My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Saturday, February 25, 2006

SEPINTAS HELAIAN : PENDEKAR MERAH BUDIMAN ( EPI 2)

XXXXX“Siapakah kamu ini?,” Telani bertanya, penuh keangkuhan.
XXXXX“Nama hamba Bakaruyung, hamba datang ke mari kerana hamba mendengar ada urusan rakyat yang tidak beres!”
XXXXX“Kalau pun ada yang tidak beres kenapa tuan hamba nampaknya begitu beria-ia untuk masuk campur dalam urusan ini?”
XXXXX“Kerana urusan rakyat walau dimana sahaja adalah urusan hamba!”
XXXXX“Wah!, alangkah angkuhnya bahasa tuan hamba!, tahukah di mana tuan hamba sekarang ?”
XXXXX“Sudah tentu hamba tahu, hamba berada di hadapan Rang Kaya Telani dan Jejaka!”
XXXXX“Lalu mengapa biadab berbicara?, mengapa lancang mencampuri urusan kami?” Telani semakin membesarkan diri di hadapan Bakaruyung.
XXXXX“Kerana seperti yang hamba katakan tadi, urusan rakyat adalah juga urusan hamba,” ada senyum berani di wajah Bakaruyung “urusan yang terlibat disini, adalah urusan Sultan yang telah di nafikan, hamba wajib membetulkan keadaan.” Bakaruyung dengan tegas memberitahu Telani dan Jejaka
XXXXX“Tuan hamba sungguh biadab!, ayuh, sila nyatakan siapakah nama bonda tuan hamba ini agar mudah Pak Imam membacakan talkin di atas kubur saudara!” Jejaka yang mulai hilang sabar mulai menghunuskan keris ke arah Bakaruyung. Bakaruyung hanya tersenyum yang mengejek, seolah-olahnya perbuatan Jejaka itu langsung tidak menakutkannya apatah lagi membuatkannya gentar atau melarikan diri.
XXXXX“Baiklah hamba akan menyatakan siapakah hamba yang sebenarnya” Bakaruyung kemudiannya menyeluk ke dalam belahan baju melayunya lalu mengeluarkan suatu ukiran emas berbentuk bulat sebesar tapak tangan .Di tengah-tengah ukiran itu terdapat lambang seekor naga sedang mengigit sebilah keris dan mencengkam sebilah parang. Lambang yang membuatkan Telani mengigil dan keris di tangan Jejaka jatuh ke tanah lalu kedua-duanya bersama-sama dengan empat orang suruhan mereka, SUNGKUR, Jaksa, Rangkuh dan Broga segera melutut untuk meminta ampun sambil terketar-ketar.
XXXXX“Ampun kan kami Tuan Lasykar Putera Mahkota!” Jejaka dan Telani mengigil-gigil ketakutan apabila mengetahui bahawa Bakaruyung adalah Lasyar Putera Mahkota. Lambang yang ada di tangan Bakaruyung itu adalah bukti sahih bahawa Bakaruyung adalah seorang Lasykar Putera Mahkota.

Lasykar yang mempunyai kuasa untuk menangkap dan menghukum orang-orang kenamaan negeri yang mempunyai niat jahat atau berbuat onar.

XXXXX“Kalau ku ikutkan hatiku yang panas mahu sahaja aku heret kamu semua ke muka pengadilan,”suara Bakaruyung yang menengking geram, membuatkan Telani , Jejaka dan orang-orangnya terketar-ketar ketakutan “biar Sultan atau Putera Mahkota sendiri yang menjatuhkan hukuman!”
XXXXX“Jangan tuan Lasykar, jangan !, ampunkan kami Tuan!”Berita kehebatan Lasykar Putera Mahkota memang sangat terkenal di kalangan penduduk di Desa Tuadang. Seorang dua Lasykar Putera Mahkota sahaja sudah cukup untuk melumpuhkan satu armada lanun, apatah lagi pendekar-pendekar muda baru bercerai susu seperti orang-orang suruhan Jejaka dan Telani .Barangkali hanya dengan sekali tamparan sahaja sudah cukup untuk membuatkan Jejaka ,Telani dan orang-orangnya termuntah darah lalu terbaring menagih nyawa.
XXXXX“Ayuh!,di mana warta Sultan yang telah di letakkan di sini beberapa hari yang lalu?”
XXXXX“Setahu hamba, tidak ada warta di tampalkan di sini, tuan Lasykar,” beritahu Telani terketar.
XXXXX“Pembohong!, berani Tuan hamba mengatakan bahawa hamba tidak menampal warta di sini,” Bakaruyung segera mengeluar keris Manjalela pemberian Sultan kepada semua perajurit Lasykar lalu menghunusnya kepada Telani “mahukah tuan hamba jika hamba mengerat lidah tuan hamba yang berbohong itu?”
XXXXX“Jangan!, jangan!, maafkan hamba!, maafkan hamba!, baiklah hamba mengaku, hamba yang telah menurunkan warta sultan itu dan membakarnya.”Telani terketar-ketar memohon maaf dan mengakui apa yang telah di perbuatnya. Ternyata pembohongannya sebentar tadi nyaris-nyaris memakan dirinya sendiri.
XXXXX“Tuan hamba membakarnya?, tahukah tuan hamba semua, bahwa perbuatan tuan hamba itu samalah seperti menentang Sultan!” Suara Bakaruyung semakin meninggi, marahnya kepada Telani, Jejaka dan kawan-kawannya makin menjadi-jadi.
XXXXX“Maafkan hamba!, hamba jahil, hamba tidak tahu!” pada saat dan ketika itu hanya bayangan Manjalela menerobos ke perut mereka mengambil tempat di dalam fikiran. Kesemua mereka berpeluh-peluh yang gementar.
XXXXX“Maafkan kami, maafkan kami tua...”
XXXXX“Sudah, mulai saat ini aku sendiri akan mengawasi laluan di sini dengan bantuan Merah Budiman, ingat kamu semua,”Bakaruyung menyarungkan kerisnya masuk ke dalam sarung lalu menudingkan jarinya pada Terani dan rakan-rakan “aku adalah jerat yang tidak akan melupakan pelanduk!” amaran Bakaruyung membuatkan hati Telani semakin gementar dan takut .Teman-temannya yang lain juga semakin tunduk.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home