SEPINTAS HELAIAN .SAHABAT KOLE KACANG 2. EPI 3
XXXXX“Ini, tengok sini kawan !, gaya menunggang kuda!” Kasim menunjukkan kepada Hassan dan Johan gaya menunggang basikalnya dengan mengangkat tayar hadapan dan mengayuhnya dengan hanya menggunakan satu roda.
XXXXX“Wah! Hebat! Hebat!”puji Johan sambil bertepuk tangan.
XXXXX“Ya memang saya hebat!,” Kasim mulai berlagak yang sombong di hadapan Johan dan Hassan. Tiba-tiba Hassan dan Johan ketawa besar sambil menekan-nekan perut.
XXXXX“Kenapa awak berdua ketawa?,”tanya Kasim dengan nada yang hendak berang.
XXXXX“Sebab kamu tidak tahu makna HEBAT itu!,” beritahu Hassan sambil ketawa yang tertahan-tahan.
XXXXX“Makna apa pula!, Hebat itu hebatlah!”
XXXXX“Oh tidak dapat kawan, HEBAT itu adalah H, hanya, E,Engkau B,Beruk A,Antara T,Tapir- Hanya Engkau Beruk Antara Tapir!” beritahu Johan sambil ketawa besar dan menuding-nudingkan jari telunjuknya pada Kasim. Hassan yang mendengar juga turut ketawa besar. Merah padam muka Kasim mendengar maksud ‘HEBAT’ itu. Mulanya dia hendak marah, tetapi kemudiannya kerana teringatkan sesuatu, Kasim diam sambil tersenyum. Dia menunggu Kasim dan Hassan menghabiskan ketawanya dahulu.
XXXXX“Tetapi, jika HEBAT itu bermakna Hanya Engkau Beruk Antara Tapir, dan sayalah beruk itu, awak tahu tidak awak berdua jadi apa?”
XXXXX“Jadi apa pula?”tanya Johan sambil menegakkan badannya.
XXXXX“Jadi Tapir lah !, hahahaha , jadi Tapir lagi koman dari jadi beruk, makan anai-anai !”kutuk Kasim. Kini giliran Kasim pula mengetawakan Johan dan Hassan. Johan dan Hassan berpandangan, permainan akronim yang mereka cipta nampaknya memakan diri mereka sendiri.
XXXXX“Ini sudah melampau!”Johan menolak basikalnya dan hendak mendapatkan Kasim. Kasim dengan pantas pula mengayuh basikalnya lari dari situ. Johan segera mencapai basikalnya dan Hassan telah sedia duduk diatas basikal lebih dahulu mengejar Kasim. Kasim mengayuh basikalnya dengan laju ke kawasan tembok berhampiran masjid Kampung Sri Kendong. Pada ketika itulah Haji Jalil yang sedang dalam perjalanan balik dari masjid terpaksa membelok kekanan dengan serta merta bagi mengelakkan terlanggar Kasim yang sedang mengayuh basikal dengan tidak tentu hala itu.
XXXXX“Allah!,”jerit Haji Jalil lalu motornya terbabas masuk ke dalam semak. Kasim yang melihat kejadian itu menjadi bertambah takut lalu mengayuh basikalnya dengan lebih laju lagi ke kawasan rumah rakyat, untuk balik kerumahnya, manakala Johan dan Hassan yang terlihat kejadian itu segera berpatah balik dengan segera dan mengayuh basikal mereka cepat-cepat dari situ.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home