Mendidik bukan bererti menghukum.
Ada seorang pengunjung di blog pn Ainon menamakan dirinya Mr Hero, memberikan satu komen yang bagus, yang saya kira wajar difikirkan oleh golongan penulis yang mahu berjinak-jinak dan yang telah membulatkan tekad untuk terjun kedalam dunia penulisan.
Nasihat ini adalah yang seutama-utamanya untuk saya sendiri, saya akur, apabila telunjuk menunjuk ke arah seseorang, maka pastilah jari tengah, jari hantu dan jari manis akan menunjuk ke arah diri.
Pengunjung yang menamakan dirinya Mr love itu memberikan komennya di bawah pos “Pasaran Novel Cinta – Update” seperti ini,
Tapi sekarang tema novel cinta tidak berkembang disebabkan semakin hari semakin ramai penulis yang masih muda dan mentah, tapi sudah menulis novel, masih anak dara, baru keluar dari alam kampung, dia sendiri belum bercinta kecuali cinta monyet di sekolah, belum berkahwin apatah lagi pernah bercerai, bermadu... tapi tulis persoalan cinta, kisah mak mentua, perkahwinan dan perceraian.
Mereka tidak membaca karya falsafah seni, tak tahu teori2 sastera, buku sejarah yg dia tahu cuma buku teks sekolah, buku-buku lain pun tak baca, cuma tengok akademi fantasia, tengok telenovela, cerita Hindustan, baca gosip majalah hiburan dan novel2 cinta Melayu.
Mereka tidak luas pergaulan, cuma berkawan dengan manusia yang sama macam dirinya, tidak kenal ramai jenis manusia, tidak berkawan dengan golongan cerdik pandai dan profesional.... tapi tulis cerita yang ada watak jurutera, doktor, peguam, bisnesman.
Mereka tidak masuk mana-mana persatuan penulis, pergi seminar sastera pun tak pernah, yang dinamakan perpustakaan peribadi pun tak ada, pergi kuliah agama pun tidak, jangankan membaca Sahih Bukhari. Ada pengarang novel cinta cuma masuk kedai buku mamak sebab nak membeli novel cinta, tak pernah masuk Pustaka Indonesia, Kinokuniya, Borders, MPH. Ada yang pesta buku pun tak pernah pergi!
Melancong keluar negeri pun mereka tak pernah, umrah belum buat, masuk wad hospital pun belum pernah, tidur dalam hotel 5 bintang pun tak pernah, masuk disko pun ta pernah, memandu 4-wheel drive pun tak pernah.
Masuk butik Armani pun mereka tak pernah, minum kopi di Starbucks pun tak pernah, naik kapalterbang pun ada yang belum pernah, kad kredit pun tak ada, borang akaun overdraf pun tak pernah tengok..... tapi tulis novel yang ada watak lelaki kaya, ada dato', ada playboy!
Ikut demo menentang Israel pun tak pernah, masuk Sahabat Alam pun tidak, membaca Al-Jazeera on-line pun tidak, menjejakkan kaki masuk mahkamah tengok macam mana sesi perbicaraan dijalankan pun tak pernah, tengok Formula-1 pun tidak, apatah lagi masuk bilik lokap balai polis.
Apa yang nak diharapkan dari pengarang2 yang macam itu? Input is equal to output. Apa yang masuk itu yang keluar. Sampah masuk otak mereka, sampah jugalah yang keluar dari otak mereka.
Kalau tema novel2 cinta Melayu bodoh lagi membodohkan, semuanya datang dari otak2 penulis yang masih mentah, masih naif, masih bodoh.
Kata-kata ini walaupun kedengaran keras dan memukul namun ada benarnya, saya sendiri turut merasa terpukul kebatang hidung. Kendati saya pernah menyertai ‘rapat umum’ sewaktu masih bergelar pelajar kampus dahulu, kami tidak diburu polis atau FRU, sebaliknya kami pula yang mengejar Pak Guard!.
Saya setuju bahawa penulis muda ini masih ramai yang belum trampil bagus dengan idea yang mereka utarakan di dalam karya mereka. Lantaran itu ada sesetengahnya memilih genre yang hampir pada mereka iaitu genre cinta.
Saya fikir, golongan ini belum ‘matang’ lagi dalam menulis kisah-kisah cinta. Namun saya kira, menidakkan pengalaman mereka tidak wajar. Ini kerana saya yakin bahawa adanya di kalangan remaja ini yang mampu menulis kisah-kisah yang saya kira semahal semangat dan pengalaman remaja itu sendiri, berbanding penulis-penulis mapan yang sudah establish di dalam genre dunia penulisan ‘cinta’ mereka.
(Ya- ada juga penulis mapan yang menulis kisah cinta )
Ada penulis dikalangan penulis-penulis muda ini boleh menceritakan dengan baik di dalam karyanya kisah belajar melukis dengan tokoh pelukis negara serta halangan-halangan yang ditempuhi serta cabaran yang mereka sahuti untuk memenuhi impian itu, ada pula penulis lain yang mampu menulis kisah mereka di pukul dan di buli rakan sebaya dan ada yang sanggup belajar silat untuk mengatasinya, ada pula yang pernah menulis kisah debaran pelajar-pelajar kemahiran dari aliran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan yang berdebar-debar menghadapi penghakiman pertandingan Tangan Emas, di suatu pihak yang lain pula ada yang pernah punyai pengalaman getir menghadapi Pegawai Pemeriksa Dalaman yang di datangkan khas oleh Majlis Latihan Vokasional semata-mata untuk mengendos ( memberi ujian trampil) agar sijil mereka itu boleh di gunakan untuk bekerja, kisah patriotik tentang sekumpulan remaja kampung yang menyertai regimen Askar wataniah dan pengalaman mereka menjalankan latihan serang hendap, menembak laras, mencuci senjata M16, malah kisah kehilangan kelopak M16. Itu belum termasuk lagi yang mampu menulis kisah sains fiksyen tentang peperangan di sebuah planet lain dan sebagainya.
Soal yang harus di fikirkan oleh Mr Love sebenarnya adalah, dimana kisah-kisah yang begini mampu dan dapat di pasarkan?, siapa pula penulis yang mampu menulis dan mempeloporinya setelah selama bertahun-tahun berbagai syarikat gergasi penerbitan menerbitkan kisah-kisah cinta lalu tiba-tiba pada suatu detik, khalayak pembaca meminta syarikat ini menukar selera dan menu pembaca mereka.
Saya kira untuk menjadi pengasas atau membina satu aliran baru itu sebenarnya satu cabaran. Chicklit malah mengambil masa 3 tahun untuk meneguh dan membina tapak genrenya sebelum muncul sebagai satu genre berpengaruh dan mempunyai alirannya sendiri. Saya kira PTSOne agak berani dalam meletakkan taruhan yang besar dalam mencari dan mempelopori genre-genre baru penulisan ini.
Benar penulis-penulis muda ini ada yang malah tidak pernah menghadiri simposium-simposium seperti yang selalu di usahakan oleh badan gapena dan sebagainya tetapi saya kira untuk mengajak penulis-penulis muda ini menyertai simposium-simposium besar itu tidak sukar, seandainya ada tajuk-tajuk simposium yang bagus untuk remaja ini yang malah di permakalah oleh penulis-penulis mapan yang pernah menulis didalam genre remaja ini. Ini saya kira tidak sukar. Tajuknya pun tak usahlah menakutkan penulis-penulis muda ini, berikan tajuk-tajuk asas dan yang mampu di fikirkan oleh mereka ini disamping di dalam masa yang sama berikan penulis-penulis remaja yang baru ini satu dorongan dan panduan yang betul dalam menuliskan karya-karya mereka.
Ya Dorongan dan Panduan.
Saya kira ada penulis penulis mapan yang mampu trampil dalam menjalankan kerja ini, malah ada yang mampu mengurus simposium-simposium yang besar. Ramai penulis-penulis baru yang menanti dalam kehausan simposium-simposium untuk mereka ini.
Disinilah saya kira fikir untuk menyedarkan penulis-penulis muda ini patut di beri, mereka ini juga harus di kenalkan dengan dunia cabaran yang ada di dalam dunia penulisan itu sendiri, biar mereka ini terjaga dari realiti dunia yang selama ini tidak berjalan dengan ‘mimpi2’ mereka itu. Dengan cara yang wajar.
Kerja ini berat. Kerja ini perlu kesabaran.
Kerja ini perlu pada masa dan komitmen.

8 Comments:
yuhu..
aku mmg terpanah dgn komen Mr Hero tu.. terasa kebas dan pedas ..
Ada simposium sastera, ada bengkel, ada diskusi, tapi malangnya muka2 tu jugak...
Wah! Wah! Artikel sdr ni bunyinya macam kertas kerja dalam simposium sastera nasional-lah!
This comment has been removed by a blog administrator.
panah, macam mana dengan penulis tua? aku fikir sindirtan Mr. Hero itu kena sama banyaknya juga pada penulis tua.
masyaallah...,macammana blog aku boleh ada tulisan jepun pulak ni?.adeh...
hehehe..
citarasa sama barangkali..
bezanya mungkin aku ini sedikit 'gelap'..
ehehe
Assalamualaikum. jemputlah ke http://lindunganbulan.blogspot.com http://karyamuslim.blogspot.com dan www.wtv8.tv
Post a Comment
<< Home