My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Thursday, May 11, 2006

Saadah buat Ibu.

Zaman ‘bujangan’ puteri kole kacang yang ketiga, Syakirah, bakal tamat bulan lapan ini. Namun berbanding sebelum ini, ibu lebih tenang menghadapi hari-hari penting Syakirah. Lewat mengemudi tiga perkenan izzah dari allah, membuatkan ibu lebih bersedia.

Cuma gembira di hati bonda itu tidak sepenuhnya. Di garis wajah-wajah tuanya ada kepiluan saudara yang simpang peranang. Bercakaran dan saling benci membenci kerana tipu daya dunia.
XXXXXPangkat, harta dan kekayaan itu memang ujian yang besar buat saudara-saudara ibu.

Mereka tewas yang total. Mengikut perkiraan saya.

XXXXXKadang-kadang ibu itu menung sendiri yang panjang di dapur, pandangannya tembus entah ke alam mithsal yang mana. Menghitung-hitung, memikir-mikir bagaimanakah hendak mengaturkan pertemuan antara adik beradiknya.

Musim bahagia ibu kering dan gugur satu persatu di ragut pawana derita. Cerita terkilannya itu dikhabarkannya pada saya. Saat peristiwa penting seperti ini datang bertamu pula.
XXXX“Biarlah mak, bukan mak yang tak nak berbaik,” saya memujuk ibu agar jangan terlalu memikirkan hal itu.
XXXX“Mak bukan apa Ran, tapi uwan kau dah tinggalkan wasiat,” dan cerita yang sebenarnya tentang sedih dan pilu ibu itu pun, terbongkar.

Wasiat nendaku yang belum tertunai.

XXXX“Wan kau ada sedikit duit, hasil dikumpulkan oleh adik beradik mak,”suara ibu perlahan memulakan cerita, “sebelum meninggal, arwah ada pesan supaya duitnya tu di keluarkan, di buat kenduri korban,”
XXXX“Apa masalahnya?”
XXXX“Untuk keluarkan duit wan kau tu perlukan tandatangan semua orang, dah masing-masing tak boleh nak bertemu muka, hal tu jadi tersangkut kat situ”
XXXX“Akaun tu kat tangan siapa?”
XXXX“Salah seorang Pak sedara kau,” saya hanya mengelengkan kepala. “kata Pak sedara kau ni, duit tu, yang banyaknya datang dari duit emak saudara kau, jadi dia dah tak mahu nak ambil pusing”emak mengesat air matanya, betapa banyak air mata ibu yang tumpah kerana sengketa ini. “Bukan duit ese,”emak mengajuk cakap bapa saudara saya itu.

Saya teringat ‘keberanian’ Azazil. Terusir kerana berani-berani memakai ‘selendang Allah’. Sujud yang ratusan tahun, ibadah yang ribuan musim itu pun gugur menjadi tak bererti apabila kemurkaan Allah jatuh ke atas Azazil.

Tergelarlah Azazil laknatullah. Isu asalnya menurut kata orang-orang tua kita, adalah ‘keberanian memakai selendang Allah’ itu, engkar mengikut di belakang. Menunggang Azazil menjadi tuan.

Hari ini, setelah jutaan tahun perkara itu berlalu, Ibu pula terhukum tanpa mahunya lantaran ada adik beradiknya yang cuba-cuba mengulangi sejarah Azazil itu.

Ibu terbeban dan terhukum tanpa mahunya.

Sirat ke syurga Allah pun terbakar. Tiada siapa yang tahu bagaimana mereka hendak kesana, Allah jualah yang maha mengetahui.

Saya mengira-ngira sendiri,kalau soal yang begitu ‘penting’pun mereka tidak mahu bertemu, apatah lagi diatas tiket ‘menentukan masa’ Syakirah.

Adik saya nothing pada mereka.

Nil aksara.

Tinggallah ibu sendirian mengurusi soal Syakirah.

XXXXX“Tak apa mak, mak nak risau apa, mak ada empat anak lelaki, Midha dan Fariha dah kahwin, insyaallah, kami boleh uruskan soal ini mak”pujuk saya, cuba-cuba mendamaikan kerisauan di hati tuanya. Ibu mengagahi untuk tersenyum, namun saya sedar, di balik senyumnya itu, masih soal hubungan silaturahim adik beradiknya satu perkara besar yang mengambil tempat di mindanya.

Tiga hari dihadapan adalah hari ibu.

Saadah ibu masih jauh.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home