ACT 1, ACT2 and ACT3
Apa itu Act 1, Act 2 dan Act 3?, secara mudahnya, saya suka mengatakan bahawa Act1, Act2 dan Act3 adalah satu teknik untuk mendapatkan ‘pengiktirafan’ dari penonton keatas cerita yang di tayangkan di kaca tv. Selepas sepuluh minit yang pertama, jika penonton masih mahu duduk di hadapan tv dan menonton karya anda. Ya, Act 1, Act 2 dan Act 3 anda bolehlah di katakan berjaya, kalau penonton anda angkat kaki selepas sepuluh minit itu, ya..faham-faham sendiri. Pada sepuluh minit pertama inilah, biasanya pertaruhan minda dibuat untuk memujuk penonton ikut teruja dengan cerita yang di tayangkan.
Ada pengarah yang menggunakan v.o ( Voice Over) pada sepuluh minit pertama. Ada yang terus masuk dengan satu aksi perlawanan, ada yang hadir dengan membawa persoalan yang membuat penonton tertanya-tanya atau ketawa. Segalanya itu wajar sahaja demi untuk menjayakan Act1, Act2 dan Act3 ini.
Bagaimana halnya pula kalau menulis?. Pada hemat saya, ya, hampir sama, cuma saya mempunyai istilah saya sendiri dalam menulis, kalau pada filem ia di panggil Act1, Act2 dan Act3, pada bahan penulisan ia lebih di kenali dengan nama First Page Karma.
Peranannya?, sama seperti Act1, Act2 dan Act3. Muka pertama harus membuat pembaca masuk kedalam karya anda. Bagaiman caranya. Hmm perlbagai, yang paling menarik walaupun tak selalu di gunakan adalah memulakan karya dengan dialog. Perhatikan contoh oleh John Bravo ini.
Lapan tahun bukan kejap, beb. Lama betul tu....cukup lama untuk aku kenal siapa Wawa yang sebenarnya. Aku kenal bila dia gembira, bila dia bengang, bila dia sedih, dan yang paling aku kenal ialah bila dia bohong. Lapan tahun kawan dengan Wawa semua perangai dan mood dia aku tahu. Jadi bila Wawa datang jumpa aku semalam, aku betul-betul tak sedap hati. Aku tahu Wawa bohong dengan aku.
XXXXX"Aku nak balik kampung lah....." sedih aje suara Wawa aku dengar. Hairan juga dalam hati aku.
XXXXX"Kenapa tiba-tiba nak balik kampung ni?" aku tanya Wawa.
XXXXX"Rindu kat mak.... lama dah tak jumpa dia," tenggelam timbul suara Wawa. Aku tengok mata Wawa pandang kat dinding, tak pandang muka aku. Hmmmm Wawa sedang berbohong dengan aku.
XXXXX"Iye ke ni? Bukan pasal lain?" aku cuba menduga.
Penulis yang bernama John Bravo ini ternyata berjaya dengan teknik dialognya. Penulis ini berjaya membina suatu permulaan cerita yang menarik untuk di nikmati oleh khalayak pembacanya. Dalam hanya beberapa dialog pertama, John Bravo telah berjaya membuatkan pembaca tertanya-tanya dan merasa turut terikat dengan cerita ini.
Ini adalah teknik yang pertama dalam memulakan cerita. Membina persoalan didalam dialog.
1 Comments:
Dialog dalam entri ini Bahasa Melayu Rendah!
Post a Comment
<< Home