My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Sunday, January 22, 2006

Bagaimana penulis Story Board berperanan

Ada kursus yang dianjurkan oleh PTS berkenaan keperluan untuk menghasilkan penulis storyboard. Satu ‘kerja’ yang selama ini saya bypass sahaja bila membuat skrip untuk pelukis. Kursus anjuran pts itu berlangsung pada 22hb.
XXXXXXXXXXMasaalahnya…..ops, semula. Peluangnya, saya akan mempunyai extra 2 hari pula, 23 dan 24 haribulan , sebelum 25, 26 dan 27 ke Finas pula. Saya mengetuk-ngetuk hujung pena ke dahi. Memikirkan tempat untuk berehat yang ekstra 2 hari itu. Hmm, barangkali didalam Van!.
XXXXXXXXXXLalu akhirnya saya memutuskan untuk pulang sahaja ke rumah selepas kursus pada 22hb itu dan naik semula membawa Van pada 25,26 dan 27.
Ya, pada hemat saya, begitu lebih selamat dan ekonomi!.
XXXXXXXXXXKursus yang bakal di buat pada 22hb itu akan di kendali oleh saudara Fythullah Hamzah yang juga lebih dikenali dengan nama Kromosom atau lebih manja di panggil teman-teman dengan nama Krom, Seingat saya Krom pernah bersama beberapa pelukis lain menerbitkan satu majalah grafik bernama URBAN COMICS, satu percubaan berani yang di lakukan oleh sekumpulan pelukis-pelukis muda dan saya kira bukan sedikit pengalaman yang telah mereka kumpul sepanjang mereka menerbitkan majalah URBAN COMICS itu, sehingga majalah itu akhirnya menemui jalan akhirnya.
XXXXXXXXXSesuatu yang menyakitkan bila usaha yang di bajai dengan keringat dan iltizam yang tinggi itu berakhir seperti mana majalah-majalah lain. Gagal untuk standout, walaupun secara pribadi saya sendiri meminati kandungan-kandungan di dalam majalah itu.Pengalaman bagaimana siksa dan sakitnya sepak terajang dunia penerbitan komik itu saya kira satu pengalaman yang mahal.
Itulah antara perkara-perkara yang saya rasakan sangat bernilai untuk saya kutip pada kursus penulisan itu. Jadi sudah tentulah apa yang bakal di bentangkan oleh Fauzul dan Kromosom itu perkara-perkara yang pada hemat saya bernilai untuk mereka yang hendak menceburi bidang penulisan storyboard.
XXXXXXXXXTernyata percaturan saya itu berbaloi seiringan dengan tanggapan saya .
Sayangnya, Invic tidak dapat menghadirkan dirinya kerana mengalami sedikit keuzuran pribadi ,kendatipun, pada pendapat saya handout yang di buat oleh Kromosom itu sedikit sebanyak akan banyak memberi bantuan kepada sesiapa yang berminat untuk menghasilkan storyboard.

Dengan standart kerja yang sebenarnya.

XXXXXXXXXXSaya agak terkejut juga bila mengetahui antara yang menghadiri kursus itu ada pula seorang pensyarah dari Kolej Lim Kok Wing .Sesuatu yang menarik perhatian saya kerana dalam masa yang singkat agak ramai juga yang datang menghadirkan diri. Beberapa nama baru di pergh seperti Xara Fatimah juga turut datang ke kursus itu.
Saya masih menunggu-nunggu Invic namun nampaknya sahabat itu memang tidak berupaya untuk hadir dan hanya menampakkan diri setelah selesai kursus itu.
XXXXX"Belum siap lagi" Beritahu Invic dengan suara yang agak sengau bila saya menanyakan mengenai kartu nama saya.
XXXXX"Apasal ni?"
XXXXX"Badan tak berapa sihat, aku selsema." Beritahu Invic. Terasa bersalah pula mengesa Invic datang menemui kami pada petang itu. Saya mengangguk-angguk. Simpati saya memahamkan dirinya. Namun saya yakin bahawa kerja itu telah memasuki fasa yang terakhir. Setelah tamatnya kursus saya semakin merasakan betapa pentingnya saya mempunyai kartu nama itu . Saya akan ‘berevolusi’ lagi selepas ini, menaik tahap diri ke satu tingkat lagi.Ah macam komputer pula diri saya ni, boleh di upgrade bagai!.
Saya pulang ke rumah dengan iltizam yang padu, menyediakan pakaian untuk kursus finas sambil menaip lagi beberapa helai untuk kisah pendekar merah budiman.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

2:34 AM  

Post a Comment

<< Home