My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Friday, June 09, 2006

Kawakita Jiro dan Teknik Jalan Cerita

Kita ambil contoh premis ini,

Premis – Kisah seorang lelaki miskin namun jujur, dikhianati oleh teman baiknya, seorang lelaki kaya namun berhati culas, sehingga membuatkan temannya itu dipenjara Namun, dia kemudiannya berjaya melarikan diri dari penjara dan kembali semula membalas dendam setelah menjadi kaya.

Itu dia, satu kisah yang sangat mudah. Jadi kisah ini telah memenuhi syarat pertama untuk menggunakan kaedah penyelesaian rangka KJ Method.

Syaratnya . – Cerita gagal di selesaikan kerana kita terlalu mempermudahkan cerita itu.

Penyelesaiannya? – rumitkan cerita itu!.

Bagaimana merumitkan kisah ini?, sudah tentu dengan menimbulkan persoalan-persoalan berkenaan kisah itu.

Contohnya, mengapa seorang lelaki miskin di khianati oleh temannya yang kaya? Apakah yang di punyai oleh lelaki miskin itu?, Dimana dia di penjara?, Bagaimana dia melarikan diri dari penjara?, Bagaimana dia boleh menjadi kaya, apakah taruhan atau pertukaran yang telah di buatnya, janjinya barangkali setelah menjadi seorang kaya, dan bagaimanakah caranya dia membalas dendam dan sebagainya.

Nah, kisah anda telah menjadi rumit!.

Masuk pula syarat yang kedua untuk menggunakan kaedah penyelesaian rangka KJ Method,

Syaratnya?, penulis tidak mahu melihat lebih jauh di sebalik cerita yang ada di depan mata kita.

Penyelesaiannya? - lihat lebih jauh akan setiap masalah yang telah dirumitkan itu tadi!, timbulkan persoalan-persoalan yang berkaitan.

Contoh,Kembali kepada seorang lelaki miskin di khianati oleh temannya yang kaya itu.
Diakan miskin, tak berharta, jangan-jangan tidak berpelajaran, buta huruf barangkali, tidak tahu mempertahankan diri barangkali. Anak orang kaya itu sudah tentu jauh berbeza, ibarat langit dengan bumi. Lebih teruk lagi, Anak orang kaya itu seorang lelaki yang berhari culas, sedangkan lelaki ini seorang yang jujur dengan kehidupan. Pastilah ada sesuatu yang ada pada lelaki miskin itu, tidak di punyai oleh anak orang kaya itu, Apa yang membuatkannya cemburu. Apa dia?, harta?, bukan, pelajaran?, sudah tentu bukan, jadi apa?. Maka di sinilah harus masalah itu di beri jawapan. Dan jawapan itu haruslah pula memenuhi syarat ketiga untuk menggunakan kaedah penyelesaian rangka KJ Method.

Syarat ketiga? Penulis haruslah berani menyoal semula andaian yang digunakan untuk menyelesaikan cerita itu.

Penyelesaian? – Berikan andaian-andaian yang kukuh untuk menjawab masalah yang telah di rumitkan tadi.

Kembali kepada contoh, jika harta, pelajaran dan barangkali rupa, bukan sebab-sebab yang membuatkan anak orang kaya yang culas ini tergamak memfitnah lalu memenjarakan sahabat baiknya?, lalu atas maksud apa lagi?. Lalu datanglah andaian bahawa yang membuatkan si hati culas ini tergamak mengkhianati, barangkali memfitnah sahabatnya kerana si sahabat ini ya, barangkali mempunyai seorang gadis si jantung hati yang sangat jelita, lagi tulus cintanya mengasihi lelaki yang tidak punya apa itu. Hmm…,logikkah?, ya pada saya ianya logik, seorang anak lelaki kaya yang punya segalanya, tewas pada seorang lelaki yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hatinya yang jujur dalam memenangi hati wanita ingin di rebutnya.

Satu ketewasan pribadi yang saya kira sangat perit dalam sebuah pertarungan memenangi hati.

Nah, bagaimana?, sudah dapat gambaran bagaimana kaedah KJ Method ini di aplikasikan?. Itu baru menjawab satu persoalan dengan satu andaian, bagaimana pula dengan masalah-masalah lain yang timbul di sepanjang jalan cerita itu? Penjara tadi, andaikan pula penjara itu barangkali penjara yang paling sukar hendak melarikan diri, barangkali terletak di tengah-tengah laut, bagaimana dia hendak melarikan diri?, siapa yang membantunya di tengah-tengah laut itu?, tidak ada jerungkah?

Ah! Banyak sangat tanyanya, saya berilah penyelesaiannya pada anda, baca buku yang di tulis oleh Alexander Dumas, The Count Of Monte Cristo. Kalau sukar hendak membaca, beli cdnya, tajuk yang sama.

Ok selamat mengguna teknik KJ METHOD. Mengenai kaedah KAD itu, saya kira di lain kalilah, barangkali di dalam buku TEKNIK MENULIS KJ METHOD, ( hahahaha – besarnya angan-angan!)

1 Comments:

Blogger Ariyatna Adri said...

aku cuba mempraktikkan KJ, tapi tragis kerana masih dalam lapisan konvensional itu. Apa lagi petua2 KJ method?

3:25 PM  

Post a Comment

<< Home