BAGAIMANA PENULIS PAPANCERITA BERPERANAN.
Sebenarnya saya merasa sangat bertuah kerana pada hari itu, Cikgu Kalam Timur aka Stingray fly aka entah apa lagi, datang ‘menyerah diri’ ke kursus pts pada hari itu. Ketika saya sampai saya melihat Cikgu Kalam duduk di kaki lima sambil berturut kemudiannya El maniq sampai lalu bersalaman dengannya.
“Hmm…sah sahlah!, cikgu kalam ni!” saya berbisik sendiri. Orang lama berjiwa muda, zaman Cikgu kalam melukis komik, harga komiknya kalau tidak salah saya adalah sekitar 20sen sahaja!, wah!, alangkah moleknya kalau komik itu masih di simpan lagi!.
Saya melihat Cikgu Kalam seperti melihat satu sejarah yang penuh bererti . Satu kenyataan hidup bahawa semangat dan keazamannya tidak seharusnya dilunturkan oleh waktu yang beredar tanpa pamit. Perjuangan diri dan cita-cita yang tidak akan pudar, semudahnya.
Kursus pada hari itu di mulakan oleh saudara Sinaganaga yang saya lihat punyai pengalaman yang agak luas dan jauh di dalam bidang penerbitan. Sebaik sahaja sinaganaga memperkenalkan diri sebagai seorang yang terbabit bersama DBP , saya menduga bahawa sinaganaga itu pastilah seorang kenalan lama pn Ainon sewaktu di DBP dahulu.
Sinaganaga telah menjelaskan satu kasus penting dalam penghasilan komik.Kursus pada hari itu menjelaskan kepada saya akan suatu perkara yang selama ini barangkali masih samar-samar pada semua penulis papancerita ( Storyboard writers) akan kedudukkan mereka dalam menghasilkan sebuah novelet komik.
Storyboarder adalah si jambatan.
Sewaktu saya menghasilkan sahabat kole kacang, tidak ada storyboarder. Saya adalah si border itu, manakala saudara Faizal Nordin adalah pelukisnya. Kebaikkan dalam menghasilkan kerja yang begini adalah penulis cerita akan berpuas hati dengan hasil lukisan kerana perbincangan yang ‘telus’ dari si pelukis ke pada si penulis.
Kalau pelukis tidak memahami sesuatu, kebiasaannya dia akan terus merujuk kepada penulis. Sejujurnya, pelukis agak malas hendak membaca cerita yang di buat oleh penulis, jadi jalan mudahnya dia akan terus bertanya kepada penulis bagaimanakah rupa sesuatu watak yang di gambarkan oleh penulis di dalam bukunya.
XXXXXXXXXX[icesoul] baru abes studi ceta kacang, kalau deadline rapat sangat aku tekel bab2 yg ada aksi dulu skang, yg dialog2 aku cuba tekel mana smpat, setuju ?
XXXXXXXXXX [panah] proceed
XXXXXXXXXX [icesoul] sasmiah dgn aishah ni x tudungkan?, sasmiah tocang 2, aishah stail apa lak ?
XXXXXXXXXX [panah] tocang kuda.
Perbincangan yang seperti diatas sangat biasa pada saya, justeru itulah apabila icesoul meminta sedikit kelonggaran dari saya untuk memotong sebahagian kecil dialog seperti yang berikut…
xxxxx“Macamana aku tidak marah, engkau itu, biadab !!” .Khalid terdiam, barulah dia menyedari yang kata-katanya sebentar tadi memang tidak baik. Perkara yang begitu memang ada diajar dalam pendidikkan Agama dan Moral, tetapi kerana dia mengambil lewa sahaja kata-kata dan ajaran dari Ustaznya, perkara penting itu kini menjadi akibat dia memulakan pergaduhan.
xxxxx“Sudahlah engkau makan kuih dan minum air aku, engkau panggil aku 'oi'-'oi' sahaja” . Muaz memberitahu Khalid tentang kesilapannya.
xxxxx“Engkau itu balut jambu aku tahu, kalau engkau tidak dapat izin untuk jamah buah itu, janganlah pula baling aku dengan jambu itu,!” .Khalid masih belum mahu beralah, walaupun dia telah sedar kesalahannya.
xxxxx“Eh Khalid !, engkau ingat aku kempunan sangatkah hendakkan jambu engkau ini, di rumah aku, jambu batu sahaja ada tiga pokok, itu belum masuk pokok durian belanda, pokok limau nipis dan pokok belimbing bintang lagi !”. Sahaja Muaz, menyebut pokok Durian Belanda, Limau nipis dan pokok Belimbing Bintang. Ini kerana Muaz tahu bahawa Khalid memang suka ketiga-tiga buah itu, malah pernah sekali Khalid hendak mengambil lima biji buah limau nipis, sepuluh biji buah Belimbing Bintang dan dua biji buah Durian Belanda, tapi kerana ditegur oleh Nenek Oya dan Muaz pun menyindirnya, akhirnya Khalid pulang dengan sebiji buah Belimbing Bintang sahaja.
xxxxx“Kalau sudah ada dirumah engkau kenapa hendak membalut buah dirumah aku pula, pergilah balut buah dirumah engkau !” .Tempelak Khalid lagi, matanya mulai hendak berkaca kerana menyedari yang dia telah kalah berperang mulut dengan Muaz.
xxxxx“Sebab engkau itu pemalas, tahunya hendak makan dan main bola sahaja !, bila nenek engkau suruh balut jambu, engkau cabut. Lepas itu bila orang lain balut pokok buah jambu engkau ni, barulah engkau terhegeh-hegeh hendakkan buah jambu ini” .Muaz menyelar sikap Khalid lagi. Khalid sudah tidak tertahan lagi, lekas-lekas dia berlari masuk kedalam rumah. Belum pernah lagi sebelum ini dia ditewaskan bila dia lawan berkata-kata dengan rakan-rakan sebayanya .Mereka yang sebelum ini hanya memujinya pandai mengelecek bola, cekap bertindak dan berani .Maka apabila dia telah di puji-puji yang begitu, mulalah kata-katanya meninggi diri dan menjatuhkan air muka kawan-kawannya yang lain. Namun hari itu, Khalid sedar bahawa selama ini dia telah terbawa-bawa dengan sikap yang tidak baik itu dan Muaz yang terkenal dikampungnya dengan sikap rajinnya, telah mengajarnya 'sesuatu' pada hari ini .Nenek Oya yang berada dibelakang jendela, mendengar sahaja pertikaman lidah diantara dua orang budak lelaki itu, namun setelah mendapati cucunya menangis kerana dibahasakan oleh Muaz, Nenek Oya hanya tersenyum sahaja. Dia bersyukur kerana Muaz telah membantunya menginsafkan Khalid .
Menjadi satu muka lukisan seperti berikut…
Maka saya masih berpuas hati dengan kerja yang di hasilkan oleh Saudara Faizal Nordin aka ICESOUL itu. Ini kerana Faizal memahami bagaimanakah kehendak dasar cerita dan saya juga masih boleh bertolak ansur dengan kerja yang di hasilkannya.

2 Comments:
Saya suka ICESOUL, strokenya boleh bertahan lama dalam pasaran. Orang tua pun suka!
Icesoul mempunyai bakat besar. Saya telah lama memerhati beliau di pergh sehingga ke alwan comics. Betul kata puan SifuPTS, stroke dia boleh bertahan di pasaran.
Post a Comment
<< Home