Jangan lopa wey...
XXXXX"Apa aku nak cakap ni?" tanya Mat Lajak tu pada saya dan Hanzalah.
XXXXX"Masyaallah, lafaz macam biasa la syeikh"
XXXXX"Akadnya tu..."Minta Mat Lajak ni kepada kami.
XXXXX"Kau tau akad nak beli barang?"tanya Hanzalah.
XXXXX"Tau!"
XXXXX"Ha lebih kurang la tu, kang kau cakap kat Pak Imam tu, 'saya zakat ya' nanti Pak Imam tu akan jawab 'ya, saya terima zakat ni', senang jer" beritahu Hanzalah dengan wajah serius. Mat Lajak masih ragu-ragu, beberapa orang yang sedang membayar zakat kelihatan sedang terkumat kamit membaca lafaz akad membayar zakat.
XXXXX "Panjang semacam jer aku tengok, tak ada macam kau cakap tu pun,"Hanzalah meledakkan ketawa di tangga masjid. Saya menyiku perut Hanzalah.
XXXXX "Masjid ni, sheikh" saya mengingatkan Hanzalah.
XXXXX "Kau orang ni main-mainkan aku la!" Mat Lajak walaupun tersengih tetapi mulai risau.
XXXXX "Meh sini tangan kau!" Hanzalah meminta tangan Mat Lajak untuk di berikan 'praktikal'nya akad zakad itu.
XXXXX "Ikut!" suruh Hanzalah
XXXXX "Yelah"
XXXXX "Aku terima nikahnya..." cepat-cepat Mat Lajak menarik tangannya. Kali ini saya juga tidak dapat menahan ketawa. Kami sama-sama mengeleng-gelengkan kepala memerhatikan Mat Lajak itu.
Lafaz Akad Zakat Fitrah
1. Lafaz untuk diri sendiri:Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
3. Lafaz bagi pihak:Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili ...... pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
1 Comments:
alamak, baru baca entri ni. terlambat. kalau tak mesti cemerlang waktu akad zakat fitrah aku ari tu
Post a Comment
<< Home