My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Wednesday, April 19, 2006

SEPINTAS HELAIAN -SAHABAT KOLE KACANG 2. EPI 4

XXXXX“Malam itulah, selepas kejadian itu, mereka berdua pergi ke kedai makan di hujung selekoh itu”Hassan menyapu-nyapu debu yang ada pada bajunya,“kebetulannya,selepas kamu balik itu, saya memang ada di situ sedang menonton rancangan bola sepak di televisyen”
XXXXX“Mereka berdua kata apa?”
XXXXX“Mereka kata orang tua itu bodoh!, sebab bawa motor tidak nampak orang!”Kasim yang mendengar ulasan Hassan itu, hanya mendiamkan diri, dia tahu bahawa kejadian yang sebenarnya bukan begitu. Ini kerana dialah sebenarnya yang salah kerana tidak memandang ke hadapan dan menumpukan perhatiannya semasa mengayuh basikal itu, malah sangat mujur kerana orang tua itu memandu dengan kelajuan yang perlahan, dapatlah orang tua itu mengelakkan motornya dari melanggar dirinya.
XXXXX“Orang tua itu cedera?” tanya Kasim dengan nada yang simpati.
XXXXX“Ah, orang tua itu tidak ada apa-apalah, kamu tahu Kasim, selepas dia jatuh, dia boleh marah pula pada abang Sazali dan Harmizi!”kata-kata Hassan seolah-olah membela perbuatan Sazali dan Harmizi.
XXXXX“Kenapa dia marah pada abang Sazali dan Harmizi?,”tanya Johan.
XXXXX“Abang Sazali cakap, mungkin kerana dia dan abang Harmizi tidak mahu tolong dia angkat motornya!”
XXXXX“Apalah orang tua itu!,kalau mereka itu tidak mahu tolong, janganlah marah-marah!,”Johan pula semakin giat menyalahkan orang tua itu.
XXXXX“Abang Sazali itu baik tahu!, dia selalu belanja saya makan dan minum di kedai makan di selekoh itu!”
XXXXX“Mereka itu tidak makan di rumahkah?”
XXXXX“Saya rasa mereka itu makan diluar dan di kedai sahaja, saya tidak pernah nampak dapur rumah mereka berasap!”
XXXXX“Macam orang kaya sahaja mereka itu!,”ulas Kasim setelah mendengar penerangan Hassan.
XXXXX“Saya rasa mereka berdua itu anak orang kayalah, sebab ada motor sendiri dan tinggal bujang di rumah kos rendah di hujung kampung kita itu!”
XXXXX“Mereka itu kerja apa?”
XXXXX“Entahlah, kata abang Sazali mereka kerja sendiri dibahagian eksport dan import”
XXXXX“Kerja eksport dan import?, wah kalau macam itu tidak hairanlah mereka itu kaya,”Johan pula yang memuji-muji Sazali dan Harmizi itu.
XXXXX“Orang tua yang saya nyaris hendak terlanggar itu kamu kenal tidak?”
XXXXX“Kamu tidak kenal dia?, habislah kamu!”
XXXXX“Kenapa?”
XXXXX“Orang tua itu bekas tentera tahu!, saya dengar dia dan regimennya pernah mengebom satu satu batalion komunis di utara tanahair!,”dada Khalid berdebar, seingat Khalid dia pernah mendengar ada orang bercerita mengenai kehebatan datuknya di dalam pertempuran dahulu.
XXXXX“Siapa nama orang tua itu?,”Kasim masih teringin untuk tahu nama orang tua yang telah disusahkannya semalam.
XXXXX“Saya lupa nama betulnya, tetapi orang mengelar dia Sarjan John Bravo J, bekas askar.”Terang Hassan. Khalid yang mendengar perbualan itu berkerut dahinya. Datuknya bernama Haji Jalil.
XXXXX“John Bravo J?, macam nama mat saleh aje!,”Kasim masih kurang percaya dengan penerangan Hassan itu.
XXXXX“John Bravo J ada cucu satu sekolah dengan kita!,”Khalid yang mendengar kata-kata Hassan itu terbuka luas matanya.
XXXXX“Hah!, kamu biar betul. Siapa?,”Johan yang mendengar tentang perkara itu terperanjat mendengarnya. Begitu juga dengan Kasim.
XXXXX“Kalau kamu berdua hendak tahu, belanja saya minum dulu”

0 Comments:

Post a Comment

<< Home