My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Sunday, June 18, 2006

Tenggelam Didalam Gaya Bahasa

Semua orang suka bergaya, gaya itu sesuai dengan mood mereka pada hari itu. Jika dia merasakan hari itu, dia tidak mahu santai dan mahu serius dalam kerja, gayanya (barangkali melalui caranya bercakap, berpakaian dan bertindak) akan menjurus kepada bentuk-bentuk watak diri yang mahu serius dalam bekerja. Begitu juga jika pada hari-hari yang lain, jika dia mahu santai, berlelucuan, berfikir, bersemangat, berpatriotik atau apa saja moodnya pada hari itu. Gayanya akan memperlihatkan ‘mood’nya itu.
XXXXX Demikianlah halnya ‘mood’ pada sesebuah buku yang di tulis, bedanya gaya bahasa yang di persembahkan di dalam sesebuah buku itu kekal dari awal sehingga ke akhir. Mood sebuah buku inilah yang di kenali dengan genre, dan genre ini di wakili (kebiasaanya) oleh gaya bahasa yang ada didalam sebuah buku itu. Gaya Bahasa adalah sesuatu yang sebenarnya harus di fikirkan oleh seseorang penulis ketika mereka mula-mula menulis kisah itu. Gaya bahasa yang serius dan tinggi saya kira sesuai mewakili karya-karya yang membawa tema yang besar dan global. Dibaca oleh golongan yang intelek dan matang. Adakah ini bermaksud gaya bahasa yang tinggi tidak sesuai di masukkan kedalam karya-karya yang bertema keremajaan dan setempat?, saya kira boleh sahaja, jika ada audien yang mahu menghadam karya itu. Saya kira soal audien ini, adalah juga soalan yang harus saudara saudari fikirkan, adakah audien saudara saudari itu sedia menerima dan menghadam karya saudara saudari itu ?.
XXXXX Jika kita melihat senikata lagu, Laila Namamu Teratas, temanya walaupun universal, namun gaya bahasanya agak tinggi untuk dihadam oleh audiennya, namun di dalam hal lagu, soal lirik biasanya di bantu oleh irama, kerana itu gaya bahasa tinggi yang terkandung di dalam lirik Laila Namamu Teratas mampu sahaja di hadam oleh hampir semua golongan. Irama punyai peranan yang luas dalam mempengaruhi karya-karya yang membawa gaya bahasa yang tinggi. Jadi jika irama itu dicabut, bagaimana keindahan bahasa tinggi itu hendak di bawa kepada audien pembaca?.
Hmm..saya kira persoalan ini saya tinggalkan di sini untuk di fikirkan oleh sidang penulis.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home