Sepintas Helaian: 40 LUKISAN HATI
XXXXX"Zana..." muna menegurku pada suatu malam ketika aku sedang memetik gitar dan mengalunkan lagu di penjara janji di anjung rumah,melayani perasaan hati yang sedang berduka.
XXXXX"apa?" Aku cuba buat macam biasa.
XXXXX"Kau ni kenapa?,suka-suka juga petik lagu Awie ni?" tegur Muna sambil duduk di sebelahku sambil meletakkan air kelapa muda dan rojak kegemaranku diatas meja.
XXXXX"Tak boleh?" tanyaku sambil menghirup air kelapa muda.
XXXXX"Bukan tak boleh, setahu aku., kau tu peminat Metalica. Kalau sudah terpetik lagu Awie tu, adalah kotak 'fius' dalam kepala tu yang longgar..."usik Muna lagi. Intan dan Aida yang dari tadi mendiamkan diri mula ketawa kecil melihat aku.
XXXXX"Aku teringatkan Azam..."Saat ini aku merasakan tidak ada apa lagi yang harus aku sembunyikan dari mereka.
XXXXX"Macam dah 'parah' saja bunyinya..."usik ntan pula.
XXXXX"Ini bukan parah lagi kak, dah tahap gali kubur dah ni."Intan, Aida dan Muna semakin giat mentertawakan aku.
XXXXX"Ooo...itu pasal yang nyanyi lagu Di penjara janji tu?"usik Muna lagi.
XXXXX"Hmm..."
XXXXX"Kalau macam tu kau dah salah lagu," beritahu Aida sambil ketawa tertahan-tahan.
XXXXX"Dah tu lagu apa kak oi?"aku juga turut sama ketawa.
XXXXX"alif ba ta dunia ku!" beritahu Aida sambil mereka bertiga melepaskan ketawa.
XXXXX"Melampau kau ni, kak!" Aku hanya terdaya tertawa bersama mereka dan kemudiannya menyambung memetik gitar sambil memainkan lagu kegemaran Azam
XXXXX"Kau orang perasan tak?" Kenangan bersama Azam membuatkan aku terheret berkongsi bersama Aida,Intan dan Muna.
XXXXX"Perasan apa?"
XXXXX"Comot tu, suara dia..."
XXXXX"Macam suara Awie?" tanya Intan.
XXXXX"Haah!, kamu semua tak perasan ke?"
XXXXX"Laa...kau baru perasan?, Budak course aku lama dah kecoh!" beritahu Muna sambil membuka kuih rojak yang dibeli oleh Aida dan Intan tadi.
XXXXX"Kecoh?,kecoh kenapa?"
XXXXX"Yang kau carikan makwe buat si Comot tu dululah!"
XXXXX"La!, kenapa kau tak memohon masa tu?"
XXXXX"Kau tak singgah mikrob!, lagi pun kalau aku dah terjebak dengan si Comot, siapa pula nak menjebak Rizal?" marah Muna kepadaku. Intan dan aida ketawa lagi.
XXXXX"Entah, kat sains komputer pun lalu saja..."
XXXXX"Habis tu!, aku nak buat macam mana?"
XXXXX"Luaskan skop pencarian kau. Iklan tu kalau boleh buat sebesar gajah," usik Aida
XXXXX"Tulis besar-besar macam billboard tepi jalan?" tanya aku balik, menyindir.
XXXXX"Teruna kesepian, suara macam Awie, pandai melukis dan dean's list setiap semester, sejam dua puluh lima ringgit," usik Muna lagi, mengambarkan kepadaku bagaimakah rupanya iklan itu. Intan dan Aida sudah tidak mampu bertahan lagi, apatah lagi apabila Muna mengatakan dua puluh lima ringgit kerana seingatku Azam akan meletak harga dua puluh lima ringgit bagi setiap lukisannya, kami berempat ketawa besar mendengar cara Muna hendak 'mengiklan'kan Azam.

1 Comments:
Teruna kesepian..... ah.... bagus buat certot tu!
Post a Comment
<< Home