My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Sunday, February 12, 2006

JEMPUTAN JONOS

XXXXXXXXXX[Jonos] Askum panah,dah tengok iklan bengkel bersama zunar d blog sifu pts?, joint?-jonos
XXXXXXXXXX [Panah] Tergerak gak nak gi, tengok la apa kata poket aku he he he, ada pengeras 2 babe!, ni hp kau ke?
XXXXXXXXXX [Jonos] aah, hp aku. Pengeras tahap murah tu, Sifu tanggung sewa tempat, pengeras untuk bayar Zunar. Dulu bengkel dia dua hari rm 100, kalo ada peluang dan Rezeki dtang bawak sahabt kole kacang.
XXXXXXXXXX [Panah] Chaigh!, pandai kau pancing aku!, kau dah bagi aku reason utk datang ni! Ni yang buat aku bekoba2 nak datang ni!. Cis laenat dah kena tuba kau, terapung, hahaha, insyaallah aku cuba. Coming Saturday ni kan? Ke Sunday ?
XXXXXXXXXX [Jonos] Ahahahahai, ayat marketing 2!, sbtu 18 aku dtg petang sb keje. Ahad aku memang dtg dari pgi sb kwn2 animation aku joint bengkel gak, ada yang terlibat dgn usop sontorian, kluangman, ada yang pernah buat jepun punya transformer doremon, dragon ball 1 masa dulu .
XXXXXXXXXX [Panah] ada geng yang pernah terlibat ngan animation putih?, cam grand je, kursus 2 sabtu ke ahad?, mana satu yang bayar ni?
XXXXXXXXXX [Jonos] animation putih aku le org yg terlibat ada lgi yg terlibat dgn putih joint sabtu free sb elmaniq yg bgi kalo tk silap, ahad je bayar sb zunar bkn dlm team pts. Dia pnceramah luar, aku nk cuba tarik dia joint pts.

Saya memikir-mikir sendiri bagaimanakah rupa kursus yang bakal di buat oleh el maniq tanpa kehadiran pelukis yang kompeten. Kasihan pula saya memikirkan el maniq itu, lalu bersama kesedaran untuk membantu itu, saya mengagahi diri ( dan serdak $) utk turun ke pts demi membantu dan di masa yang sama menimba ilmu. Memujuk Alif untuk turun bersama namun barangkali kerana Alif mempunyai program di Alamanda bersama pts, hasratnya untuk hadir kursus yang akan datang ini barangkali tertangguh lagi.

Namun yang pasti saya akan berada di sana untuk berkursus.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home