My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Monday, February 06, 2006

ANTARA CERTOT DAN CERPEN

PTS pada pandangan saya adalah satu tempat yang boleh di katakan agak ‘kaya’ dengan ‘ekperimentasi’.Sesuatu yang di jana dari idea yang sedia ada untuk membentuk satu pandangan atau produk yang baru.

Soalnya, adakah produk itu bermasalah?

Kita tidak tahu sebelum produk itu di uji dalam pasaran.

Tetapi keberanian untuk memasarkan produk itu. Itu yang harus di beri pujian. Ini kerana para ‘pereka’ dan ‘pencipta’ produk itu ada yang datang dari berbagai-bagai latar belakang. Ada yang lama menulis, ada yang melukis, ada yang baru belajar-belajar, ada yang tidak tahu langsung dan ada pula tukang masak!, Wah!,variasi sungguh PTS ni!, calang-calang tempat tidak ada yang mahu ambil risiko ini!.

Keberanian untuk mengambil risiko itulah yang saya pandang dan saya sanjung. Sejujurnya saya belum pernah menemui mana-mana penerbitan yang seberani PTS. Sepanjang masa saya menyertai PTS ini saya melihat keazaman para penulis dan mentor-mentornya dalam menghasilkan produk-produk mereka .Antara yang paling menarik saya temui pada waktu terkini adalah penghasilan cerita kontot, atau apa yang lebih di kenali sebagai certot.

Penghasilan certot pada pemerhatian saya adalah suatu kaedah yang sebenarnya lebih dikenali dengan Kad dan Jalan Cerita (card and storyline) . Saya memanggilnya sebagai C.A.S. Ia adalah asas membuat novel yang paling awal. KJ method akan di aplikasikan ke dalam teknik ini pada tahap C.A.S ini dibina. Malah setelah jalan ceritanya jelas, kad2 cerita masih boleh di tambah kedalam cerita .

KJ Method bolehlah di katakan keadah membaiki dan mengemaskini ‘hasil’ tahap demi tahap.

Secara pribadi, certot ini belum sempurna sebagai sebuah cerita.

Tetapi jika hasil akhirnya adalah sebuah Grafik Novel atau barangkali komik dua belas muka untuk sebuah karya,

Ya, saya yakin ada sesuatu yang baru bakal di tonjolkan oleh pts.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home