My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Wednesday, February 08, 2006

SEPINTAS HELAIAN : PENDEKAR MERAH BUDIMAN

XXXXX“Begitulah, cadangan hamba, Daik. Oh ya hamba perlu beransur dahulu, giliran hamba berkawal sudah tiba.”
XXXXX “Silakan”
XXXXX “Assalamualaikum”
XXXXX“Waalaikumsalam” .Demikianlah perbicaraan dua sahabat itu. Khabar dan kisah yang disampaikan oleh Daik itu didengar oleh Pak Guntur, seorang pandai perahu yang kebetulan turut menjamu selera di gerai Kossim itu dengan tekun.Hatinya sakit mendengar orang memuji-muji Merah Budiman.
XXXXX“Lagi-lagi Merah Budiman!, lagi-lagi Merah Budiman!” Rungut Pak Guntur ketika berjalan pulang ke teratak rumahnya yang indah. Pak Guntur walaupun hanya seorang pandai perahu, namun telah banyak menerima upah membaiki dan membuat perahu . Rumahnya juga telah di besarkan dan dia juga telah berjaya mengupah beberapa orang untuk mengusahakan kebun yang di wariskan oleh ayahnya .
XXXXX“Apa kerja aku tidak baguskah?” Pak Guntur menanyakan dirinya sendiri . ketika melabuhkan punggungnya di pangkal pangkin anjung rumahnya.
XXXXX“Apa yang dirungutkan itu ,Pak Guntur?” Suatu suara yang terdengar rungutan Pak Guntur itu menegurnya .Pak Guntur berpaling kearah suara itu, kelihatan jirannya, Kholid baru pulang dari kebunnya.
XXXXX“Oh kamu Kholid, baru pulang dari kebunkah?”
XXXXX“Benar Pak Guntur, saya mencari ulam untuk berbuka puasa hari ini.”
XXXXX“Puasa? Setahu hamba bulan Ramadhan belum tiba lagi,Kholid!”
XXXXX“Hamba berpuasa sunat PakGuntur, setiap Isnin dan Khamis.” Beritahu Kholid kepada Pak Guntur. Pak Guntur mengangguk-angguk, dia memang ada mendengar ceramah dari Imam Sheikh Fadlullah yang datang ke masjid mereka tentang kebaikkan berpuasa sunat itu, tetapi apabila mengetahui bahawa Sheikh Fadlullah itu berketurunan Arab, hatinya langsung menolak ajaran Sheikh Fadlullah itu. Padanya sekelian orang Arab itu seperti Merah Budiman. Pepat di luar, runcing didalam!
XXXXX“Muram sahaja wajah Pak Guntur ini? Ada apa-apakah yang boleh hamba tolong?” tanya Kholid kepada Pak Guntur.
XXXXX“Masalah harianlah Kholid, beginilah…”
XXXXX“Masalah apa Pak Guntur?” Pak Guntur hanya tersenyum, pada awalnya Pak Guntur hanya mendiamkan diri sahaja, tetapi bila mengingatkan Kholid itu baik hubugannya dengan Dato Shahbandar, fikiran Pak Guntur segera dapat mengatur satu rancangan.
XXXXX“Masalah kecil sahaja Kholid, perahu-perahu hamba tidak ada orang yang mahu menempahnya,” Pak Guntur mulai menceritakan kisahnya.
XXXXX“Kenapa?”
XXXXX“Entahlah, hendak di katakan mahal, perahu hamba itu sama sahaja harganya dengan perahu yang di buat oleh Merah Budiman itu, hendak dikatakan kayu untuk membuat perahu itu tidak kukuh, rasanya kayu hambalah yang paling kukuh buatannya,” Pak Guntur mulai menjalankan muslihatnya secara perlahan-lahan. Kholid mendengar dengan berhati-hati.
XXXXX“Benarkah ini?” tanya Kholid.
XXXXX“Kalau tidak, masakan Bendahara dan orang-orang kenamaan dari istana menempah perahu dari hamba?” Pak Guntur menanya semula pada Kholid. Kholid mengangguk-anggukkan kepala mendengar kata-kata Pak Guntur itu.
XXXXX“Namun semenjak Sultan meminta Merah Budiman menyediakan sebuah Jong untuk dirinya, semua orang datang meminta membuatkan perahu dari Merah Budiman itu.” Kholid merasa belas mendengar rintihan dan keluh Pak Guntur itu .
XXXXX“Tidak ada sesiapa lagi yang mahu menempah perahu dari hamba.” Suara Pak Guntur semakin sayu, dia sedaya upaya cuba meraih simpati dari Kholid.
XXXXX“Beginilah Pak Guntur, hamba ada mendengar khabar bahawa Sultan hendak menempah seratus buah sampan untuk kegunaan askar-askar yang mengawal pantai, nanti akan hamba cuba tanya-tanyakan kepada Dato ShahBandar itu, jika kerja itu boleh diberikan kepada Pak Guntur.”
XXXXX“Benarkah? Kalau begitu hamba sedia membuatnya, er..,maksud hamba jika kenalah pada harganya.” Senyuman dibibir Kholid membuatkan Pak Guntur merasakan dirinya murah kerana mengira-ngira harga sebelum kerja di jalankan.
XXXXX“Baiklah Pak Guntur, biarlah hamba beransur dahulu, assalamualaikum.” Kholid segera menghulur tangan dan Pak Guntur dengan pantas menyambut tangan Kholid itu.
XXXXX“Waalaikumsalam.” Pak Guntur menjawab separuh hati. Didalam fikirannya, telah terencana rancangan untuk mengambil untung yang berlipat ganda. Pak Guntur memerhatikan langkah kaki Kholid yang beredar semakin menjauh darinya itu.
XXXXX“Merah Budiman…kau pasti akan masuk ke dalam perangkap ku kali ini.” Pak Guntur tersenyum seorang diri sambil mengurut-urut dagunya.
Subuh-subuh lagi Adi sudah pun berjalan pulang dari Istana . Langkahnya pendek-pendek tetapi pantas .Entah apa yang hendak di kejarnya. Hendak di katakan mengejar nasi, dapur rumahnya memang selalu tidak berasap, hanya di gerai Kossimlah dia membasahkan tekak dan mengisi perut. Pendapatannya sebagai Penjaga Pintu Istana Kota pula tidaklah selumayan perajurit-perajurit yang mengawal pasar dan pinggir desa. Hanya sekadar yang cukup untuk menyara hidupnya yang sebatang kara.
XXXXX“Ah, dagang musafir juga hidupku ini.” Demikianlah hati kecil Adi berkata-kata, kerana hidup yang sedemikianlah, tidak berani Adi hendak mengeluarkan kata-kata hatinya terhadap Seri Manja, gadis yang terkenal lembut budi pekertinya di Kampung Tualang itu ……

0 Comments:

Post a Comment

<< Home