Perwatakkan dari Dialog : Tanjadirga.
Post ini memang saya khususkan buat Helmino, saya kira dia perlu ada sedikit gambaran tentang tentang Tanjadirga.
Siaga1.( sentiasa waspada)
XXXXX“Alamat apakah ini ?” Hati kecil Tanjadirga berbisik. Beberapa hari kebelakangan ini dia menerima alamat yang jelas akan kecelakaan yang bakal menghampiri dirinya .Segera fikirannya teringatkan Mashaf, parang Sanjarkudanya yang terletak kemas di atas peteratna pedang di dalam bilik suluknya. Segera Tanjadirga bergegas ke kamar latihan dirinya itu .
XXXXX“Hah !” Tanjadirga tersentak, parang Sanjarkuda bercahaya biru, Segera Tanjadirga berkejar dan mencapai hulu parang itu, namun sebaik sahaja Tanjadirga menyentuh hulu Sanjarkuda, cahaya biru itu mendadak hilang. Sanjarkuda hanya bercahaya biru jika ada musuh memerhati atau berhajat untuk mencuba-cuba pertahanan Bumi Tajninbar.
XXXXX“Mashaf pembela Nusa, dengan kuasa Gusti Ilahi, bukakan khasyafmu.” Sanjarkuda segera memberikan pandangan mata khasyafnya yang terbuka di hulu pedang. Pandangan sekitar Kota Awan Setuju tenang sahaja. Tanjadirga masih terus memerhati. Tiada kelibat musuh .
XXXXXXXXXXTanjadirga meletakkan kembali parang Sanjarkuda di peteratnanya .Hatinya masih di garu kemusykilan .Tanjadirga kembali ke kamar latihannya . Dari jendela teratas kamar pahlawan, sepoi angin yang bertiup membelai tenang dada Tanjadirga yang terbuka. Tanjadirga menutup mata zahir dan membuka pandangan mata hatinya. Masih sulit untuk dia menjejaki gerangan apakah yang membuat hatinya resah beberapa hari kebelakangan ini .
Siaga 2
Sebaik sahaja kelibat Anggunwicara dan puteri-puterinya menghilang disebalik gapura pertama istana, Helang Dirah meluncur turun perlahan-lahan menghampiri Tanjadirga dan ketika dalam jarak beberapa kaki dari Tanjadirga, Helang Dirah mengepakkan sayapnya beberapa kali dan dalam beberapa ketika, dengan izin Allah, Helang Dirah berubah bentuknya kepada seorang manusia yang berpakaian seperti seorang pengemis yang bertudung kepalanya .Ditangan si pengemis terdapatnya sebatang tongkat kayu yang berukiran dengan tulisan Rukhan.
Siaga 3
XXXXX“Cacin, aku ingin menanyakan sesuatu..”
XXXXX“Perkara apa yang menghantui kau itu ?”
XXXXX“Adakah…adakah ‘Tahnun’ ada memberikan kau apa-apa alamat sebelum ini ?” Segera pandangan Cacin dan Tanjardiga berlaga.
XXXXX“Ya, ada, bagaimana pula dengan ‘Mashaf’ ?”
XXXXX“Pagi tadi, namun hanya seketika.”
XXXXX“Seketika ?, hanya beberapa detik ?” Tanya Cacin lagi, nadanya seperti mendesak.
XXXXX“Ya benar !”
XXXXX“Nampaknya, aku bukan berkhayal pagi tadi.”Ternyata Cacin juga mengalami perkara yang sama. Perlahan Cacin memandang pada Tanjardiga yang resah.
XXXXX“Apa pendapatmu ?” Cacin sangat pasti bahawa Tanjardiga pasti telah menyusun sesuatu didalam benaknya.
XXXXX“Kita harus siaga Cacin, kau harus siaga!”
XXXXX“Baiklah…aku akan menyusun siasah disini.” Batuk batuk yang keras tiba-tiba menyerang Cacin .Tanjardiga kehairanan, namun segera akalnya membuat keputusan yang pantas.
Ini adalah salah satu dari beberapa sikap Tanjadirga di dalam Cetera Pertama, Selain dari itu, Tanjadirga juga seorang yang romantis, penyayang, seorang yang berusaha dengan gigih namun juga seorang yang pemarah selain tidak mahu berkompromi diatas urusan Puak Harukat. Sifat Romantis, penyayang dan berusaha dengan gigih ini dapat dilihat ketika Anggunwicara tewas diracun oleh penyamun-penyamun dari Akon.
XXXXX “Mustahil !,memberikan kau Bunga Dirah Naga Geni umpama menyerahkan negaraku ke tangan musuh!,”ternyata soal menyerahkan Bunga Dirah Naga Geni bukannya soal yang mudah.
XXXXX “Aku dan Tajninbar akan menjadi ganti lanteramu itu Buana!, percayalah kepadaku!”
XXXXX “Mustahil!, kau sendiri di khianati rakyatmu!, apa galang janjimu untuk mempertahankan Urusilusi ?”
XXXXX “Aku adalah raja yang di nobatkan Rong Garsuka, Panglima Naga Geni, bicaraku adalah perintah ,usulku adalah hukum, kehendakku adalah matlamat!, dan kau tahu bahawa Pahlawan Harukat dan Pahlawan Tanah Adat Harimau akan mematuhiku tanpa sebarang soal jawab. Dan Pahlawan naga geni yang menjadi sayap tenteraku adalah pahlawan yang sangat sukar di tewaskan!”.Tanjadirga berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan Buana Akhur.
XXXXX “Kau jangan terlalu yakin dengan Pahlawan NagaGeni sahabatku, Dirah Naga Geni itu tumbuh kerana adanya titis-titis darah Pahlawan Naga Geni pernah di tumpahkan. Darahnya Garayung !”
XXXXX “Garayung di khianati !, darahnya ditumpahkan dengan jalan yang pengecut, dengan jalan tipu daya .Seluruh Urusilusi maklum tentang kisah itu !”
XXXXX “Jadi kau seharusnya arif bahawa Pahlawan Naga Geni mampu sahaja di tewaskan. Malah yang terhebat dikalangan mereka”.
Ubat yang terakhir. Bunga Dirah Naga Geni tak mampu di perolehi, permaisuri Anggunwicara mati di dalam pangkuan.
XXXXX “Ahh…”hela nafas Anggunwicara yang lemah, sejenak membunuh bicara antara keduanya. Bibir Anggunwicara semakin pucat .Pertanda hayatnya semakin hampir ke penghujung . Air mata Tanjadirga mengalir mengharapkan belas dari Buana Akhur . Darah permaisuri tercinta nampaknya tidak mampu lagi mengalir ke segenap tubuh. Jalan akhir Tanjadirga membuatkan lelaki yang tidak berdaya itu melutut di hadapan Buana Akhur. Tubuh Anggunwicara mulai berubah kejap didalam dukungan Tanjadirga.
XXXXX “Buana, untuk terakhir kalinya, aku mohon pertimbanganmu”
XXXXX “Maafkan aku kawan, aku tidak dapat membantumu.”Buana bangkit dari hadapan Tanjadirga lalu berjalan tanpa sebarang rasa bersalah melewati pintu kotanya.
XXXXX “Buana ! Buanaaaaa!”.Jeritan perasaan Tanjadirga tidak mampu menghalang ketegasan Buana. Sebaik sahaja langkah terakhir Buana melewati pintu kota Urusilusi, Buana mengisyaratkan agar pintu kota di tutup .
XXXXX “Buanaaaaaaaaaaa!” Jeritan Tanjadirga terbiar tidak di pedulikan. Dan bersama jeritan Tanjadirga itu ,nyawa Angun Wicara melepasi bibir permaisuri Tajninbar yang tersenyum penuh redha.
Setelah diberi kepada Helmi, Helmi membayangkan watak Tanjadirga itu itu seperti ini,

2 Comments:
Tanjadirga.... mak oi susah nak sebut!
tergeliat lidah
Post a Comment
<< Home