My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Thursday, August 31, 2006

Tegar : Karya Eksperimen


Saya agak lewat menghantar pos ini. Sebetulnya kesuntukkan waktu dan masa terluang. Hari-hari penting Shakirah lebih harus saya beri perhatian. Saat nota ini di tulis, saya mencuri waktu sebenarnya, lari dari tugas ( a.w.l, kalau mengikut istilah tentera). Novel Tegar, alhamdulillah telah pun sempat di bentang (siaran tertunda) oleh Syed Munawar lewat episod resensi pada hari isnin yang lalu. Namun yang menyebabkan saya tergerak untuk memberi sedikit waktu pada kali ini adalah satu perbicaraan penting di antara Novel Sastera dan Novel popular yang sempat di bentangkan oleh Saudari Nisah Hj Harun dan seorang penulis dari Creative, SAUDARA Najwa Aiman, berkenaan kedua-dua aliran Novel itu. Ada sesuatu yang mendatangi fikiran saya setelah usainya diskusi itu. Apabila persoalan berkenaan bentuk novel yang di hasilkan, saya mulai memikir-mikir sendiri berkenaan novel yang baru saya hasilkan itu. Dimana letak duduknya novel ini?, adakah ianya novel popular atau adakah ianya novel sastera. Adakah novel ini berat atau adakah novel ini ringan?. Jika di tanyakan saya, ya novel ini barangkali tidak akan memuaskan hati teman-teman pengkarya yang sealiran dengan saya. Ianya adalah novel Jibunsyi, tetapi sifatnya masih cereka. Itu yang tragis. Pada hemat saya. Masih ada sempadan dalam novel ini, jadi jika di tanya pada saya, ya-anggap saja novel ini cereka, walaupun tujuh puluh peratusnya adalah benar-benar terjadi. Saya pulang dari minum-minum di Mph itu membawa satu fikir yang berat di tinggalkan oleh pembicara-pembicara yang sudah banyak pengalaman itu. Saya fikir saya masih baru, namun saya punya gengsi dan kebolehan. Soalnya adakah gengsi dan kebolehan itu bisa membawa saya ke takah yang baru?.
Saya pernah membaca beberapa cereka yang bagus hasil karya penulis-penulis mapan. Idea dan persoalan yang di bincangkan di dalam karya itu walaupun cereka, tetapi masak dan menarik. Menikmati karya yang 'masak' di masa yang sama mempunyai aroma 'popular' saya fikir bukan satu tugas mudah. Saya fikir kawan-kawan saya yang terlibat di dalam animasi setuju bahawa "Ang-the last airbender' itu mempunyai ciri-ciri ini. Tapi lihat pula senarai animatornya!.
Namun dalam soal menghasilkan karya Novel, tugas 'yang sekian banyak' itu di pikul oleh anda seorang. Anda pereka letak, anda tukang pengcahayaan, prop, setting, dan pelbagai lagi. Barangkali ada yang ketawa dengan kata-kata saya ini, tetapi percayalah, ketika menghasilkan Novel Salina, pak samad melukis kampung setinggan itu untuk membuat novelnya.
Ah!, saya terbabas lagi, ini bukan soal menghasilkan filem, tapi menghasilkan novel, cuma kebelakangan waktu ini saya cenderung memikirkan bahawa novel itu seharusnya dilihat sebagai sebuah cetera layar perak.

Soal ini timbul kerana saya tidak merasa aman selepas di hubungi Faizal lewat pagi ini. Katanya ada beberapa pihak yang berminat untuk memperoleh patern Kole kacang. Rehat saya benar-benar terganggu hari ini. Sudahlah saya terpadamkan tumbdrive utama dimana cerita sahabat kole kacang 3 dan palestin saya letakkan.

Ah!, benar-benar minggu ini menguji saya!.

7 Comments:

Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Macam mana boleh terpadam thumb drive tu?

10:43 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pertama-tamanya aku nak mengucapkan syabas kepada pihak PTS kerana kebelakangan ini, aku tengok bahawa pihak PTS telah dengan bijaknya mengketengahkan penulis-penulis dia orang melalui rancangan RESENSI di TV1 dan aku tabik springlah dengan kebolehan PTS ni.
Perasaan kagum aku semakin bertambah bila pada satu pagi Senin, ketika aku dan member-member yang lain baru jer nak kemas-kemas primis kafe untuk bukak kedai sambil layan tv satu, aku terkejut gila khinzir bila salah seorang penulis yang aku kagum dan respek semenjak aku masih belajar, yaitu abang Ahmad Zafran keluar kat kaca Televisyen dalam ruangan RESENSI selamat pagi Malaysia. Aku dan member-member aku betul2 terkejut bila mendapati bahawa abg A.Z ,kini dah ada 3 buah buku dengan PTS, yang terbaru tajuknya TEGAR. Masa tu aku rasa seolah-olah aku ni baru balik dari planet Ontahkekmano. Aku memang peminat abg A.Z semenjak dia menulis buku Antologi DBP bertajuk Anisopilea lagi, ( betul tak ejaannya tu?) dan juga aku berpeluang menatap dua buah buku abg A.Z yang berikutnya iaitu Antologi Nursadiq. Tetapi yang paling mengesankan aku adalah buku abg AZ tentang Cikgu Shapie tu, apatah tajuk dia, aku lupa, buku tu dah hilang tapi buku tulah membakar semangat kami sehingga kami dapat beli sebuah premis kat Melaka ni untuk buat cafe internet.
So kerana merasa akan mendapat semangat baru kita orang pun pergi la ke Mahkota Parade untuk mencari buku TEGAR tu, Alhamdulillah, dapat, tapi aku macam rasa buku tu bukan abg A.Z tulis, sebab dah tak macam kisah buku Cikgu Shafie yang dia tulis dulu.
Kisah yang Cikgu Shafie dulu tu ada semangat yang luar biasa dalam cerita dia, aku macam rasa abg A.Z tulis buku tu ikut kepala dia, free spirit, aku rasa seolah-olah watak Ayub tu, macam watak aku, serius!. Kalau abg A.Z rasa buku TEGAR yang tebal ni dapat kalahkan buku Cikgu Shapie tu, saya rasa abg AZ mungkin silap, sebab aku rasa cerita Shafie tu lebih menyuntik semangat aku. Orang lain aku tak tau la.
Oklah, aku harap, abang AZ kalau nak tulis cerita dimasa yang akan datang, tolong la jangan tulis cerita yang macam TEGAR tu lagi. Cerita tu banyak yang tak kena, tapi aku tak tau nak cakap macam mana.

8:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

La?engkau follower mamat tu rupa-rupanya?, aku tau semua buku-buku yang kau cakap tu. Ehem, DBP tak ada terbit Antologi Anisopilea ye, yang ada Antologi ANNYSS SOPHILLEA, Antologi Nursadiq tu memang ada dan buku tu memang best, (aku simpan Antologi Nursadiq macam bini aku simpan barang kemas) dan buku yang kau cakap pasal cikgu Shapie tu rasa aku bukan DBP yang terbit, rasa-rasa aku DBP tak ada terbit.
Anyway aku pun bersetuju sangat-sangat la dengan kata-kata kau berkenaan buku TEGAR tu, aku pun tak puas hati la (aku salah seorang mangsa yang dah terbeli la ni). Macam kau cakap,seolah-olah aku rasa bukan macam dia yang tulis. Kalau tak salah aku sebulan dua sebelum TEGAR ni terbit, aku ada baca cerpen dia yang Berita Harian terbitkan, tajuk aku dah lupa tapi kalau tak salah berkenaan dengan seorang hambaallah ni buat umrah dengan mak dia dan jumpa malaikat masa kat Masjid Nabawi. Tajuk dia ada perkataan KUFUR, aku lupa tajuk panjang dia. Tapi tajuk dan cerita dan gaya AZ dalam cerpen tu memang best, sebab tu aku rasa, buku TEGAR tu MUNGKIN, dia suruh orang lain tulis. Sebab, pada pendapat aku, tak mungkin AZ akan tulis macam tu punya gaya. Cerita TEGAR tu memang boleh tahan la, aku puji, tapi nak hadam?cerita tu, mak oiii, macam nak telan peria la woi. Engkau punya gantinama, fail la bang!. Sorry la aku cakap ni. Aku harap kau jangan kasi orang lain tulis la cerita kau tu.

9:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

SKRIPWRITER JALANAN

Aku agak kau orang berdua ni lom boleh lagi di klasifikasikan sebagai ‘kipas susah mati’ si AZ tu, sebab kau orang dua ekor tak tau detail pasal mamat AZ tu, tengok aku segala resume si AZ womanizer tu soma ada dalam kocek aku. AZ ni sebenarnya bermula dengan menconteng-conteng dinding tepi jalan dan belakang tempat duduk bas je, sebagai permulaan. Ini apa yang informer tak bertauliah aku bagi tau la, lepas dah boring conteng-conteng dinding dan belakang tempat duduk bas, dia conteng tandas pulak, lepas conteng tandas tu, agaknya dia dah boring menconteng terus dia buat cerpen bertajuk CINTAKU HANYA UNTUKNYA, Menang pulak si zafran ni punya cerpen, tahun, 1992, Macamana aku boleh ingat?, sebab tahun yang sama cerpen aku yang bertajuk TERBABAS KE NERAKA, tak terpilih. Senang cakap, kalah. Cerpen Cintaku tulah yang di ambil dan di antologi bersama-sama cerpen Nisah Harun didalam Antologi Annyss Sophilea tu,
Aku tak tau apa cerita, mamat ni seolah-olah senyap selama beberapa tahun. Masa dia off tulah aku mengambil kesempatan mengembangkan bakat aku, dan aku berjaya, hehehe tak ada orang nak cerita aku ke?, dan tup-tup ,suatu hari yang tak best, di tahun 1999 dia keluar balik, seketul, macam melepas kentut di tangga, bukan cerpen, bukan juga Novel, aku pun tak tau nak kata apa, sebab pada aku pendek sangat kalau nak jadi novel dan panjang sangat kalau nak jadi cerpen. Aku panggil karya ajelah, inilah Karya yang si anonymos cakap Cikgu Shapie tu, Tajuknya ‘Terimakasih Cikgu Annesa’. Kesalahan kat dalam buku ‘Terimakasih’ tu bersepah-sepah. Bahasa Inggeris tak buat huruf condong, ‘di’ kata kerja dan ‘di’ tempat pun salah, ‘Ke’ pun salah guna, hey, aku bekas editor la, aku pun tau jugak kesilapan-kesilapan yang tak boleh dimaafkan ni. Then, tiba-tiba tahun ni, dia keluar balik?, kali ni dua novel sekaligus?. Wah, ini betul punya peram.Itu aku tak heran lagi, tapi bila cerpen dia yang bertajuk PERGINYA MUSIM KUFUR keluar dalam tak salah aku bulan lepas.., wah!, aku dah nak tabik spring dah, tak sangka pulak si Womanizer ni punya bahasa dah upgrade ke tahap yang boleh la aku katakan pro. Dan aku yang kehairanan ni pun, tak memasal dah terbeli buku kedua si AZ ni, bagai di sihir-sihir oleh regekkan adik aku yang asyik nak buku kacang, kacang, kacang (hey!,sekali aku tampar budak ni karang!). Selepas baca, oklah, buku Sahabat Kole Kacang boleh bagi markah B+ la, aku rasa macam uncle yang bertanggungjawab la pulak bila bagi buku kacang tu kat anak buah aku. Buku 40 lh (buku yang paling awal aku beli) tu pun kiranya aku kasi B la, dah ada sedikit komitmen dalam tatabahasa (hahahahaha) A?,opppp nanti, bak kata pensyarah kat dalam buku TEGAR, tu “A untuk dewa dewi” So?, paham-paham la ek heheheheh. Belom boleh lagi…,
Yang aku frust tu pun bukan apa, siap keluar kat kat RESENSI tu. Jadi aku punya expectation memang high la kan. Aku dengan Kapten Solo pun pergi lah ke Kedai MPH untuk lepak-lepak kat starbuck sambil mencari karya terbaru AZ. Kebetulan, Solo bagi tau aku, novel mamat ni keluar sekali dengan dua novel baru, Novel ‘Dari Kepala Batas ke New Heaven’ sama Novel ‘Cerita Satu Impian’,tiga-tiga sekali aku angkut. Solo baca novel AZ dulu, manakala aku baca novel New Heaven sama novel ‘Satu Impian’. Saja. Konon-kononnya aku ni nak safe the best for the last la. Namun, alangkah rabaknya perasaan aku ketika membaca karya si AZ, aku rasa macam nak strip off je kat situ lalu kemudiannya menyanyikan lagu siti – ‘biarlah rahsia’. Gila Dul!.
Mamat AZ ni buat kesilapan yang lain pulak,salah ejaan pun ada? bersepah pulak kat dalam buku TEGAR tu, Aduuuuhai, dari depan cover bawak sampai ke belakang, tak ada yang tak menyakitkan mata aku!,
Mula-mula cover sama tajuk, cover gambar tiga ekor burung, sharp, kat belakang tiga ekor burung tu ada dua orang mamat tengah lepak-lepak tepi pantai? Kabur lak tu?, woi AZ?, tak belajar maksud camera work ke?, kata biasa tulis skrip?. Amenda tu?, lepas tu tajuk pulak TEGAR?. Perggggh!, confirm la gay club boys sama budak PUSAT mesti cari punya!,
Kalau dulu aku kuar 13 inggit, kali ni aku lebih dari 20 inggit untuk buku AZ. Terus terang aku cakap, yang 13 inggit tu memang berbaloi duit aku, kalau dia jual 31, aku masih sanggup lagi la beli, tapi yang terbaru ni, aduuuhhhh!, hancus!, macam budak sekolah menengah baru belajar menulis!, ya allah!, ada ke laki bini membahasakan diri kamu dan saya?,tepuk dahi aku, amenda ni?, ‘the perfect stranger’ versi bahasa melayu ke?, kalau nak pakai awak dan saya pun tengok tempat la, Cikgu cakap dengan student pun pakai kamu-sedara?. Dengan secara automatiknya, cikgu tu dah menyamakan tarafnya dengan murid. Kalau cikgu tu dah sama tarafnya dengan murid, layak ke dia mengajar murid tu ?. Lain la kalau murid kau tu amik master dan kau pulak memang professor madya, memang boleh sangat-sangat la, Ini Guru Besar, dengan budak sekolah rendah?. Aku rasa macam nak demam + trauma lepas baca buku si AZ ni.
Wey Az, apa dah jadi dengan kau ni?, tulis la elok-elok, aku nak tengok karya macam Nursadiq tu!, oklah!, kau tak nak tulis macam tu, kau tulis la macam "sekali pasir bah" pun best jugak, (bakal orang rumah aku kata cerita tu macam kisah benar!).Kau jangan tulis macam budak sekolah menengah woi, bukan kau punya standart tulis macam tu. Aku trauma tau hari tu!, balik pun Solo yang bawak kereta. Mula-mula tu aku ingat nak trash aje buku tu, tetapi memandangkan musuh aku lum baca lagi, elok jugak kalau aku simpan dulu. Nanti agak-agak aku dah kebah dari penyakit TEGAR ni nanti boleh la aku tengok musuh aku kena sawan khinzir + trauma elit pulak. He he he he he…

2:04 PM  
Blogger Zamri Mohamad said...

Pattern Kole Kacang? Apa tu, tuan terangkan sikit?

5:38 PM  
Blogger Faisal Nordin said...

aku hormati karya ini sebagai eksperimen.

9:46 AM  
Blogger Faizul bin Kamaruddin bin A. Manan bin KH Bendar said...

eh eh? apakah yang berlaku ini?

(laki bini membahasakan kamu dan saya)nota yang saya baca memang kena buat begini sebabnya tidak boleh guna yang(sayang) atau bang (abang) panggilan manja

saya harap sifu boleh jelaskan perkara ini mengenai komen encik scriptwriter jalanan

8:10 PM  

Post a Comment

<< Home