My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Wednesday, February 01, 2006

Blessing in disguise

Kalau dalam istilah bahasa Melayunya barangkali ‘Rahmat di sebalik musibah’ adalah terjemahan yang mengenai ertinya.
XXXXX"Ini buku kau ni, Ran?" Tanya Tahir.
XXXXX"Yap, buku hamba" beritahu saya, berlelucuan, Tahir membuka cermin matanya lalu menarik buku ‘sahabat kole kacang’ itu rapat ke mukanya. Tahir rabun jauh.
XXXXX"Buku ni mengisahkan apa ni ?"
XXXXX"Kuih kole kacang dan bagaimana kuih ni menghubungkan beberapa sahabat," saya memasukkan beberapa buah buku kole kacang ke dalam beg, dengan harapan buku-buku itu dapat saya jual esok di tangan teman-teman "buku ni sesuai untuk pelajar-pelajar darjah empat hingga ke tingkatan satu." Saya memberikan pendapat.
XXXXX"Jadi temanya persahabatanlah ni"
XXXXX"Yes, my friend, kau nak?, ambiklah, aku bagi kau special price, sebelas ringgit."Tahir membelek-belek buku Sahabat Kole Kacang itu, bahagian belakang buku itu yang terdapat sinopsis kecil dibacanya. Tahir tersenyum.
XXXXX"Aik, Syakirah lagi?,"komen Tahir membuatkan aku ketawa kecil Tahir membuka bahagian dalamnya dan memantau sekilas gambar-gambar di dalamnya.
XXXXX"Gambar-gambar ni kau lukis ke?"
XXXXX"Bertuah kalau aku yang lukis, itu lukisan Faizal Nordin, sekarang ni dia kat Qatar."
XXXXX"Qatar?, apa jauh sangat!"
XXXXX"Pelukis PTS biasa la, satu dunia kita punya pelukis, hantar job semua pakai internet jer" usik saya. Tahir mengeleng-geleng kepala sambil meneruskan penelitiannya ke atas buku saya.
XXXXX"Aku boleh jual ni!,"beritahu Tahir, yakin.
XXXXX"Iye ke ni ?"
XXXXX"Boleh, insyaallah, boleh letak kat sekolah ni,"beritahu Tahir yakin. Masyaallah!, bagaimana saya boleh terlupa yang si Tahir ni bekerja di Jabatan perpustakaan sekolah !.
XXXXX"Iye ke?," tanya saya yakin .
XXXXX"Boleh, boleh jual ni, member aku ada yang kerja bagi tuisyen, kalau tak dapat masuk perpustakaan boleh push ni pada budak-budak tuisyen dia."Tahir meletakkan keyakinan yang tinggi.
XXXXX"Rite."saya memerhatikan Tahir meletakkan semula buku itu diatas meja bersebelahan labtop saya lalu mencapai surat khabar. Ah, barangkali nanti sebelum balik, Tahir akan menghulur wang.Saya menduga.
Namun dari reaksinya siang tadi, Tahir pastilah akan terlupakan buku itu, namun beberapa hari berturut setelah mengira baki buku yang terjual, saya dapati bahawa saya telah kehilangan sebuah buku. Diambil Tahir barangkali, tetapi Tahir yang saya kenal tidak akan mengambil sesuatu tanpa memberitahu saya, atau adakah dia menyangka bahawa sampling yang saya maksudkan itu ‘ambil tanpa bayar dahulu’.
Biar betul si Tahir ini, kalau yang begitu, besar ceritanya!
Ternyata dugaan saya tepat, tiga hari sebelum kurus penulisan di PTS taman permata, Tahir menalifon saya.
XXXXX"Assalamualaiku, Hallo Ran"
XXXXX"Waalaikumsalam, ha Tahir aku baru nak call kau"
XXXXX"apasal ?"
XXXXX"Kau ambik ke buku kole kacang tu?"
XXXXX"Eh yelah, untuk sampling"
XXXXX"Laaa…asal tak bayar lagi ?"
XXXXX"Aku bukan nak ambik sebuah la, ni pasalnya aku telefon ni, aku dah cakap macam yang kau cakap kat cikgu tu, dia kata boleh!"
XXXXX"Boleh apa?"
XXXXX"Boleh la jual kat kursus dia nanti, tapi mau banyak la…"
XXXXX"Berapa ?"
XXXXX"Seratus copy boleh dapat ?." Saya tergamam. Garu kepala.
XXXXX"Kursus dia tu bila ?"
XXXXX"Coming Saturday la, boleh dapat?"
XXXXX"Kau serius ke memain jer ni?"
XXXXX"Eh serius la, kalau kau ada sekali masa kursus lagi cantik"
XXXXX"Oklah aku cubalah, nanti apa-apa hal aku sms kaulah"
XXXXX"rite..rite…cepat sikit ek"
XXXXX"Okeh..okeh…".Sebaik sahaja Tahir letak telefon saya terus menghubungi Kak Nor, menanyakan caranya kalau hendak mendapatkan 100 buah buku, sms itu di perpanjangkan pada suaminya, Abang Zaharin.
XXXXXXXXXX[Abang Zaharin] Buku kalau nak besok ofis sales kat batu caves buka. Kalau nak bawa dan jual buku2 lain pun boleh jugak.
XXXXXXXXXX[Panah] Bagi saya alamat kat batu caves 2 bang, saya rasa kalu area dekat unikop tu saya familiar. Saya ingat buku Alip boleh kot, tp buku sabar bohari saya tak pernah baca lagi.
XXXXXXXXXX[Abg Zaharin] No 3, jalan industri Batu Caves 1/6, Taman Industri Batu caves. Tel 03-61880316.
Setelah mendapat alamat dari Abang Zaharin saya terus menghantar sms pada tahir pula

XXXXXXXXXX[Panah] Tahir, Aku ingat akan jual sekali buku2 kawan-kawan aku yang menulis di pts tu, tapi ini pun dengan kebenaran atau persetujuan member kau tu, kalau dia kata boleh la, baru aku akan kata ok, kalau tak aku akan bawak buku aku aje nanti. Buku member aku tu aku tak berani bagi persen. Harga sama. Aku harap kau bagi jawapan malam ni jugak sebab kalau setuju, besok aku akan pergi ambik buku tu besok pagi. Kalau kau tak sms, aku consider kau setuju la ek!.

Merasa sangat gembira saya turut menghantar sms kepada Alif.
Ternyata esoknya ketika dalam perjalanan Tahir menalifon saya. Saat itu hujan mulai merintik-rintik turun menimpa cermin hadapan Van.
XXXXX"Kau kat mana ni ?"
XXXXX"on the way nak ambik buku la, dah sampai Kajang dah ni!"
XXXXX"Alamak!, kau pergi cepat sangat la, kursus tu tak jadi buat la sabtu ni bang!, bulan tiga nanti!".Hantu punya Tahir!, aku dah separuh jalan baru kau nak talifon !.
XXXXX"Sorry la!,"pinta Tahir. Saya menutup talifon, mencari tempat meletak Van di tepi jalan lalu memberhentikan kenderaan. Membuka tali pinggang keledar, lalu menarik nafas. Nafas terasa berat, cepat-cepat saya mencapai bekas ubat, teringat bahawa saya belum menelan walau sebutir pun sejak pagi tadi. Setelah menelan ubat saya menolak tempat duduk kebelakang cuba bertenang dan mengambil nafas,
XXXXX"Releks," saya memberitahu diri saya, "everything happend for a reason."Melalukan lima butir ubat ke dalam perut .Saya mengambil kesempatan bertenang itu untuk melelapkan mata, kebetulannya hujan semakin lebat ketika itu, sangat sesuai untuk mengambil masa untuk tidur sebentar.
Saya menolak sedikit kerusi pemandu van saya lalu mengambil keputusan untuk tidur di dalam hujan yang semakin lebat.
Setelah dua jam melelapkan diri di dalam hujan, saya menghidupkan semula enjin van dan memandu terus ke Batu Caves. sebelum itu saya sempat menghantar sms pada Alif. Mohon simpatinya, barangkali.
XXXXXXXXXX[Panah] Alamak alip, aku baru dapat berita yang kurang mengembirakan la, kursus 2 tangguh la pulak, camner ha, nampak gayanya amik untuk besok la, boleh la ye tak ?.
Saya meneruskan pemanduan dengan hati yang tidak tenteram, namun hanya beberapa kilometer, saya telah mendapat sms balas dari Alif
XXXXXXXXXX[Alif] Ko ambik untuk laman seni pun ok, apa. Sabtu ni aku pergi laman seni.
Ya Allah !, betul juga kata Alif !, bagaimana saya boleh terlupakan tempat dimana saya bermula itu.
Saya meneruskan pemanduan dengan hati yang gembira.
everything happend for a reason.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home