Virus oh Virus.
Virus..,
Telah sepekan kau membuat aku derita,
menderaku dengan cara yang Psycho
Jika di ketahui Alfread Hitchcock,
Pastilah ia segan hendak menerbitkan
Drama trillernya yang gah itu.
Virus,
Kendatipun,
Aku tidak benci padamu,
Kehadiranmu memang membawa erti.
Membuatku sedar betapa berharganya masa,
Mengajarku erti kesabaran,
Menunggu tanpa kepastian,
Terkebil-kebil di hadapan labtop seperti cicak tertelan kapur.
Virus
Aku tidak tahu asalmu, tapi aku telah menjumpai alamatmu
Aku mengusir kau bukan kerana aku benci, melainkan kerana kehadiranmu memenuhi ruang memory labtopku,
Membuatkan labtopku yang biasa berlari, kini berjalan, malah terkini sudah pandai merangkak.
Virus,
Labtobku bukan buaya,
Usahlah kau ajar dia merangkak seperti itu,
Aku tidak suka, buaya juga tidak suka,
Cicak di syiling,mengkarung malah tenggiling dan biawak juga tidak suka.
Itu kerja mereka yang hakiki.
Virus,
Aku masih memberi kau peluang agar pergi dengan si AVG
Namun kau degil dan masih mahu menanti,
Aku sudah mulai terfikir untuk memformat semula labtobku,
Membuatkan kau terkubur dalam tsunami data yang di sedut pergi.
Jangan kesabaran ku kau uji, nahas kau nanti!.
Virus
Pergilah dengan aman,
Sebelum aku mengambil tindakkan itu,
Janganlah kau salahkan aku, kerana aku telah pun memberi kau peluang
Agar menyerah dengan jalan yang damai.
Ingatlah,
Komunis telah menyerah,
Aparteid juga telah menyerah,
Zionis juga akan bakal menyerah, kalau tidak di bunuh,
Namun ternyata engkau ini degil,
Kerana itu jangan salahkan aku kalau hayatmu berakhir dengan
Cara yang ngeri,
Dengan jalan yang tragis,
Aku tak peduli lagi.
Panaharjuna - sejurus sebelum mandi jumaat.

2 Comments:
wow! sajak? cerita? atau apa? yang pasti hebat cara penyampaiannya.
Tuan panah,
Assalamuakaikum,
Letusan yang menyegarkan.
Post a Comment
<< Home