Pemberontakkan Didalam Novel Dewasa
Sebelum saya bicara dengan lebih lanjut tentang Novel Dewasa, saya kira perkara yang paling awal yang sepatutnya saya tulis sejak awal-awal lagi adalah tahap umur yang mewakili setiap genre usia itu.
Saya mengambil genre kanak-kanak dari usia sepuluh tahun sehinggalah ke umur lima belas tahun.
Mengapa bermula dengan usia sepuluh tahun?, kerana saya pernah mendengar hadis nabi yang mengatakan bahwa anak-anak pada usia tujuh tahun mestilah di ajar bersolat, manakala pada usia sepuluh tahun pula boleh di pukul sekiranya mereka enggan melakukannya. Saya mengira dengan meletakkan umur hukuman pada usia sepuluh tahun itu, nabi s.a.w dengan bijaknya cuba menunjukkan kepada kita akan tahap umur dimana ‘pertanggungjawaban’ sudah boleh di pikulkan kepada anak-anak.
Mengapa pula berakhir dengan umur lima belas tahun?, kerana rata-ratanya, umur akhir balikh itu (bagi lelaki) bermula pada usia enam belas tahun. Rata-ratanya. Ada yang lebih awal, ada yang lebih lewat.
Kerana itu, saya menetapkan genre remaja dari umur enam belas tahun sehingga umur dua puluh lima tahun. ‘Pertanggungjawaban’ seorang remaja harus lebih berat dari ‘pertanggungjawaban’ seorang anak.
Mengapa pula genre remaja berakhir pada usia dua puluh lima tahun? Sekali lagi saya suka mengambil sirah baginda nabi s.a.w sebagai rujukkan. Baginda memasuki alam berumah tangga pada usia dua puluh lima tahun. Apabila berkahwin seseorang lelaki itu bererti, lelaki itu telah bersedia dengan wajarnya untuk hidup sebagai golongan dewasa. Golongan yang memikul pertanggungjawaban yang besar. Nabi s.a.w berkahwin pada usia dua puluh lima tahun dan ini saya kira menunjukkan kepada kita akan taraf perkembangan kematangan usia yang sudah masak, satu taraf kematangan yang seharusnya sudah boleh memikul pertanggungjawaban yang jauh lebih berat. Genre dewasa bermula dari taraf umur ini.
Bagaimanapun semua genre ini adalah mengikut fikiran saya, mungkin untuk orang yang lebih arif ( atau lebih pakar) dari saya, mereka mempunyai takrifan yang lebih teliti dan lebih dalam untuk setiap genre.
Pulang semula kepada soalan pemberontakkan didalam genre dewasa, saya mengira pemberontakkan yang di hadapi didalam karya dewasa ini lebih komplex dan sukar, ini kerana cabaran yang di hadapi oleh golongan dewasa ini pelbagai dan penyelesaiannya juga tidak mudah. Seorang ibu yang kematian anak, seorang ayah yang di abaikan di rumahnya sendirian di kampung, seorang pengganggur yang memilih untuk hidup berdikari dan cemuhan yang di hadapinya adalah antara contoh-contoh premis yang membawa kepada pemberontakkan di dalam novel dewasa. Cuma bezanya dengan novel kanak-kanak dan remaja, jalan untuk meredakan pemberontakkan di dalam jiwa dan diri novel dewasa itu tidak wujud dengan cara bertindak/ beraksi yang mengerah tenaga tanpa sebab-sebab yang wajar. Jalan penyelesaian pemberontakkan di dalam diri seorang yang dewasa itu lebih dari menggunakan akal fikiran dari menggunakan tenaga.
Pemberontakkan-pemberontakkan di dalam novel-novel ini walau bagaimanapun tidak di panggil ‘pemberontakkan’ mengikut pengistilah karya. Ianya lebih di kenali sebagai KONFLIK.
Konflik mengikut istilah kamus dewan edisi ketiga, di takrifkan sebagai perselisihan, pertentangan antara individu, idea, kepentingan dan lain-lain. Namun persoalan yang seharusnya di tanyakan adakah konflik itu penting di wujudkan dalam sesebuah cerita?
Pada saya tergantung, kalau ianya wajar, ya silakan, jika tidak, buang saja konflik itu. Cuma yang berani saya katakan adalah, saya belum pernah menemukan mana-mana kisah yang berjaya, yang tidak mengenengahkan konflik di dalam ceritanya. Novel kanak-kanak malah ada tema konfliknya sendiri, sesuai dengan usia dan sekitaran mereka.
Kendati, ini hanyalah satu pandangan dari seorang yang masih baru didalam bidang penulisan, saya kira ada orang lain yang jauh lebih memahami dan mendalami soal-soal ini.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home