My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Thursday, June 08, 2006

Tiga prinsip Kawakita Jiro di dalam membina cerita.

Saya ingin berbicara tentang lelaki ini kerana kaedah KJ Method yang di gunakan dalam bidang penulisan ( terutamanya yang di pelopori oleh Syarikat PTS Publication) sangat sesuai di gunakan jika kita mengetahui secara asasnya bagaimanakah teknik ini digunakan bersekali dengan kaedah menyimpan idea secara kad, membina jalan cerita.( KJ Method, card and story line) Tidak kira samada anda seorang penulis baru dan lama.
Siapakah Kawakita Jiro?, Kawakita Jiro dilahirkan pada 11 May 1920, anak keempat dari enam adik beradik, adalah anak yang bijak dan kreatif semenjak lahir. Ketika zaman perang dunia kedua Kawakita Jiro menyaksikan teman-temannya di hantar ke China hanya untuk menyambut maut. Kawakita Jiro menjadi trauma dengan keadaan itu, dan kerana Trauma dan jiwa sensitifnya itulah, Kawakita Jiro akhirnya muncul dengan satu idea pembangunan yang akhirnya di guna pakai diserata dunia dibawah nama KJ Method atau juga ada yang memanggilnya sebagai Affinity Diagram atau Elsmar Cove. Ketika zamannya, jepun telah diambang ketewasan kerana di musnahkan oleh amerika dengan bom atom. Jepun mengalami kemusnahan yang teruk namun idea beliau untuk membina semula Jepun dengan satu kaedah yang konstruktif, berperingkat tetapi detail akhirnya menjadikan beliau seorang pemikir masalah yang tampil dengan idea penyelesaian kreatif. Puan Ainon Mohd dan Prof Abdullah Hassan, di dalam bukunya “Teknik berfikir –Konsep dan Prinsip” menghuraikan konsep ini didalam bab menyelesikan masalah secara kreatif, sebab mengapa sesuatu masalah itu gagal diselesaikan. Ianya kerana
Pertama – Masalah gagal di selesaikan kerana kita terlalu mempermudahkan masalah itu.
Kedua – Kedua kita tidak mahu melihat lebih jauh di sebalik masalah yang ada di depan mata kita.
Ketiga – Kita tidak mahu menyoal semula andaian yang kita gunakan untuk menyelesaikan masalah itu.
Bagaimana konsep ini di pakai dalam membina cerita?
Tukar perkataan masalah tersebut dengan perkataan ‘cerita’. Sekarang sudah dapat melihat kaitannya?
Pertama – Cerita gagal di selesaikan kerana kita terlalu mempermudahkan cerita itu.
Kedua –kita tidak mahu melihat lebih jauh di sebalik cerita yang ada di depan mata kita.
Ketiga – Kita tidak mahu menyoal semula andaian yang kita gunakan untuk menyelesaikan cerita itu.
Ketiga-tiga perkara ini, menurut hemat saya, adalah perkara yang paling asas perlu berada di fikiran setiap penulis untuk menuliskan setiap karya mereka. Sebaik sahaja idea asas atau premis cerita di cipta.
Hmm...saya kira cukup dahulu sampai detik ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home