Tuduhan Yang terlalu
Saya memang masih baru di dalam bidang penulisan, sangat baru, sekitar sepuluh tahun, kurang lebih. Kalau di bandingkan dengan usia manusia, apalah yang kanak-kanak pada usia sepuluh tahun boleh lakukan?. Tidur dan main sahaja kerjanya. Kerana ini saya selektif jika menceritakan pengalaman saya, cukuplah peritiwa Izy studio tersimpan didalam lembaran sejarah. Sejarah hitam dunia penulisan saya memang sangat banyak. Saya malah hampir-hampir pernah menyerah pada takah-takah yang tertentu. Disabotaj, di permainkan, di perkuda malah pernah di baling dengan segulung skrip (milik sendiri) dari tingkat atas sebuah pejabat penerbitan, taraf manusiawi saya jatuh hampir sama seperti anjing tak bertuan. Itulah perasaan saya pada ketika itu. Orang-orang dahulu saya kira ‘keras’ kalau menyentuh soal ‘mendidik’. Mereka akan ‘titik’ orang-orang baru macam kami sampai berbuih. Kalau boleh tahan macam saudara Umbut itu memang insyallah, boleh pergi jauh. Tanyalah pada penulis/pelukis Umbut. Saya kira pengalamannya jauh lebih perit dan lebih hebat dari pengalaman saya. Pengalaman saya kecil sangat jika dibandingkan dengan pengalaman beliau itu. Zaman saya bermula sebagai seorang penulis, tidak semudah seperti hari ini, saya tidak ada labtop, Cyber cafe pun tidak sebanyak hari ini, macam cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak tahu kemana hendak mengadukan pendapat atau mencari pandangan. Tidak seperti hari ini, tidak cukup dengan kemudahan internet, ada pula badan-badan berkebolehan yang membuat perjumpaan, menghimpun penulis-penulis lama dan baru untuk bertukar-tukar pendapat. Oh alangkah, nikmatnya hidup sebagai penulis di zaman kini.
XXXXX Kendati sebagai penulis, saya kira ada beberapa perkara yang saya ‘sendiri’ merasakan tidak boleh di kompromi atas dasar apa pun.
XXXXX “Cerita kau ni kenapa banyak sangat salah tanda bacaannya?” ya itu saya boleh terima, memang wajar pun kalau di tegur.
XXXXX “Cerita kau ni tak best la, hantar tempat lainlah!” pun saya boleh terima. Adatlah, cerita kita bukan semua orang suka.
XXXXX “Aku rasa tajuk cerita kau ni tak best, nanti aku akan letak tajuk aku sendiri,” ya silakan, kalau boleh meningkatkan jualan sudah tentu boleh.
XXXXX “Sorry panah, kompeni aku tak terima karya-karya macam ni,” ya wajar sahaja. Polisi syarikat barangkali.
XXXXX “La..,ini novel ke cerpen?”Barangkali terlalu pendek, mereka tidak mahu terima, pun wajar pada saya.
XXXXX “Kalau cerita macam cerita kau ini aku letak dalam bakul sampah aje”
XXXXX “Kau jangan datang ke kompeni aku lagilah, cerita kau pun aku tak nak tengok lagi” dan berbagai-bagai lagi kata yang merendah-rendahkan hasil karya saya boleh saya terima kerana mereka itu walaupun begitu sekali memandang hasil karya saya, tetapi tidak pernah berkata begini,
XXXXX “Kat mana kau cedok cerita ini?”
Ini, pada saya, terlalu dan kurang hajar.
XXXXX Dituduh yang pelbagai-bagai boleh saya terima lagi, tetapi tidak yang ini. Saya bukan bangsat yang menelusuri karya orang lain dan kemudiannya mencedok beberapa bahagian cerita mereka lalu membuat cerita saya sendiri. Saya tidak akan berlaku yang sebiadab itu, tanyalah mana-mana karyawan, mereka akan merasa cukup terhina jika di tuduh begitu, (melainkan orang yang memang biasa membuatnya).
XXXXX Bagaimana pula halnya jika menulis Autobiaografi atau biografi?. Ini berbeza, ini bukan mencedok, ianya adalah menulis semula kisah itu ke dalam bentuk yang lebih kreatif. (ini pandangan saya)
XXXXX Bagaimana pula jika ianya datang, hasil dari membaca karya orang lain, atau dari menonton tv atau wayang. Mendengar berita mahkamah?, membaca kisah-kisah benar di dalam akbar dan sebagainya?
XXXXX Saya kira istilah yang tepat adalah ‘mencanai’. Mencanai pada saya, jauh berbeda dari mencedok, biar pun ia datang dari sumber yang sama sekali bukan dari fikiran si penulis. Ini kerana kerja mencanai itu sendiri adalah satu proses kreativiti.
Mencedok pada hemat saya tidak memerlukan kreativiti, ia adalah satu proses pasang siap. Ambil bahagian yang ini, letak di sini, ubahsuai sedikit-sedikit. Kerjanya kurang dari sembilan peratus.
Yang ini, pada hemat saya di katakan cedok, alias plagiat alias ciplak.
Sila ambil perhatian, saya bukan orang yang begitu.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home