Sepintas Helaian : Antologi SEDEKAD PERJUANGAN-Cerpen 3 -Sayembara Semalam
XXXXX“Pertanda.” Suara Tun Perak perlahan menyelinap ke pendengaranku saat aku memasukkan air pencuci kaki kedalam tempayan gadang di muka pintu rumahnya, mataku segera berlaga dengan mata Tun Perak. Sangat ku kenal gerak mata tuanya yang satu itu, malah nadanya. Kalau sudah dipanggil ‘petanda’ oleh Tun Perak, ertinya adalah kerja berat yang memerlukan kemahiranku yang menggunakan senjata.
XXXXX“Kau ke pahang, awasi Tuah.” Perintah yang padat dan jelas. Aku sekadar mengangguk. Tun Perak menghulur keris Sangurnian kepadaku, keris perlambangan diri yang menjadi idaman setiap pahlawan,panglima dan pendekar yang mengetahui ertinya. Membawa Sangurnian samalah ertinya dengan membawa ratusan orang kaya dan pendekar yang sedia berkhidmat pada setiap helaan nafas. Aku menyambut kurnian itu dengan hati yang penuh takzim. Namun saat aku mahu menarik Sangurnian dari genggaman Tun Perak, ternyata keris itu masih di pegangnya dengan kemas.
XXXXX“Kau tahu apa yang ku berikan kepada kau ini?.” Pertanyaan Tun Perak membuatkan fikiranku segera mengumpul segala-gala yang ku ketahui tentang keris Sangurnian.
XXXXX“Tanggungjawab.”Tun Perak tersenyum lalu merenggangkan pegangannya.
XXXXX“Selepas Zohor, hamba akan bertolak.” Aku mengkhabarkan perancangan perjalananku, Tun Perak mengangguk tanda setuju, namun hanya sesaat, kepalanya tiba-tiba terpanggung memandangku. Ada sesuatu yang melintas di fikirannya saat itu.
XXXXX“Jangan, ‘asar belum selesai’.” Tun Perak segera meyuruh aku agar mengatur masa di waktu yang lain dengan lebih teliti. Amaran ‘asar belum selesai’ itu adalah merujuk kepada satu kerja ‘qisas’ yang di buat Tuah setahun yang lalu, kerana kecuaian penelitian Tuah, ‘qisas’ yang di ambil Tuah jatuh kepada jiwa yang salah. Segalanya berlaku kerana masa untuk menjalankan tugas itu jatuh di dalam waktu yang makruh menjalankan hukum. Tuah lebih mengikutkan hati ketika menjalankan kerja itu. Seseorang yang sangat mengenali sikap perengus Tuah itu menggunakan kelemahan Tuah itu dalam usahanya menjalankan tugas. Dia mengatur masa Tuah sangat cantik sehingga tidak ada sesiapa pun menyangka bahawa tindakkan Tuah itu adalah sebenarnya dorongan atas rasa hatinya yang tercalar malu .Ah, soal keluarga begitulah selalunya, bila arang terpalit ke muka, aib yang terpalit semburan nafsu biasanya akan mengalahkan akal yang wajar.
XXXXXXXXXXAku tiba di Pahang membawa firasat Tun Perak itu. Ternyata rasa hati Tun Perak tepat. Awalnya Tuah berlaku yang tekun dengan tugasnya, namun kewanitaan dan hati budi Teja membuatkan Tuah hilang tumpuan. Hari demi hari, pekan demi pekan, musim demi musim silih berganti, Tuah yang terkenal dengan sikap berbudi dan baik hatinya itu menawan hati hampir semua orang di Pahang. Beberapa waktu sebelum Teja akhirnya dilarikan, aku melihat Tuah tidak lagi membuka pestakanya.
Hatiku di landa kebimbangan.
Kelembutan Teja memang luar biasa. Mengundang yang aneh. Bicaranya seni tetapi tetap, memperlihatkan dirinya selaku wanita yang bukan calangan. Terjawablah di fikiranku mengapa Sultan tergila-gilakan Teja. Apatah lagi si Tuah yang saban waktu bertemu Teja.
XXXXX“Tuah.” Suatu saat ketika Tuah sedang menunggu buah hatinya di suatu kawasan berhampiran jalan hendak ke rumah Teja, aku hadir di belakang Tuah berhati-hati, dengan separuh wajahku berbendungkan kain, agar diri tidak di kenali.
XXXXX“Siapa?”.Tuah berpaling pantas menghadapiku.
XXXXX“Utusan,dari kamar Sultan.” Aku memperlihatkan keris sangurnian, memperkenalkan diri. Wajah Tuah mendadak pucat tidak bertoreh .Kaku, tidak bergerak.
XXXXX“Utusan, aku perlukan masa.” Pinta Tuah, perlahan.
XXXXX“Masamu telah tamat Tuah, ingat ikrarmu.” Aku segera meninggalkan Tuah setelah meninggalkan pesan keramat itu.
Dan Tuah mengatur kembali rancangannya, namun ternyata rancangan barunya itu, bukan untuk sultan lagi, ia adalah untuk dirinya sendiri. Tuah mahu memiliki Teja secara yang mutlak, dengan jalan melarikan gadis itu pula.
XXXXX“Mari Teja, mari kita tinggalkan bumi Pahang ini, lari dari sini, kanda akan membawa Teja kemana sahaja yang Teja mahu, hanya kita berdua.”Pujuk Tuah bersungguh, Teja hanya tunduk yang diam di balik selendangnya. Bicara sepasang hati itu ku dengar dengan teliti dari atas bumbung kediaman Teja.
XXXXX“Tak mungkin, Bang Tuah, mengikutmu samalah ertinya dengan menjual maruah seluruh wanita di Pahang ini” Aku memasang telinga mendengar bicara Teja yang teguh pendirian itu .Nampaknya pujuk dan rayu Tuah tidak mampu mencairkan bicara hati dan adat yang memagar kukuh kepercayaan Teja.
XXXXX“Teja rela melihat kekanda hidup ibarat bangkai bernyawa?,”desak Si Tuah, bersungguh.
XXXXX“Melihat kekanda pergi adalah derita yang tidak tertanggung di hati dinda, namun mecoreng arang ke wajah ayahanda, ke wajah seluruh pahang…”kata-kata Teja terhenti disitu bersama leraian air mata seorang pedusi yang wingit diri .Jawapan itu adalah jawapan pasti kepada kegagalan Tuah. Tuah tunduk yang terharu. Keteguhan Teja nyatalah suci dan tulus. Tanpa berkata walau sepatah pun, Tuah berpaling membelakangi Teja,
XXXXX“Kanda Tuah.” Langkah Tuah terhenti bila Teja memanggil, ada senyum berbunga harapan terjelma di bibir Tuah.
XXXXX“Hati-hatilah di jalanan,”pinta Teja, sayu yang terlalu.Sedih beriringkan sendu. Tuah melangkah pergi, senyumannya hilang di situ. Aku segera membuka uncangan hitam yang kubawa. Tuah nyatalah tidak terampil kali ini.
Aku harus menjalankan bahagianku pula.
Dari bumbung kediaman Teja, aku menaburkan kelopak sembilan bunga yang telah kucincang halus, lalu membacakan serapah, mentera aji rinduan. Selesai diseru sembilan kelopak yang membawa rindu segera berterbangan jatuh lalu terbakar menjadi haruman. Debu kelopak sembilan bunga yang tersisa, berjatuhan lembut di atas kepala Teja .Mengungkai fikir warasnya menjadi rindu yang terlalu.
Teja kutewaskan dengan jalan yang keji.
Hatiku saat itu lebih hitam dari hati seekor patik yang tidak bertuan.Kuyakini seluruh Pahang bakal terpalit malu yang maha apabila puteri yang menjadi lambang kebanggaan seluruh Pahang jatuh ke dalam tangan seorang lelaki bernama Tuah, dan akulah si petualang yang mengerjakan kerja-kerja keji itu.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home