My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Thursday, February 23, 2006

Sepintas Helaian : Antologi-SEDEKAD PERJUANGAN-Cerpen 2- Harga Kegagalan Semalam.

XXXXXXXXXXMulutku terjahit kenyataan yang memedihkan. Nyatalah dikampung ini, sudah tidak ada keamanan buat jiwaku. ‘Hukuman’ yang mereka jatuhkan padaku, rupa-rupanya turut terpikul perit dan pedihnya ke pundak ibu dan ayah .Mengertilah aku saat itu, mengapa sikap ibu dan ayah begitu dingin dan sunyi terhadapku. Keadaan yang melentur ayah dan ibu dengan sikap baru ini. Diam mereka rupanya satu ajaran .Sunyi mereka, rupanya hukuman untuk kufikirkan. Lalu di hujung uzlah, ku temui jawapan .

Hijrah dari ketewasan .

XXXXXXXXXXKelana mencari diri dan kejayaan . Dalam diam-diam, aku merencanakan ‘pelarian’ dari hukuman itu .Aku mulai mengumpul ‘kekuatan’ untuk hijrah yang panjang itu . Ku tebalkan muka, membuang aib yang bukan pada tempatnya. Berbekalkan setakuk ilmu didada, aku memberanikan diri menjual air kelapa muda. Mengambil upah, mengupas kelapa tua untuk peraih . Mengambil sagu untuk dibuat makanan ayam .Menebas lalang di tanah orang, dan boleh sahaja memotong rumput di halaman rumah dan sempadan pagar , jika imbalannya berpadanan .Dan semua itu kulakukan dengan keadaan jiwaku yang masih tertekan dengan sikap picis penduduk kampung terhadapku, mahasiswa terbuang yang kini hanyalah seorang pekerja buruh di kampung sendiri .

XXXXXXXXXXHari demi hari, minggu demi minggu , bulan demi bulan, aku semakin betah dengan rutin harian itu .Urat-urat yang kasar mulai terjelas pada lenganku. Peluhku tak terkira banyaknya telah ku tumpahkan demi matlamat ‘pelarian’ itu. Aku merancang sebaik-baiknya pelarian itu, menanamkan azam dan tekad, membuang segala sentimen diri terhadap ibu, bapa malah keluarga yang mencinta. Menghitung masa dan waktu untuk keluar dari kampung yang saban waktu menghakis kesabaranku.

XXXXXXXXXXNamun perancangan tuhan jauh mendahului aturan yang ku rancang, kerana hakikatnya, walau sebaik mana, walau serapi mana, walau seteliti manapun aku merancang, Allahu-khairul maakirin…

XXXXX“Cah !” suatu petang, saat aku terbaring kepenatan di anjung rumah setelah mengupas seratus biji kelapa untuk Pak Ali, Penghulu Said terjerit di depan rumahku. Dalam terpisat-pisat , aku tergesa-gesa mengenakan kain, sedang ibu yang sedang mengait baju di tepi jendela anjung, menurunkan sedikit cermin matanya.
XXXXX“Aaa….,Tok Said…” Ibuku segera menyapa.
XXXXX“Cah ada, Som?”
XXXXX“Ada kat biliknya ta…”
XXXXX“Assalamualaikum, tok !” ku sapa Penghulu Said dari atas rumah, penghulu Said yang sedang bercekak pinggang segera bergerak ke arah tangga rumah.
XXXXX“Ha, Cah!, ke mari kau kejap.” Suara Penghulu Said kedengarannya resah.
XXXXX“Ada apa, tok?”
XXXXX“Aku nak minta tolong kau ni, penting”
XXXXX“Tolong apa tok?” Penghulu Said perlahan menghampiriku, tangan kanannya melengkar ke atas bahuku. Macam kawan akrab lakunya.
XXXXX“Si Husin, Cah!.” Ada kerut resah di dahi Tok Said.
XXXXX“Ha, kenapa pulak Tok?” hatiku berdebar bila teringatkan Husin. Cucu bongsu Tok Said itu memang baik denganku, selalu juga aku membelanja cucu bongsu Tok Said itu minum teh. Beli jiwa datuknya, untung-untung, ada projek menebas atau mengupas kelapa untukku . Adalah pula duit masuk .
XXXXX“Entah ke mana perginya.” Kegusaran jelas terbayang diwajah Penghulu Said. Matanya kulihat berkaca. Resahnya menuntut pengertian dan kerjasamaku.
XXXXX“Ada dia cakap nak ke mana-mana, Tok?”
XXXXX“Seminggu lepas, JVC kat Shah Alam nun ada nak ambik juruteknik, dia pergilah dengan budak-budak kampung ini, pergi lapan orang, baik lima orang.”Aku mencongak mudah , orang yang ketiga sudah tentulah Husein.
XXXXX“Siapa yang lagi dua orang tu, tok?”
XXXXX“Itu yang aku risau tu Cah, dia dengan si Padil sama Ujoi, Ujoi kau taulah, keluar masuk serenti.” Dada Penghulu Said berombak resah .Kedua-dua tangannya mencekak pinggang. Sesekali, Penghulu Said mengetip bibir. Barangkali menahan geram yang terbuku.
XXXXX“Macam nilah Tok, saya akan usahakan mencari Si Husin tu, insyaallah, dia tak kemana-mana tu.”
XXXXX“Aku tak ada sedara mara kat sana, Cah.” Suara Penghulu Said agak sedikit menegang. Membuatkan aku tersinggung yang kecil, namun pada situasi Penghulu Said, menghadapi kerenahnya sangat perlu pada kesabaran dan ketenangan .
XXXXX“Sabar tok, banyak-banyakkan sabar, banyak banyakkan bertenang.”Aku cuba mententeramkan Penghulu Said , sedang pada hakikatnya, tugas yang bakal ku pikul ini, samalah seperti mencari jarum ditengah-tengah belantara rumput .

0 Comments:

Post a Comment

<< Home