Sepintas Helaian : Antologi SEDEKAD PERJUANGAN. Cerpen 1 – Sekali Pasir Bah.
XXXXXTidak ada sesiapa yang tahu tentang nasib Azim sejak saat itu. Hidup matinya, makan minumnya malah hala tuju hidupnya .Ada yang mengatakan Azim menjadi buruh dipelabuhan, dan ada pula yang mengatakan Azim menjadi pelayan restoran .Namun yang pasti, tidak ada sesiapa yang tahu dimanakah Azim .Aku masih didalam kampus sehingga semester yang ke empat, satu tahun setengah pengajian yang memenatkan . Dan pada semester inilah, kerana keperluan untuk menghadiri latihan industri, aku diarahkan untuk mencari ‘pertolongan’ dari sebuah syarikat kontraktor tempatan berkelas D .Fakulti enggan mencarikan aku tempat untuk praktikal. Segalanya urus sendiri. Sesuatu yang lazim. Dalam memohon tempat yang pelbagai itulah, akhirnya namaku tersangkut disebuah syarikat Bumiputra .Dan diluar sangkaku, aku menemui Azim disana kembali. Tapi kali ini, Azim adalah penyeliaku yang akan bakal mengerah aku kesana-sini.
XXXXX“Kau Zim ?”.Aku memicit-micit lengan Azim yang kekar. Urat-urat yang padu kelihatan terpamer pada lengan dan tangannya , petanda diri yang telah melalui saat-saat keras bekerja. Azim hanya tertawa kecil. Pribadinya kulihat jauh berbeda dari dahulu, rambutnya kini dibiarkan panjang tetapi hanya sekadar mencecah bahu. Menonjolkan pula watak lelaki gasar yang tangguh .
XXXX“Aku dengar kau kerja dipelabuhan , betul ke?”
XXXX“Betul.”
XXXX“Jadi budak pelayan?”
XXXX“Pun betul, tapi sekarang aku dah jadi supervisor.”Aku terdiam sejenak, seluruh tubuh Azim ku perincikan, sungguh berbeza dengan Azim yang kukenali dulu .
XXXX“Macam-macam aku dah tempuh, Shah. Dua tahun aku belajar tentang manusia. Siapa kau kena tunduk, siapa kau kena hormat, siapa yang kau kena sepak, terajang…” Tanpa ku pinta, petang hari pertama aku menjalani latihan praktikal, adalah hari dimana aku mendengar cerita dari mulut Azim. Survival dan jerih getir yang dihadapinya. Jauh disudut hatiku, aku kagum dalam cemburu .Kagum kerana Azim lebih dahulu telah menghadapi badai kehidupan yang mendewasakan dan cemburu kerana sekalipun aku akan tamat pengajian dengan segulung diploma, kemahiran, ketangkasan berfikir dan bertindak serta pengalaman hidup dan kerja yang dimiliki Azim belum tentu akan dapat ku raih setimpal dengan pengalamanku disini. Dan semuanya itu kulihat dengan mata kepalaku ketika menjalani latihan praktikal di Syarikat ini .Mungkin kerana Azim berkenan dengan sikapku yang rajin bertanya dan selalu mengambil lebihan masa kerja, maka satu surat kepujian telah dihantar ke Jabatanku, malah terus ke meja Dekan Fakulti, Dr Nabil Saqif. Sebagai balasannya, Dr Nabil yang mengepalai jabatanku turut memulangkan rasa berterimakasihnya kepada Azim .Hujung semester itu, aku pulang dengan sebongkah kebanggaan .Jiwaku sangat santai dan gembira bila mendapat keputusan semestar yang agak cemerlang pada semestar lepas .Namun kegembiraanku tertekan bila Nurul dan Sofia menemuiku dengan wajah yang muram mencuka . Terutamanya Sofia, kulihat matanya merah menahan sebak .
XXXX“Kenapa?” tanyaku pada Sofia. Sofia hanya berdiam tanpa sepatah bicara, berpaling menghadapi Nurul aku cuba mendapatkan kepastiannya .
XXXX “ G 3” .Ucap Nurul sepatah. Aku menghela nafas dalam-dalam. Entah apakah agaknya yang dibuat oleh gadis ini sehingga keputusan ujiannya agak teruk .
XXXX “Monday ni nak kena ‘mengadap’, final rayuan . Dr Nabil pula yang jadi ketua panel tu” ulas Nurul , padat. Semua pelajar akur bahawa Dr Nabil adalah seorang Dekan yang tegas

0 Comments:
Post a Comment
<< Home