Sahabat Kole Kacang 2 -Jiwa Pendekar
Sewaktu di tingkatan 2, saya pernah menghadapi satu masa getir kerana di buli oleh pelajar-pelajar peralihan. Didalam sahabat kole kacang 2 ada satu watak baru bernama Shafie .Laluan hidup Shafie ketika itu adalah laluan yang sangat ingin saya perbuat ketika di tingkatan dua sekolah menengah.
Mulanya kejadian itu adalah kerana saya adalah pemenang tempat pertama pertandingan pidato antara tingkatan. Hadiahnya?, lumayan. Ringgit Malaysia Lima Puluh Ringgit, Tunai. Satu jumlah yang besar buat seorang pelajar kerdil pada saya pada ketika itu.
Kerana hadiah yang ‘sejumlah’ lima puluh ringgit itu, saya menerima tumbuk dan terajang dari tiga pelajar cina dari pelajar aliran peralihan. Saya phobia selama sebulan dan selama sebulan juga itulah saya tidak hentikan membuat dua rakaat solat hajat menuntut balasan.
Sangat tidak saya sedari bahawa dua rakaat solat hajat yang setiap malam itu, bukan sahaja pada akhirnya menghilangkan ketakutan saya itu malah turut menyampaikan hajat saya kepada Yang Maha Mendengar lagi maha Adil dalam memberikan balasannya.
Doa orang yang teraniaya adalah doa yang naik tanpa hijab. Saya lupa sejarah kota damsyik yang dibakar oleh orang-orang monggul itu kerana doanya seorang wanita kafir zhimmi yang teraniaya.
Kalau seorang kafir zhimmi malah didengar oleh Allah rintihannya, apatah lagi seorang muslim biasa seperti saya. Lagi malah teraniaya. Dan mustajabnya doa itu terbukti dengan berita belangsungkawa yang saya terima tahun itu. Berita itu sangat mengejutkan saya, kerana saya tidak menyangka bahawa doa saya itu diberi jawapan yang begitu oleh Allah.
XXXXX “Alangkah baiknya kalau kau doakan dia orang tu dapat hidayat” tegur seorang kawan saya sambil mengeleng-gelengkan kepala.
Saya terdiam. Kata-kata sahabat itu ada benarnya. Doa yang paling mahal adalah doa hidayah untuk orang-orang kafir.
Seminggu selepas kejadian itu, saya melihat seorang kawan Melayu saya bertumbuk dengan seorang kawan Melayu juga. Saya sedih melihat kejadian itu. Kesedihan saya mendadak menjadi kesal.
Kekesalan itulah yang menjanakan ilham buat saya menghasilkan Sahabat Kole Kacang 2.
Baca selanjutnya ulasan di Blog Sahabat Kole Kacang 2.
1 Comments:
Tahniah le bro. Aku tengok SKK 2 ni lebih cun covernya dari yg pertama dulu. Tahniah utk Ice gak. Weh, cerita pasal Bulan Dek Ma ko tu nak anta ke penerbit mana? Ko tulis balik ke ceta tu? Apasal ko minta cerita tu drp aku? Ilang ek? Mana lagi karya karya-karya yang ko nk minta aku kritik? Aku sedia je bila-bila masa nak mengkritik karya2 ko tu. Besalah, ko pun memang tak kisah dgn kritikan aku yang masam manis pedas tu, Pengkritik paling kejam di dunia. Huhuhu...
Post a Comment
<< Home