SEPINTAS HELAIAN - SAHABAT KOLE KACANG 2 -JIWA PENDEKAR -EPI 1
XXXXX“Oh ya !, sebelum emak terlupa, tadi ada seorang budak datang ke rumah ini.” Puan Khalida memberitahu Muaz perkara yang dia hampir-hampir terlupa itu.
XXXXX“Siapa?, dia hendak apa?” tanya Muaz, kehairanan. Seingatnya dia tidak mempunyai kawan baik yang lain lagi di dalam kampung ini melainkan Zuhaimi dan Khalid.
XXXXX“Emak lupa pula hendak bertanya namanya, dia ada memberikan emak satu borang untuk diisi jika kamu berminat”
XXXXX“Borang apa?,” tanya Zuhaimi lagi
XXXXX“Minat apa ?” tanya Khalid pula.
XXXXX“Borang untuk belajar silat .”
XXXXX“Belajar silat ?” tanya Muaz ,Khalid dan Zuhaimi serentak.
XXXXX“Borangnya ada emak letak diatas meja belajar kamu.” Puan Khalida memberitahu anaknya sambil menyudahkan cucian di singki dan membasuh tangan.
Burr !!!!, serentak, mereka bertiga berlari menaiki tangga dan berkejar masuk ke dalam bilik. Puan Khalida dan Ustazah Raudah hanya ketawa kecil sahaja melihat telatah anak-anak mereka manakala Nenek Oya hanya tersenyum.
XXXXX“Wah ! perguruan Gayung Fatani !” anak mata Muaz terbuka luas membaca borang pelawaan ke majlis pembukaan silat Gayung Fatani.“Dibuat di Gelanggang Budaya Taman Sri Naning,”ulas Muaz lagi.
XXXXX“Taman Sri Naning ada gelanggang budayakah?, setahu saya Taman Sri Naning itu kawasan perumahan kos rendah” Khalid mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal, oleh kerana dahulu dia rajin merayau, banyak tempat-tempat yang agak jauh di ketahui oleh Khalid.
XXXXX“Jauh?” tanya Muaz pula.
XXXXX“Dari sini ada lebih kurang satu setengah kilometer, Taman ini bersebelahan dengan Institut Kemahiran GIATMARA Alor Gajah,” terang Khalid dengan panjang lebar.
XXXXX“Bagaimana kita hendak pergi?,”tanya Zuhaimi pula.
XXXXX“Kalau satu setengah kilometer, saya rasa kita jalan kaki sahajalah, tetapi kena keluar awal, barangkali lepas asar”saranan Khalid itu menunjukkan bahawa dia seorang yang tahu bagaimana hendak mengatur masa.
Diluar pengetahuan mereka Ustazah Raudah dan Puan Khalida memasang telinga mendengar anak-anak lelaki mereka berbual .Nenek Oya juga turut mendiamkan diri kerana ingin hendak mendengar kata-kata tiga orang budak lelaki itu.
XXXXX“Minggu depan. Khamis malam Jumaat,” Nada suara Zuhaimi kedengaran penuh semangat.
XXXXX“Maknanya hari apa itu?”tanya Khalid masih tidak faham
XXXXX“Hari Khamislah, dalam kalendar Islam, hari dikira bermula setelah masuk matahari, jadi jika siangnya Khamis, malam itu telah jadi Jumaat!”Muaz pula menerangkan.
XXXXX“Oh begitu,” Khalid sudah faham tentang penerangan hari itu. Semenjak berkawan dengan Muaz dan Zuhaimi banyak benda-benda baru yang menarik di pelajarinya.
XXXXX“Tetapi, sebelah malamlah!” Zuhaimi mulai berasa sukar. Dia tidak mahu meninggalkan ibu dan adik-adik perempuannya seorang diri di sebelah malam.
XXXXX“Yalah,” ternyata Khalid juga berfikiran yang sama, dia bimbang meninggalkan nenek dan datuknya seorang diri di rumah .Lebih-lebih lagi di sebelah malam.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home