FIKIR YANG DITINGGALKAN OLEH ZUNAR.
Menghadiri kursus Zunar semalam benar-benar membuka satu persoalan baru dalam diri saya. Antara yang paling benar-benar mengambil tempat di fikiran saya adalah tentang sejauh mana seseorang itu sanggup pergi untuk meraih yang di rasakan sepatutnya dengan jalan usaha dan kerja yang dijalankan.
XXXXXX“Anugerah yang tertinggi adalah anugerah yang di berikan oleh Allah, bakat saudara saudari ini adalah contohnya.” Saya terpegun yang lama mendengar kata-kata Zunar itu, ada sesuatu didalam kata-katanya itu menyentak fikiran dan iltizam saya. Malah membangunkan nyalarasa yang selama ini terpadam di dalam jiwa.
Saya tidak senang duduk dibuatnya.
XXXXXX“Orang yang malang, adalah yang TELAH menjadi sejarah ketika masih hidup.”Serta merta nama Ibrahim Anon melintas di dalam fikiran saya. Dimanakah pelukis hebat itu sekarang?. Bukankah sekarang sewajarnya dia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Zunar?.
XXXXXX“Orang-orang yang malang ini adalah orang yang tidak mengambil iktibar ketika berlaku anjakkan industri.”Amaran Zunar itu sedikit sebanyak membuatkan saya sedar bahwa langkah saya di dalam bidang ini masih amat kecil. Saya menghela nafas kecil,wah!, saya masih di garis mula lagi rupanya!.
XXXXXX“Sebagai karyawan saudara saudari mesti peka, keep in touch dengan apa-apa yang ada dengan perkembangan zaman.” Zunar memberikan contoh emel sebagai contoh mudah. Menurut Zunar, di zaman dia berkarya, emel masih belum wujud lagi, namun di zaman yang telah ada email pun masih ramai yang tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan surat elektronik itu.
XXXXXX“Karyawan bukan untuk seni tetapi seniman adalah untuk masyarakat, saudara saudari harus menjaga kontrak sosial saudara saudari”Nasihat Zunar lagi. Saya mengangguk-angguk yang sukar. Kerja memenuhi kontrak sosial ini rupa-rupanya satu kerja yang besar, tambahan pula bila Zunar memberikan contoh terhampirnya dengan keadaan penulis/pelukis yang gagal memenuhi dateline.Saya pernah mendengar bahwa di barat, jika sesebuah komik/karya gagal sampai ke kedai store pada masa yang di tetapkan, pekedai yang terbabit boleh menyaman syarikat komik yang lewat itu. Satu komitmen yang dipersetujui bersama oleh pekedai dan penerbit komik.
XXXXXX“Berkaryalah hingga ke kaki tiga-ini adalah kata-kata Rejabhad,”saya mendengarnya dari Zunar. Rejabhad barangkali tidak sempat menyaksikan anak-anak yang dididiknya satu wakt dahulu, hari ini menjadi berjaya. Alif adalah salah seorang daripadanya. Barangkali Zunar juga pernah belajar sesuatu dari bekas tentera itu. Berkata tentang Zunar dan Rejabhad membawa kepada peringatan yang seterusnya dari Zunar.
XXXXXX“Kenapa dalam ramai karyawan yang sedia ada, yang menjadi objek (penonton) lebih ramai dari yang menjadi subjek (pengisi) ?”.Tanya Zunar, kami semua terdiam.
Inilah soalan emas yang saya tunggu-tunggu.
Ada lima jawapan yang diberikan oleh Zunar, kerana jawapan-jawapan itu adalah emas-emas yang berharga barangkali cukup kalau saya memberikan hanya satu.Yang paling mengesankan saya, dan yang hampir membuatkan saya menitiskan air mata.
XXXXX“Apabila membaca sejarah ‘kejayaan’, sentiasalah ingat bahawa kejayaan sentiasa di dahului oleh kegagalan.” Nasihat Zunar lagi. Saya terdiam yang lama sebenarnya memikirkan nasihat Zunar itu, atau lebih tepat lagi memproses maklumat dan nasihatnya itu.
Ah, terlalu banyak perkara penting yang di perkatakan oleh Zunar pada kursus itu, mujurlah saya sempat mencatatnya didalam labtop. Zunar juga ada mengajar beberapa taktik untuk sesiapa yang ingin menghantar karyanya ke majalah atau ke suratkhabar.
Bermacamlah nasihat-nasihat dan ubat motivasinya hari itu.
Sayang Alif tidak ada bersama hari itu.

2 Comments:
Saya pun banyak belajar daripada Sdr Zunar pada hari itu. Sebelah petang saya tak duduk dalam bengkel sebab saya terbaing di surau! Pitam sebab bp teramat rendah, maklum malam tu drive dari Dungun, sebab nak datang juga dengan Sdr Zunar!
Masyaallah, bahaya tu Puan!, lain kali man-man ler, Jonos ada tu, insyaallah dia boleh mengendali!.
Post a Comment
<< Home