Pemberontakkan di dalam Novel Kanak-kanak, Novel Remaja dan Novel Dewasa.
Apabila membicarakan mengenai novel, seharusnya seseorang penulis itu jelas, untuk siapakah novel itu di tujukan. Adakah Novel itu ditujukan kepada kanak-kanak?, adakah novel itu ditujukan kepada remaja atau adakah Novel itu hanya untuk bacaan dewasa yang telah matang dan memahami bagaimana dunia ini beredaran?.
Saya ditanyakan, adakah pemberontakkan di dalam novel kanak-kanak?, ya, sudah tentu ada, contoh karya kanak-kanak yang berjaya mengetengahkan pemberontakkan di dalam novel kanak-kanak ini adalah karya yang di karang oleh Pak Ali Majod melalui cerpennya, ‘Pensil Sebatang’ yang kini telah di terjemahkan ke dalam bahasa English dengan tajuk ‘The Pencil’, saya membaca karya ini kira-kira hampir enam belas tahun yang lalu.Watak utamanya adalah Zahid, pelajar darjah 4. Pemberontakkan jiwa si Zahid terjadi bila Si Zahid kehilangan pensil kesayangannya. Pensil yang di beli dengan susah payahnya berdikit menabung hari demi hari untuk mendapatkannya. Si Zahid yang berusaha mencari mendapati, pensilnya itu berada di tangan seorang rakan sedarjahnya, Dollah. Si Dollah ini malah mendakwa pula bahawa pensil itu adalah miliknya, malah pensil itu telah diukir dengan huruf D pada pangkalnya. Kerana watak Si Zahid ini di gambarkan orang susah, sudah tentulah pemilikkan pensil yang kelihatan mahal dan ganjil ( pensil Zahid adalah pensil yang paling panjang didalam kelasnya) itu menjadi mustahil, konfliknya semakin meruncing apabila dia pula yang di tuduh cuba hendak memiliki pensil yang sebenarnya memang miliknya itu. Si Zahid ini malah di rotan dan dimalukan. Namun babakkan pemberontakkan si Zahid yang masih kuat terlekat di dalam fikiran saya adalah babak dimana Si Zahid berlari turun dari tangga lalu menendang pasu bunga di tepi laluannya, berlari pulang ke rumah dan kemudian menangis di dalam ribaan neneknya yang mengerti.
Pak Ali Majod berjaya menyusun plot perjalanan cerita itu dengan begitu kemas dan menarik sehinggakan pembaca merasa bersimpati dengan watak si Zahid itu. Watak seorang anak yang memberontak menentang ketidakadilan yang terjatuh hukum ke atas dirinya.
Menyentuh novel Remaja pula, persoalan mengenai pemberontakkan boleh dikatakan hampir ada dalam semua asas cerita. Kerana itu, tidak dapat tidak, saya suka memetik kata-kata salah seorang guru penulis saya, Allahyarham Prof Othman Puteh di dalam bukunya Persediaan Menulis Novel,
Sebagai calon pengarang yang akan menulis novel untuk remaja,dan mahukan karya penulisannya berjaya, bermutu serta diminati oleh remaja, maka kita sewajarnya mengambil tahu dan memahami remaja itu. Maksud saya, kita harus mencintai mereka, berusaha menghormati atau menghargai pendapat mereka, berkomunikasi dengan mereka dan memahami psikologi serta sikap mereka. Jadi, sekiranya kita bersedia memahami mereka, saya berpendapat tiada sebab para remaja tidak berminat membaca hasil karya penulisan kita. Mereka pasti ingin mengetahui apa yang kita perkatakan tentang diri atau pun dunia mereka dalam novel kita.(1992 : 2)
Jiwa remaja itu perlu di fahami dengan lebih mendalam. Ini kerana apabila jiwa Remaja itu tidak di fahami maka lahirlah karya-karya yang tidak membantu menenangkan jiwa pemberontakkan yang ada pada remaja-remaja ini. Soalnya, mengapa remaja itu memberontak?.
Sebelum saya menjawab soalan ini, saya berpendapat, sastera untuk remaja sangat wajar di tulis oleh golongan remaja itu sendiri. Adakah ini bermaksud golongan dewasa tidak sesuai atau tidak boleh menulis untuk golongan remaja?, jawapannya sudah tentulah boleh. Tetapi harus di ingat, apabila menulis untuk remaja, maka berfikirlah seperti remaja, bukan berfikir seperti seorang dewasa. Remaja itu pada adatnya melakukan kesalahan, juga pada adatnya tindakkan mereka akan berada di luar batas-batas yang wajar. Untuk membantu mereka berada di atas landasan yang betul, pembinaan watak pembantu yang diwujudkan dalam cerita mestilah satu watak yang memahami jiwa si remaja yang memberontak ini.
Sebenarnya terdapat banyak karya-karya remaja pemberontak, tetapi kalau saya di minta memberikan satu contoh karya pemberontakkan di dalam karya remaja yang berjaya, saya akan memilih sebuah novelet komik. “Aku budak Minang” adalah karya pemberontakkan remaja yang saya fikir sangat berjaya di dalam genrenya. Saudara Ibrahim Anon yang lebih di kenali dengan nama Ujang itu, saya kira telah berjaya dengan novel komiknya itu sehinggakan pembaca yang membaca novelet komiknya itu ada yang menitiskan air mata. Ibu saya, adalah salah seorang darinya.
Saya fikir karya “Aku budak Minang” ini berjaya kerana penulis ( juga pelukisnya) memahami dengan sebab-sebab yang wajar mengapa watak utama di dalam cerita itu bertindak yang berontak. Watak utama yang di nafikan oleh ibunya sendiri, tersisih, terhukum, di salah erti malah turut berbuat kesalahan, mampu diterima oleh semua pembaca sebagai satu kewajaran kerana konflik diri yang ditekan oleh individu dan sekitaran.
Membina sebab dan akibat kepada wujudnya pemberontakkan itu, saya kira adalah sangat penting. Ini kerana apabila pembaca mengetahui mengapakah mereka ini bertindak yang begitu, maksud dan erti keseluruhan kisah itu mampu disimpulkan dan diletakkan disana.
Bagaimana pula dengan novel dewasa?, adakah pemberontakkan di dalamnya. Jawapannya sudah tentu ada, namun saya harus menyudahkan beberapa muka surat kisah saya dahulu dan perbincangan ini akan saya tulis esok. Insyaallah.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home