Sepintas Helaian : Epik si pengungsi Takdir . Bab 1, bahagian pertama
XXXXX Dua puteri kesayangan Anggun Wicara dan Tanjadirga adalah permata yang paling berharga di dalam Kota Awan Setuju itu. Tanjadirga dan Anggun Wicara mendukung dua puteri manis itu keluar dari bilik latihan.
XXXXX"Ayahanda…" Bicara lembut Salju menjengah ke dalam pendengaran Tanjadirga.
XXXXX"Ada apa anakanda ?"
XXXXX"Apakah yang ada di dalam peti itu ?"
XXXXX"Hadiah untuk adinda berdua."
XXXXX"Benarkah ayahanda ?"Anak mata Salju dan Bayu segera membulat memandang pada Tanjadirga.
XXXXX"Sudah tentu, akan ayahanda hadiahkan buat anakanda berdua sempena malam keraian puja umur adinda berdua."
XXXXX"Yaaaaa!" Salju dan Bayu berteriak yang penuh gembira .Senyum bahagia turut terpamir diwajah Anggun Wicara. Anggun Wicara dan Tanjadirga berjalan penuh gembira sambil mendukung Salju dan Bayu yang tidak henti-hentinya menyanyi yang ria. Seekor helang yang bersayap putih dan berwarna perak di dadanya melayang terbang di langit Tajninbar.
Helang Dirah membuat rentak terbang yang hanya difahami oleh Tanjadirga. Perlahan-lahan Tanjardiga menurunkan Salju dari dukungannya .Diletakkan puteri manis itu ke bawah.
XXXXX"Dinda, bawa Salju dan Bayu, ke dewan santap, kanda akan menyusul sebentar lagi." Tanjadirga meminta izin agar di tinggalkan sebentar ,bersendiri.
XXXXX"Baiklah kanda." Anggun Wicara akur tanpa sebarang bantahan. Pastilah suaminya mahu berbicara yang penting dengan sahabatnya itu. Anggun Wicara sedar bahawa kehadiran Helang Dirah hanya kebiasaannya membawa dua perkara.
Berita perang dan isyarat bencana
Sebaik sahaja kelibat Anggun Wicara dan puteri-puterinya menghilang disebalik gapura pertama istana, Helang Dirah meluncur turun perlahan-lahan menghampiri Tanjardiga dan ketika dalam jarak beberapa kaki dari Tanjardiga, Helang Dirah mengepakkan sayapnya beberapa kali dan dalam beberapa ketika, dengan izin Allah, Helang Dirah berubah bentuknya kepada seorang manusia yang berpakaian seperti seorang pengemis yang bertudung kepalanya .Ditangan si pengemis terdapatnya sebatang tongkat kayu yang berukiran dengan tulisan Rukhan.
XXXXX"Salam, buat Tuanku Tajninbar." Demikian ayat pertama yang terluncur keluar dari mulut manusia aneh itu . Manusia aneh menundukkan sedikit kepalanya pada Tanjardiga selaku memberi hormat……..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home