Teknik Linear dan Teknik Kj Method
Saya menulis “Cintaku Hanya PadaNya” dengan menggunakan teknik Linear. Sewaktu menghadiri MPR, ada seorang teman penulis, kalau tidak salah saya Maharam Mamat, menanyakan tentang bagaimakah caranya hendak menyambungkan cerita.
XXXXX Pada ketika itu, saya kira soalan itu memang soalan yang sangat bagus, tetapi jawapan yang saya dapat pada ketika itu masih samar-samar.
XXXXX “Dengan membanyakkan latihan” demikian kata Allahyarham Pak Othman Puteh. Saya menelan jawapan itu bulat-bulat, Ya, jawapan itu pun betul juga. Namun kini saya mengerti bahawa itu bukan jawapan yang teknikal.
XXXXX Soalan yang di tanyakan oleh Maharam itu sama seperti seseorang menanyakan soalan yang begini.
XXXXX “Kenapa lampu di dapur saya tidak menyala?”
dan jawapan yang di terima adalah,
XXXXX “Kerana lampu kamu itu rosak,” jawapan yang betul, tetapi bukan jawapan yang teknikal.
XXXXX “Mentol terbakar barangkali!”
XXXXX “Oh, itu choke kamu mesti di ganti, agaknya,”
XXXXX “Starter kamu, filamennya terbakar tak?” adalah merupakan jawapan-jawapan yang teknikal pada pertanyaan lampu rosak itu. Jawapan ini lebih spesifik kepada soalan yang di tanyakan.
Begitulah juga dengan soalan menyambungkan cerita tadi.
Bagaimana hendak menyambungkan cerita?
Sebelum pergi kepada soalan menyambung cerita, saya mendapati bahawa dua kelemahan yang sering di lakukan oleh penulis ( yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia penulisan) adalah
XXXXX (a) Tidak menyediakan jalan cerita. ( story line)
XXXXX (b) Tenggelam di dalam gaya bahasa sehingga tidak tahu bagaimana hendak menyambungkan perenggan yang berikutnya.
Menyediakan jalan cerita pada hemat saya sangat penting kerana ianya adalah ibarat lakaran kasar pada seorang pelukis. Lakaran itu adalah lukisan yang mesti diikutnya supaya lukisannya sempurna. Sebagaimana lakaran itu penting begitu jugalah dengan menyediakan jalan cerita. Jalan cerita di sediakan oleh berbagai-bagai penulis dengan pelbagai-bagai cara. Ada yang menggunakan kaedah mengundurkan cerita, ada yang menggunakan kaedah peta cerita dan ada yang menggunakan kaedah kronologi tidak tersusun dan sebagainya.
Walau apapun kaedah penulisan yang saudara saudari penulis cuba jalankan, jika jalan cerita ini tidak jelas, maka pastilah cerita yang ditulis akan menjadi terbantut apabila tiba di ‘tebing kosong ilham’ (ini adalah istilah saya untuk keadaan tidak dapat hendak menyambungkan cerita). Kebiasaanya, penulis linear akan berhenti disini dan mereka akan membuat perkara-perkara lain seperti bermain gitar, memasak, menonton tv dan sebagainya sebelum datang semula ke tebing kosong ilham itu. Kebiasaannya ketika mereka sampai semula ke tebing kosong ilham ini, jambatan ilham telah pun terbentuk dan mereka akan menulis semula cerita mereka ini seakan-akan menulis sebuah kisah yang baru, dengan minda yang lebih fresh.
Masalah tebing kosong ilham ini, boleh diatasi jika ‘pintu-pintu cerita’ dicipta pada jalan cerita. Untuk membayangkan bagaimanakah pintu-pintu cerita ini berfungsi, anda haruslah membayangkan diri anda bekerja didalam ruang yang sama di mana Neo ( watak didalam trilogi Matrix - Matrix Reload) bekerja. Setiap pintu yang di bukanya akan membawa mereka menuju ke satu ruang yang lain.
Fikirkan diri anda bekerja seperti itu, setiap kali anda sampai ke tebing kosong ilham ini, cuba cari dan cipta satu atau dua pintu cerita pada jalan yang anda sedang lalui itu.
Baik, bagaimana pula dengan masalah kedua?
Tenggelam di dalam Gaya Bahasa, hmm..., esok barangkali, saya harus menyudahkan cerita saya pula.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home