My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Sunday, February 26, 2006

SEPINTAS HELAIAN : PENDEKAR MERAH BUDIMAN ( EPI 3)

XXXXX“Tuan hamba berdua mahukan barangan yang ada pada hamba ini?,” tanya Si Pencuri dengan tenang.
XXXXX“Ya!, serahkan kepada kami!”Bahaman yang berada di belakang semak memerhatikan sahaja sandiwara perkelahian yang baru hendak bermula dahulu.
XXXXX“Sudah tentu sahaja, tetapi langkah mayat hamba dahulu!”
XXXXX“Jika sudah itu yang tuan hamba cari, kami berdua sedia memberinya”
XXXXX“Tak akan ku gentar guruh di langit!,”dengan nada yang mengejek, Si Pencuri itu mencabar Adi dan Daik.
XXXXX“Cis!”. Daik segera menerjah kehadapan untuk menewaskan Si Pencuri itu, namun dengan mudah Si Pencuri mengelak tendangan Daik malah di masa yang sama menyerang bahagian perut Daik dengan menggunakan lututnya. Lutut si pencuri pantas menyinggah pantas dan Daik terduduk senak. Ternyata pencuri yang mereka hadapi bukan calangan pendekar. Bahaman tersentak, dia sangat pasti bahawa dia pernah melihat cara berlawan yang begitu,
XXXXX“Tetapi dimana?,”fikiran Bahaman masih cuba mengingat-ingat apa yang terjadi. Dimasa yang sama juga, setelah melihat Daik di tewaskan, Adi mulai mengatur gerak, kerana Adi adalah seorang pengawal istana,caranya menyerang dan bertempur agak lebih tersusun, namun tetap si pencuri yang handal itu dapat mematahkan serangan Adi. Melihat keadaan Adi itu, Bahaman segera menghambur keluar dari persembunyiannya lalu melepaskan tendangan padu ke belakang pencuri itu. Kini giliran Bahaman pula bertempur dengan si pencuri.
XXXXX“Siapakah kau?,”marah si Pencuri bila sayembaranya perkelahiannya di ganggu.
XXXXX“Nama hamba Bahaman, hamba di utus khas untuk membawa tuan hamba”
XXXXX“Membawa hamba?, ke mana?”
XXXXX“Ke alam yang kekal abadi!” jawab Bahaman sambil tersenyum.
XXXXX“Cis!, tunjukkan dahulu kelayakkan tuan hamba!” Si Pencuri yang berang mendengar kata-kata Bahaman itu mulai mengempur Bahaman dengan silatnya yang lebih pantas. Sapuan kaki yang di buatnya benar-benar mengelirukan Bahaman sehingga lalu satu terjahan kaki menyinggah ke dadanya yang terbuka.Bahaman tercampak ke belakang akibat tendangan padu itu.
XXXXX“Ha ha ha…kilatmu ku sangka intan, rupanya pasir di tepi jalan!,” Si Pencuri ternyata bukan pendekar calangan, namun Bahaman tetap nekad melawannya. Bahaman bangkit dan mengatur serangan semula. Setelah beberapa ketika, setelah saling menghukum lawan dengan tendangan dan tumbukkan, Bahaman terlihat kelemahan serangan Si Pencuri.
XXXXX“Itu dia!,” hati kecil Bahaman berbisik, ternyata seni tempur lawannya itu lebih mudah di halang dalam jarak sederhana. Lawannya itu juga ternyata mempunyai kaki kiri ‘yang mati’ di dalam serangan jarak sederhana. Kelemahan itu digunakan oleh Bahaman untuk menyerang yang sengit. Ternyata percaturan Bahaman tidak silap, ditambah dengan bantuan dan pertolongan yang diberikan oleh Adi dan Daik, si pencuri akhirnya terdampar di atas tanah, berlumuran darah.Ketika itulah Bahaman terlihat cacah kepala naga di bahagian dada sebelah kanan si pencuri.
XXXXX“Cis!, keji!,”cemuh Si Pencuri sebelum melarikan diri dari situ tanpa membawa barang curiannya yang di bungkus di dalam kain hitam.
XXXXX“Ayuh!, mari kita kejar si pencuri itu!,” ajak Adi dengan beria-ia.
XXXXX“Sabar!, sabar dahulu saudara, ‘harimau’ yang luka jangan diasak, kelak buruk padahnya, tambahan pula barangan yang dicurinya itu telah keciciran” beritahu Bahaman kepada Adi sambil menunjukkan kepada barangan Si Pencuri yang keciciran itu. Daik yang terkena tendangan dari Si Pencuri itu pula kelihatan termengah-mengah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home