SEPINTAS HELAIAN. Helaian-helaian awal Pendekar Merah Budiman.
Sebermula kisahnya disuatu ketika dahulu, setelah Raja Rekan yang memangku jawatan dari Sultan Abu Syahid, terdapat dua orang pendekar yang hebat di Melaka.
XXXXXSeorang bernama Beliung Darah.
XXXXXSeorang lagi bernama Si Tanjung Harimau.
Setelah kejadian Sultan Abu Syahid ditikam Raja Rekan sewaktu berada di istana, Raja Kasim yang telah diangkat rakyat sebagai Sultan Muzaffar Shah, berkenan melantik Pendekar Beliung Darah dan Pendekar Tanjung Harimau untuk mengawal dan memastikan keselamatan kekanda tiri baginda yang bernama Raja Kecil Mambang, yang di pakaikan gelaran Raja Muda Khalilullah.
XXXXXNamun datanglah peredaran masa dan takdir tuhan, bila di suatu ketika, sewaktu Raja Muda Khalilullah, Pendekar Beliung Darah dan Pendekar Tanjung Harimau pulang dari mengambil wang zakat di daerah Muar, Johor, mereka telah di serang hendap oleh sekumpulan lanun-lanun yang hebat, dikenali dengan nama…
XXXXXXGeruh Adikara.
Oleh kerana Pendekar Beliung Darah telah diracun orang sebelum itu, dia dengan mudahnya ditewaskan, Raja Muda melarikan diri dan cuma Pendekar Tanjung Harimau yang pulang ke istana mengadukan hal tersebut. Sultan yang murka dengan kelalaian Pendekar Tanjung Harimau telah memutuskan untuk menghukum Pendekar Tanjung Harimau. Ini membuatkan Pendekar Tanjung Harimau marah dan mulai mengamuk dan membuat onar di sana sini. Pendekar Tanjung Harimau khabarnya telah bersekongkol dengan Pendekar Hitam yang merupakan kepala lanun Geruh Adikara yang digeruni itu. Pendekar Hitam dikhabarkan orang banyak mempunyai kesaktian yang luar biasa sehingga mampu melumpuhkan mana-mana kampung dan kota di dalam masa satu malam. Pendekar Hitam juga di katakan pernah mengalahkan dua pendekar yang hebat pada ketika itu iaitu Pendekar Rengkah, yang lebih di kenali dengan nama Si Tongkat Jentayu dan Pendekar Nila yang lebih di kenali dengan nama si Pisau Api. Kerana telah berjaya mengalah dua pendekar yang tersohor itulah, Pendekar Hitam semakin di geruni. Sehinggalah….
Pada suatu hari, ketika Sultan Muzaffar sedang memikir-mikir dan bermesyuarat dengan para pembesarnya tentang bagaimanakah caranya untuk menghapuskan panglima Hitam di masa yang sama mencari dan menyelamatkan kekandanya, tiba-tiba datang tiupan angin yang kencang menyerbu masuk ke istana. Tiupan angin yang kuat menyebabkan semua yang berada di dalam istana memejamkan mata, namun sebaik sahaja keributan itu hilang, muncul seorang pendekar yang tidak pernah di lihat sebelum ini ditengah-tengah Balairong Seri dengan wajahnya yang berbendungkan kain merah, merafak sembah dihadapan Sultan Muzaffar.
XXXXX“Siapakah kamu ini!,” kemunculan yang tiba-tiba itu, membuatkan Sultan Muzaffar dan sekelian orang besarnya menjadi gempar dan terkejut.
XXXXX“Nama hamba Ribut Merah!, hamba datang untuk membalas dendam ke atas kematian kekanda hamba, Pendekar Beliung Darah!,”
XXXXX“Tetapi kenapa Tuan pendekar datang kemari?”
XXXXX“Ini kerana di kalangan orang-orang tuanku, ada pembelot yang selama ini bersekongkol dengan Panglima Hitam, dan orang itu bukan hanya Panglima Tanjung Harimau seorang!,”kata-kata Pendekar Ribut Merah itu membuatkan Bendahara Seri Amar Diraja dan sekelian orang yang berada di dalam Balairong Seri itu bangkit berdiri kerana merasa teramat marah dengan dakwaan pendekar Ribut Merah itu.
XXXXX“Bagaimakah tuan pendekar boleh begitu yakin bahawa Pendekar Tanjung Harimau itu mempunyai rakan pembelot didalam kerajaan beta?”
XXXXX“Kerana…”Pendekar Ribut Merah mengeluarkan sebilah keris, mencabut sarungnya dan kemudian berlutut di hadapan Sultan Muzaffar, “Pendekar Tanjung Harimau adalah Pendekar Hitam!”sehabis Pendekar Ribut Merah berkata-kata, dia mencacakkan keris di tangannya itu ke lantai istana.
XXXXX“Sediakanlah liang lahat untuk Pendekar Tanjung Harimau, hamba akan pulang membawa bangkainya selepas asar!,”Sehabis berbicara, ribut angin yang kuat merempuh masuk semula ke istana dan sepertimana hadirnya sebentar tadi, begitulah pula perginya Pendekar Ribut Merah itu.
saya ada 'usik' sedikit sejarah Melayu, tetapi karya Shalebear, masa di pesta buku, saya terjumpa naskah asalnya. Alamak !, tak cukup duit nak beli. Dia jilid macam kitab!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home