My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Monday, February 06, 2006

Sahabatku Hanzalah, seorang qarqun

Apa itu Qarqun . Qarqun itu pekerja. Hanzalah seorang Qarqun.Dan Hazalah itu bukan nama betulnya, nama betulnya saya sudah tidak berapa ingat, tapi sebelum dia memakai nama sahabat nama nabi yang unggul itu, kami memanggilnya wak sahaja.
XXXXXHanzalah ini sahabat yang sudah sangat lama saya kenali, seingat saya semenjak sebelum SRP lagi.( PMR belum wujud ketika itu), Sama-sama berjalan kaki sejauh 8 Kilometer semata-mata kerana hendak membeli stem, sama-sama di kejar anjing kerana lewat mengutip bas akhir gara-gara bermain mesin slot ( sewaktu itu masih 20 sen sekali main) , sama-sama pula menaiki lori untuk balik ke rumah, dan macam-macam lagilah kerja gila yang kami perbuat sewaktu masih sangat hijau dahulu.
Biasanya kalau saya mendapat hadiah rotan dari ayah pun, lapan puluh peratus penyebabnya adalah kerana si Hanzalah ini.
Walaupun Hanzalah ini nakal dan aktif orangnya, namun dalam bersahabat, Hanzalah ini tulus, dia tidak ada niat yang lain di sebalik persahabatan. Barangkali kerana hatinya yang murni itu, Hanzalah menjumpai jalan Hidayah yang baik, lalu akhirnya…ya Hanzalah yang kulihat hari ini adalah seorang Qarqun yang baik hati. Walaupun kenakalannya kadang kala masih ada lagi.
XXXXX"Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Hazalah?"
XXXXX"Who ?"
XXXXX"Hanzalah"
XXXXX"Pardon..?"
XXXXX"Hanzalah!, Hanzalah!"
XXXXX"I Think you got the wrong number." Hampeh betul la jawa ni, nombor telefon siapa yang dia bagi ni. Akal saya pantas memikirkan aksi nakal si Hanzalah.
XXXXX"Mr Hans, please," saya memutuskan untuk mencuba nama glamor si Hanzalah.
XXXXX"Mr Hans?, one moment please." Suara yang lunak itu mulai kenal siapa orang yang hendak saya hubungi.
XXXXX"Hans here" balas suara yang sangat saya kenal itu.
XXXXX"Hans kepala hotak kau!, bagero kau jawo!" saya menyambut suara Hanzalah dengan maki hamun, resmi orang Melaka. Hanzalah hanya ketawa berenjin, saya pasti ketika ini teman-teman seofisnya tertanya-tanya.
XXXXX"Hans konon!," saya mengutuk si Hanzalah "Jem kepala hotak aku donga nama mat saleh kau, dol!"
XXXXX"Kau kek mano ni, bai?"
XXXXX"Keramat"
XXXXX"Keramat kek mano?"
XXXXX"Bambu!"
XXXXX"Oh kek CC hackers tu ko?"
XXXXX"Hackers and crackers"
XXXXX"Rite, bagi aku five minutes"
XXXXX"five minutes waktu kek planet mano?, kek planet pluto ko kek planet zargus?"
XXXXX"Planet Hollywood"
XXXXX"Dogeh!,"saya mengesa Hanzalah supaya cepat.
Dan ajaibnya memang dalam waktu yang lima minit itu, dia tiba juga di meja dimana saya sedang duduk. Nampak sahaja wajahnya saya sudah ketawa. Hanzalah pula yang terkelip-kelip melihat saya.
XXXXX"Cargas!," puji saya .Hanzalah masih terkebil-kebil lagi memandang saya.
XXXXX"Apo dah jadi ni Bai?" Tanya Hanzalah sebaik sahaja duduk di hadapan saya. Saya terlupa bahawa Hanzalah belum pernah berjumpa saya selepas waktu ‘teruji’ itu. Hanya sms sahaja.
XXXXX"Hit by a truck, saved by an angel.One damn lucky guy,"beritahu saya kepada Hanzalah dalam bentuk ‘kod’.
XXXXX"Kau sakit apo?" ternyata Hanzalah masih faham bagaimana ‘membaca’ kod yang kami cipta sewaktu di Kem 514 dahulu. Saya mengeluarkan wallet dan memberikan ‘kad plastik’ istimewa saya kepada Hanzalah.Hanzalah memandang penuh hairan kepada saya, wajahnya terbendung tanda tanya, malah hairan ingin bertanya lagi.
XXXXX"Kau biar betul?"
XXXXX"Aku dah di suggest C.A.B.G la.."
XXXXX"Ya Allah, ya ke ni?, seketul?, bila?," bertubi-tubi Hanzalah menanyakan saya.
XXXXX"Lama dah, ada setahun lebih"
XXXXX"Kau buat engo?" saya mengangguk.
XXXXX"Result?"
XXXXX"No blocks, aku punya cause by disease, file aku special kes,probably one in hundred." Hanzalah mengeleng-gelengkan kepala, dia menekur di hadapan saya memandang sesuatu di atas meja.
XXXXX"Woi, kau kenapa ni, Dol. Aku suruh kau datang sini bukan nak tengok kau punya drama air mata!" marah saya kepada Hanzalah. Hanzalah ketawa yang berenjin lagi. Ketawanya itu satu trademark kepada dirinya.
XXXXX"Kau buek apo sekarang ni?"
XXXXX"Aku menulis"
XXXXX"program?,"mesti kerana Hanzalah menduga bahawa saya penulis program pengaturcara kerana latar belakang kejuruteraan. Saya mengeleng-gelengkan kepala
XXXXX"Aku tulis buku."Dahi Hanzalah berkerut. Saya mengeluarkan buku sahabat kole kacang dan 40 lukisan Hati lalu meletakkan di hadapannya.
XXXXX"Mak ai!"Hanzalah ternganga lalu mencapai buku 40 lukisan hati yang saya letakkan di hadapannya.
XXXXX"Banyak bunyi tak nak!, meh sini duo puloh onam inggit"
XXXXX"Duo puluh dah la!"
XXXXX"Banyak kau punyo duo puluh!"
XXXXX"Duo puluh ompek"
XXXXX"Camnolah penulis cam aku nak idup ni, bak lah"
XXXXX"Nah,"Hanzalah menghulur dua puluh enam ringgit kepadaku sambil ketawa. Ternyata perangai kuat menyakat Hanzalah masih tidak hilang. Aku mengeleng-gelengkan kepala sambil memasukkan wang tersebut kedalam kocek.
XXXXX"Ha mulolah nak buek-buek lupo tu?"
XXXXX"Apo bondo eh?"
XXXXX"auto!"suruh Hanzalah sambil menghulurkan pena. Saya mencatatkan sesuatu didalam bukunya.
XXXXXXXXXX"BUAT MISTER HANS!, KAU JANGAN NAK PERASAN LA!"

XXXXX"Hampeh!"marah Hanzalah sambil ketawa!

5 Comments:

Blogger Hidayah said...

err.. ini kisah benar ya?
menarik, dan nyata orang jawa memang best:D..hehe...

11:02 PM  
Blogger Unknown said...

sokong dr.petunjuk. Jawa memang world... he he...

5:52 PM  
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Apa pasal Jawa asyik sokong Jawa saja? Ini namanya perkauman!

10:12 PM  
Blogger Panaharjuna said...

Kalau roboh kota melaka,
Papan dijawa hamba nak sorok,
kalau sungguh bagai dikata,
Jawa pun jawalah!, janji Rock! , hahahahaha !!!

3:44 PM  
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Uish! Pakai songkok pun ingat rock!!

9:30 PM  

Post a Comment

<< Home