My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Thursday, April 20, 2006

SEPINTAS HELAIAN -SAHABAT KOLE KACANG 2 .EPI 5

XXXXX“Syakirah! Oh Syakirah!”panggil Zuhaimi berkali-kali. Fariha dan Midha sudah pun bersedia untuk mengaji. Syakirah masih lagi tidur di katilnya, baju sekolah pun masih belum di tukar.
XXXXX“Ada apa?!,”bentak Syakirah agak marah bila Zuhaimi cuba mengejutkannya.
XXXXX“Bangunlah, emak suruh mandi, tukar baju, lepas itu turun mengaji!”
XXXXX“Sekejap lagilah Bang Long!,” Syakirah merayu separuh marah. Zuhaimi hanya mengeleng-gelengkan kepala, dia sedar itu semua alasan Syakirah yang malas mengaji. Dia hairan kenapa adiknya yang seorang itu agak liat untuk mengaji sedangkan kakak Syakirah, Fariha dan Midha senang saja kalau di suruh mengaji.
XXXXX“Mak, Syakirah masih berlingkar di atas katil lagi,” adu Zuhaimi pada Ustazah Raudah. Ustazah Raudah geram yang bukan kepalang.
XXXXX“Budak ini, semakin menjadi-jadi malasnya sekarang!”bisik hati kecil Ustazah Raudah. Ustazah Raudah segera berjalan menaiki tangga menuju ke bilik anak perempuannya itu.
XXXXX“Syakirah!”Jerit Ustazah Raudah bila dilihatnya anak bongsunya itu masih tidur lagi, “apa hendak jadi kamu ini!, bangkit sekarang!,”Syakirah yang masih enak-enak tidur itu terkejut kerana dijerkah oleh Ustazah Raudah. Dalam terpisat-pisat itulah dia terlihat emaknya berdiri di muka pintu sambil bercekak pinggang.
XXXXX“Aki letihlah mak!”,Syakirah memejamkan matanya semula. Dia masih merasa mengantuk.
XXXXX“Sudah, jangan hendak mengada-ngada!, kakak kamu dua orang itu letih juga, abang Zuhaimi pun letih juga, sudah!, bangkit sekarang!”
XXXXX“Yelah, saya bangkit ini” beritahu Syakirah dengan mata yang masih tertutup. Ustazah Raudah semakin geram, Syakirah masih duduk di katil dengan matanya yang terpejam.
XXXXX“Budak seorang ini hendak kena rotan rupanya!”mendengar perkataan rotan itu, barulah Syakirah segera bingkas dari duduknya dan berlari masuk ke dalam bilik air.“Hey!, budak Syakirah ini!,”Ustazah Raudah hanya terdaya mengeleng-gelengkan kepala.“Lima minit!,”jerit Ustazah Raudah diluar pintu bilik air. Syakirah yang mendengar kata-kata itu segera menjiruskan air ke kepala dan memberus giginya. Suara bacaan Al Quran mulai berkumandang memenuhi ruang rumah Ustazah Raudah, itu menandakan bahawa pelajaran membaca Al Quran sudah bermula.

2 Comments:

Blogger Unknown said...

cik abang. tak takut ker publish fragmen buku baru tu kat sini? tulis sket2 sudahle. kena copy dgn lanun kang.... nangis tak berlagu.

6:42 PM  
Blogger Panaharjuna said...

Haah.., err betul jugak kan?

4:55 PM  

Post a Comment

<< Home