My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Friday, May 12, 2006

Rangkaian berjualan Ibu

Ibu itu banyak projeknya. Memang saya galakkan, malah buku kole kacang saya itu turut dijual ibu kepada teman-temannya. Buku saya menerima komen yang bagus dari teman-teman ibu itu.
XXXX“Cucu aku tak dilepasnya buku anak kau tu, kehulu kehilir diayaknya!” ibu mengejek cakap salah seorang temannya. Terselit sedikit rasa bangga didalam hati. Oppp!, awas jangan sampai terikut azazil!.
XXXX“Mak!,mak! Ustazah yang kakak mengaji ni, Raudah ke namanya?, bukan Ustazah Sawiyah?” Ejek ibu lagi, bila salah seorang anak temannya bertanya, saya dan ibu ketawa kecil. Barangkali kerana lokasi cerita itu dikampung Sri Kendong, segala yang ada di dalam buku itu barangkali benar pada fikirannya.

Hmm…ini satu maklumat penting buat saya.

Network ibu memang banyak membantu saya, kalau ibu minta komisyen, memang saya beri, tapi ibu tidak mahu, hasil jualan ubat dan serbuk pencucinya jauh lebih menyenangkannya dari buku-buku saya. Buku saya itu disambil-sambilnya ketika berjualan ubat-ubat sapu yang ibu ambil dari Kedah. Kadang kala, jualan ubat sapu ibu habis tiga empat kotak dalam sebulan. Saya garu kepala melihat cara ibu. aktivitinya penuh.. Ke pasar, berkebun, bertemu kawan, mengetuai kelas berzanji, ke Tampin, kadang kala ke rembau membayar duit air.

Bila masa yang ibu itu berjualan?,yang mampu saya buat kesimpulan adalah network ibu itu memang berfunsi.

Inilah yang dikatakan Networking.

XXXX“Kau punya network, macamana pulak?” tanya Hanzalah ketika saya bertemu Mat Lajak itu di sebuah siber kafe di Keramat, sebulan selepas saya cuba-cuba menjual buku kole kacang itu.
XXXX“Net doesn’t work!”.

Dan mengigil-gigillah Mat Lajak itu mengetawakan saya.

XXXX“Aku pisau kau kang!”

0 Comments:

Post a Comment

<< Home