Kerana kejujuran itu pedih dan menyedarkan.
Segalanya bermula pada April 23, 2006, sabtu yang lalu, apabila saya hendak memuat naik synopsis 99 hajat kepada si Zaki ‘Jagat Lara’ Zainol.
XXXXX“Kangaq, mana hang punya T-drive, mai sini aku nak upload synopsis hang sekali”pinta saya kepada Zaki.
XXXXX“La aku mana T-drive, ni ada la”
XXXXX“Tak pa!, mai sini!”, dan Zaki memberikan mpeg drivernya kepada saya. Kebetulannya sewaktu memuat naik file yang hanya sebesar 38.5kb itu saya mendapati Zaki mempunyai satu file mp3 yang saya cari-cari bertajuk- Jujur ,nyanyian kumpulan Radja.
XXXXX“Ah copy dulu, kang balik kang baru dengar!”bisik hati kecil saya. Dalam malam itu menjelang pukul tiga pagi setelah menyelesaikan tiga muka surat terakhir episod ke enam Sahabat Kole Kacang yang kedua itu, saya menerima padahnya.
Ternyata lirik didalam lagu itu membuatkan saya terpegun dan hampir menitiskan air mata. Bait-bait katanya mengheret diri saya melewati detik-detik diri di daerah yang di tinggalkan. Nyatalah kejujuran memang telah membuatkan ramai lelaki menangis, walaupun erti tangisan kejujuran itu berbeda-beda antara satu sama yang lainnya.
Isu IKIM dan kertas kerja yang dibentang di blog Universiti Terbuka, Pn Ainon itu, saya kira barangkali menuntut air mata yang lelaki, isu awalnya, ya jujur.
Isu apa lagi?
Isu pemberhentian pembinaan tambak yang baru di Johor itu terjadi, saya dengar khabar awalnya kerana soal kejujuran masih di persoal,
Ini saya ketahui dari seorang teman Mat Lajak yang punyai projek besar di sana melalui messengernya,lewat hanya beberapa hari yang lalu.
XXXXX“Singapura masih berpura-pura . Aku pula yang jadi kura-kura!”
XXXXX“Jadi kura-kura?”
XXXXX“Menangis bila lepas tanam modal!” –saya ketawa besar membaca postnya itu
XXXXX“Itu bukan kura-kuralah bang, itu penyu!”
XXXXX“Lebih kurang halal lah tu!” –sekali lagi saya ketawa yang terbahak-bahak, budak-budak yang bermain game online Risk Your Life di CC itu hairan yang bukan kepalang melihat saya .
XXXXX“Kalau betul jujur jangan susah-susahkan kami yang kerja sana la!, tengok sekarang Pak Lah dah merajuk!.Pak Sheikh tu kalau dah merajuk payah nak pujuk!. Aku pulak yang jadi pak kaduk!”
XXXXX“Pak kaduk?”
XXXXX“Korang ‘menang sorak maruah’, kerja kampung aku ‘tergadai’!”
XXXXX“Banyak ke kau tanam modal?”
XXXXX“Bolehlah…”
XXXXX“Bolehlah kalau nak kawin dua?”
XXXXX“Errr…Empat kot…”saya ketawa besar sambil mengeleng-geleng kepala pada masa itu.
XXXXX“Modal kau tu boleh retrieve balik tak?”, tanya saya.
Mat Lajak itu diam yang lama.
XXXXX“Soalan kau tu menyeramkan aku,” balas kawan ini. Dia tidak tahu bahwa jawapannya itu ternyata lebih menyeramkan saya.
XXXXX“Ada black and white?”
XXXXX“Ada, tapi kau faham-faham la meniaga jenis cam aku ni.”
XXXXX“Jenis yang tak baca klausa yang kecik, yang nak kena baca dengan kanta besar tu?”
XXXXX“Aku pisau kau kang!” –marah kawan saya ini, saya ketawa besar lagi. Isu ‘baca klausa’ ini sebenarnya bukan sahaja di hadapi oleh golongan kontraktor sahaja, malah dihadapi oleh kami golongan penulis juga.
XXXXX“Kalau diaorang jujur, aku dapat la balik.” Demikian la kata kawan saya itu sebelum menutup tirai ceritanya.
Jujur lagi...
Kerana itu saya termenung yang panjang bila mendengar lagu jujur itu di dendangkan sekitar pukul tiga pagi dari labtop buruk saya. Dalam sekian banyak rangkap yang diulang itu yang paling memilukan hati adalah rangkap yang ini.
Jujurlah pada ku, bila kau tak lagi suka
Tinggalkanlah aku, bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku,Lupakanlah aku…
Selamanya….
Kejujuran lah yang menjadikana aku begini
XXXXX“Aku si Petualang Senja!”
Shahdu.
Lagi Shahdu bila hujung bahagian sahabat kole kacang yang saya taip sepanjang tiga muka itu entah ke mana hilangnya!.
Argggghhhh!!!!!!!

1 Comments:
Sdr Panah, aktifkanlah anti-spammer tu!
Post a Comment
<< Home