Sepintas Helaian : Antologi SEDEKAD PERJUANGAN-Cerpen 4 - Sementara Ke Pintu Redhamu.
XXXXX“Besok kau orang bertiga datang rumah aku lepas asar. Lupakan padang bola tu kejap, Maulud besok kau tolong aku.”Maulud mengangguk-angguk sambil memeluk Qurannya agak erat .Kami berlima berpisah disimpang jalan untuk pulang kerumah . Kata-kata Ustaz Mokhtar mulai perlahan-lahan menyerap kebenakku mulai malam itu.
XXXXXXXXXXItu adalah cerita dua puluh tiga tahun yang lepas .
Dua puluh tiga tahun adalah satu jangka masa yang lama dalam persahabatan. Satu masa yang seharusnya telah boleh mengenal hati dan budi, membaca gerak dan tingkah laku. Begitulah dugaku .
Dan dugaanku ternyata salah .
Betapa dalamnya laut masih mampu diukur , sedang dasarnya dihati manusia? . Kalau tidak masakan hari ini aku akan berhadapan dengan penyoal siasat dari badan insuran terkemuka ini.
XXXXX“Apa hubungan awak dengan si mati ?”.Penziarah ini cuba mencari kelangsungan hubungan diantara kami.
XXXXX“Kawan”
XXXXX“Kawan saja ?” .Terus terangku rupanya mengundang spekulasi dibenaknya. Ada senyuman bermain dibibir penyoal siasat itu . Nescafe yang kusediakan masih belum disentuhnya .
XXXXX“Sebenarnya, lebih dari seorang kawan. Dia adalah seorang sahabat”.
XXXXX“Ohh, begitu,”tangannya telah mulai mencapai nescafe yang kusediakan
XXXXX“Sahabat yang terbuang.” Dahi Si penyiasat berkerut .Cawan nescafe hanya sampai dibibirnya sedang anak matanya lebih dahulu menancap ke mukaku .Ada tanda tanya bermain diwajahnya .
XXXXX“Datuk Rahim sahabat yang terbuang?”,si Penyiasat muda meletakkan Nescafe yang masih belum tersisa itu ke atas meja .Jawapanku barangkali membunuh seleranya. Aku menghadiahkan senyuman buat Penyiasat muda itu, membalas jawapannya dengan anggukkan yang tenang, berturut dan perlahan .
XXXXX“Siapa pula yang bodoh sangat membuang persahabatan dengan Datuk Rahim?,”pertanyaan penyiasat muda itu mulai membuatkan fikiranku di penuhi tompokkan masa silam yang memedihkan .
XXXXX“Tak ada sesiapa, hanya Datuk Rahim yang membuang dirinya sendiri,”dan bersama jawapan itu ingatanku terlayang jauh .Terbawa ke masa-masa yang memedihkan itu.
* * * * * * * * * * *
XXXXX“Rahim!, apa dah jadi dengan kau ni!,” aku menjerkah Rahim bila terlihat sebotol sub zero yang telah separuh kosong terletak elok diatas mejaku. Rahim yang masih mamai bagai tidak memperdulikan pertanyaanku .Aku meredah ke bilik tidur, Amanda yang diheretnya kehulu kehilir selama ini terbaring diatas katil bujangku tanpa seurat benang .Aku menumbuk cermin tingkap kerana tak mampu lagi mengawal amarah. Rahim yang kemamaian, terjaga.
XXXXX“Kenapa kau ni?” Aku tidak pasti samada Rahim menanyakan simpatiku atau kegilaanku .Namun yang aku sangat pasti diketika itu, darahku telah hangat mendidih hingga ke kepala.
XXXXX“Baru sebulan kau datang KL ni, kau dah berani buat kerja gila!” Segera leher Rahim kucekup dan mukanya kutunjal dengan buku limaku. Berkali-kali. Rahim cuba melawan, namun tindakkannya sia-sia. Dihujung telingkah itu, aku menghumbankan begnya keluar dari rumah sewaku.
XXXXX“Keluar!,” telunjukku menghala ke luar pintu. Amanda yang telah pun siap berpakaian hanya mengangkat kedua-dua tangannya, isyarat yang menyatakan ia akan pergi dengan segera. Rahim meludah dihadapan pintu pagar rumah sebelum berlalu pergi. Aku memandangnya dari balkoni hadapan rumah dengan rasa marah bercampur kesal.
XXXXXXXXXXLewat dua hari berturut aku pulang ke kampung demi memungut jawapan kepada perubahan sikap Rahim. Ada kecicirankah pengertianku terhadapnya selama ini dimana-mana?.
XXXXX“Dia lari dari kampung, lepas bertumbuk dengan anak Ujang Senin.Ujang Senin kau tahu-tahu ajelah perangainya macam mana.Panas baran.”Hamzah yang baru pulang dari kilang leka menimang-nimang anaknya yang bongsu.
XXXXX“Sebabnya dia bertumbuk?”
XXXXX“Getah sepapan dua, yang aku dengarlah .Kau pun tau-taulah harga getah sekarang ni macam mana, jatuh teruk”. Aku mengangguk yang mengerti, benarlah kata Ustaz Mokhtar, kemiskinan kadang kala mengheret manusia hampir pada kekufuran.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home