My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Tuesday, April 18, 2006

SEPINTAS HELAIAN .SAHABAT KOLE KACANG 2- EPI 2

Pada pagi hari Isnin itu, tiga pelajar yang nakal membawa basikal dengan cara yang gila-gila ke sekolah. Sebaik sahaja masuk ke kawasan sekolah, Kasim,Hassan dan Johan menaiki basikal dengan laju lalu meluncur yang gila-gila ke arah tempat basikal yang di khaskan untuk semua pelajar. Kebetulan pada ketika itu. Ayub , seorang pelajar tahun lima Zuhal baru sahaja menyimpan basikal tua pemberian ayahnya di kawasan menyimpan basikal lalu berjalan keluar hendak ke perhimpunan.
XXXXX“Screeett!!”, Kasim memberhentikan basikalnya dengan gaya membrek ke sisi sehingga tanah tempat di mana semua basikal di letakkan berterbangan debunya sehingga mengenai Ayub. Alfian, salah seorang kawan baik Ayub yang kebetulannya turut menyimpan basikal di dalam tempat basikal itu turut terkena debu tanah itu.
XXXXX“As-tag-firullah-hal-azim!”Ayub hanya terdaya beristigfar menahan geram dan marah di hatinya.Ayub yang melihat bajunya yang penuh debu mulai meradang dengan sikap mereka bertiga itu.
XXXXX“Hei kau hendak gaduhkah!”Jerit Ayub marah. Jeritannya itu menyebabkan Muaz, Zuhaimi, Khalid yang kebetulan baru sampai di pintu sekolah dan yang terlihat kejadian di situ, terkejut. Shafie yang baru turun dari bas juga terlihat kejadian itu.
XXXXX“Wah samseng nampak?,”usik Kasim. Alfian perlahan-lahan menjauhkan diri dari mereka bertiga itu. Dia memang kenal benar dengan kejahatan K.H.J itu. Cuma Ayub, pelajar baru yang baru tahun itu berpindah sekolah itu yang kelihatan tidak gentar.
XXXXX“Saya samseng sebab awak kurang hajar!, tengok baju saya ini, habis berdebu tahu!”Ayub menunjukkan keadaan bajunya yang telah kotor akibat terkena debu tanah itu.
XXXXX“Berdebu boleh basuh!”Johan yang berada di darjah lima Marikh turut memberikan pendapat.
XXXXX“Yang tidak boleh basuh, kalau berdarah!”Beritahu Kasim dengan nada mengugut. Kasim, Hassan dan Johan segera menolak basikal mereka sehingga jatuh ketanah. Menyedari bahawa akan terjadinya pergaduhan Shafie yang baru sahaja turun dari bas, segera menyuruk di sebalik sebuah pokok manakala Zuhaimi, Muaz, Khalid dan Alfian memerhatikan sahaja dari jauh.
XXXXX“Ha masuk!, kalau berani !”, Ayub segera menurunkan beg sandangnya lalu merendahkan lututnya untuk mengambil kedudukkan kuda-kuda,
XXXXX“Ewah!, dia ini macam hendak jadi pendekarlah!,”sindir Kasim.
XXXXX“Macam hendak jadi ultraman pun ya juga!,”sindir Johan pula.
XXXXX“Nah !, ambil ini Ultraman!,” Hassan segera menendang sisi kiri peha Ayub. Namun Ayub dengan pantas menepis kaki Hassan dan satu tumbukkan ‘pintal tali’ di hadiahkan pada perut Hassan. Hassan tercampak hampir tiga kaki kebelakang. Perutnya senak, dia mengelupur menahan sakit di perutnya . Seketika kemudian kedengaran suara Hassan menangis perlahan-lahan. Ini membuatkan Kasim dan Johan mulai kecut perut. Mereka mengangkat telapak tangan sambil berundur kebelakang. Mereka berdua segera menghampiri Hassan dan mengangkatnya.
XXXXX“Hendak jadi samseng, tapi baru kena sebiji sudah menangis, samseng apa itu?,”tanya Ayub dengan nada mengejek.
XXXXX“Kaulah samseng!” ejek Kasim pada Ayub. Namun hari yang bersejarah itu telah menjadi saksi betapa sejahat-jahat Kasim, Hassan dan Johan, ada orang yang jauh lebih kuat dan hebat dari mereka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home