal di mana-mana, saudara Bahaman.” Merah Budiman memutuskan untuk merahsiakan pertaliannya dengan Panglima Bakruyung itu. Biarlah buat masa ini mereka semua mengenalinya sebagai seorang rakyat yang mengenal Panglima Bakaruyung melalui peristiwa semasa.
XXXXX“Bagaimana saudara Adi, bolehkah saudara memberikan pertolongan kepada hamba.” Merah Budiman dengan segera bertanya mengenai kesedian Adi untuk menolongnya dengan tujuan untuk mengalihkan perhatian mereka dari persoalan Panglima Bakaruyung itu.
XXXXX“Bilakah masanya?”
XXXXX“Pada esok hari.selepas Dhuha,”Merah Budiman menjelaskan waktu mereka akan memulakan kerja.
XXXXX“Pertolongan yang bagaimanakah yang saudara maksudkan?”
XXXXX“Hamba memerlukan pembantu untuk membantu hamba memanjat beberapa buah pokok”
XXXXX“Insyaallah, boleh hamba berbuat kerja itu.”
XXXXX“Mahukah tuan hamba seorang pembantu lagi ?”tanya Bahaman yang dari tadi mendiamkan diri.
XXXXX“Alhamdulillah, lagi ramai orang membantu, lagi segeralah tugas ini selesai.” Merah Budiman menyatakan kesediannya untuk menerima sesiapa sahaja yang hendak membantunya.
XXXXX“Kebetulannya, sampan hamba di curi beberapa hari yang lepas, jadi tidak dapatlah hamba hendak turun ke laut menangkap ikan.”Bahaman menerangkan tujuan sebenarnya hendak membantu Merah Budiman. Bahaman sebenarnya berhajat untuk mendapatkan sedikit wang untuk membeli sampan baru.
XXXXX“Insyaallah saudara Bahaman, upahan kerja itu akan kita bertiga bahagikan samarata.” Merah Budiman memberikan jaminannya, sambil menyudahkan kerja mengurut Daik .

4 Comments:
Sdr Panah, activate word verification kalau tak mahu spammer masuk.
bagus... tahniah!
qhai saya pun minat blog anda tapi saya xde iklan wahahahaa...
kenapa merah kenapa budiman? fiksyen ke campo2 nie? tak baca proper.. hit je dulu.. nanti2 nak baca yg buku punye. ehehehe alasannn...
Saya pun terjumpa blog anda secara tak sengaja. Saya pembaca novel, tetapi tidak pernah tersua dengan novel karya anda. Tahniah atas keberanian menonjolkan diri, yang saya tak miliki. Mungkin ada rezeki saya tersua dengan novel karya anda.
Post a Comment
<< Home