My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Tuesday, June 13, 2006

Dialog dan Skrip drama Radio dan TV

Ada seseorang menghantar mesej ke hp saya mengharapkan petua dari saya untuk membantunya menghasilkan skrip drama radio. Saya berharap agar dia membaca nota ini. Saya sebenarnya sudah lama tidak menghasilkan skrip radio, namun buku untuk menghasilkan skrip radio ini banyak ada terdapat di kedai-kedai buku. Saya tidak mengkhusus di dalam skrip drama radio kerana kebelakangan ini agak sibuk dengan penghasilan buku dan skrip drama tv.
Apakah bezanya skrip drama radio dan tv?, saya mempermudahkan begini, radio mengambil alih peranan mata di dalam skrip tv. Jika di dalam skrip radio, bunyi rintik-rintik hujan yang kedengaran diluar kenderaan( ini dikenali sebagai effect) perlu di berikan penegasan dengan dialognya seperti “Oh! Hujan, lebatnya!”, jika di dalam skrip tv, barangkali dialog penegasan itu tidak perlu kerana visual hujan lebat itu sendiri telah memainkan peranannya. Ia akan jadi lucu jika dialog itu diucapkan, cukup dengan hanya mimik muka yang barangkali terkejut, kecewa, atau boleh juga gembira dengan di sebabkan hujan turun itu. Dialog boleh di ucapkan tetapi dialog itu haruslah bijak,

Cth petikkan scene Skrip drama Tv

Int. Jalan raya/di dalam kereta/siang

Est –hujan turun dengan lebat

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXBudin ( kecewa)
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXHmmm….Hujan lagi…..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXCut to

Saya mengira bahawa seorang penulis skrip itu sebenarnya harus rapat dengan pembikin filem, dia perlu mengetahui berapa banyakkah prop ( bilangan kawasan pengambaran) yang hendak di guna pakai oleh si pembikin filem itu. Melainkan Sitkom seperti ‘Kampung Sri Wangi’, ‘Syyy’ atau ‘ 2+1’, sekadar menyebut beberapa contoh, propnya hanya satu. Jika Propnya sudah di buat di kedai, maka di kedai itulah ceritanya berulangan, jika di dalam apartmen pun begitu juga, begitulah ceritanya berulangan sehingga kisahnya tamat, segala-gala perkara, kisah dan kejadian akan berlaku di prop yang itu. Disini, Penulis dialog harus kreatif. Penulis skrip itu boleh sahaja mendatangkan si penjual barang, pakistan jual karpet, pergaduhan mulut atau apa sahaja, demi untuk ‘menengelam’kan prop yang satu itu. Kerana itu saya suka menegaskan kepada teman-teman penulis skrip akan kepentingan dialog itu .Dialog adalah kekuatan sitkom. Kalau sitkom komidi sekalipun seperti ‘you are so raven,’ ‘ still standing’ ,‘My wife and kids’ atau ‘Salam Pantai Timur’ (sekali lagi, sekadar menyebutkan beberapa skrip) akan didapati bahawa sehabis-habis tinggi prop yang akan di sediakan adalah dalam sekitar dua, tiga atau empat prop.
Saya barangkali sudah melencong dari pengkususan saya, kerana kuliah ini ( hahahaha) seharusnya membicarakan dialog, bukan prop dan settingnya. Saya ingin membicarakan dialog dahulu, kerana dialoglah yang merupakan satu-satunya kelemahan yang paling besar pada skrip drama yang di hasilkan oleh syarikat-syarikat penerbitan, namun ada yang trampil bagus didalam dialognya seperti syarikat kuasatek yang di terajui oleh Mohd Nor Kadir. Untuk memperkemaskan skrip, setiap penulis, tidak kira samada penulis skrip atau penulis buku, harus menanyakan satu persoalan besar setiap kali mereka mahu menulis dialog pada karya mereka.

Mengapa dialog ini penting untuk di ucapkan?.

Disinilah, Kawakita Jiro seharusnya memberikan kuliahnya.

2 Comments:

Blogger cenderawasih said...

adoi, panjangnya entri, tak dapat baca habis. nak kejar masa

3:28 PM  
Blogger Panaharjuna said...

Ya saudagar mimpi!, penerangan itu tepat sekali!.

4:58 PM  

Post a Comment

<< Home