Pengalaman di Finas
Kursus di Finas, bermula dengan sebuah pertandingan menulis skrip untuk FINAS yang sertai sekitar satu tahun setengah yang lepas. Saya tewas didalam pertandingan itu . Naskah yang bertajuk "ayat mahu power" saya itu akan di pulangkan jika saya datang ke FINAS untuk mengambilnya sendiri. Satu syarat yang saya rasakan agak besar pada saya namun tetap bermanfaat.
Rupa-rupanya soal mengambil semula naskah itu di nilai FINAS sebagai satu komitmen terhadap kemahuan untuk berkarya. Lalu barangkali, atas penilaian itu, saya di jemput untuk menyertai kursus FINAS di premis mereka, bersebelahan zoo negara. Saya melihat jadual saya, kursus di FINAS memang tiga hari, namun tiga hari sebelum itu, pada Ahad, 22 haribulan saya merasa perlu pula ke kursus penulisan storyboard yang dianjurkan oleh PTS , Invic telah berjanji untuk menyertai kursus itu disamping ketika itu menyiapkan kartu nama saya pada waktu itu. Cantek!.
Ternyata pengalaman yang saya dapat di FINAS sepanjang 3 hari itu benar-benar berbaloi !.Banyak yang dapat saya pelajari ketika hadir kursus itu, ternyata kedatangan saya ke kursus FINAS itu menajamkan lagi kemahiran saya untuk menulis. Namun yang sangat beruntungnya saya adalah kerana saya hadir dengan mengheret labtop buruk saya. Dan kerana saya satu-satunya peserta kursus yang hadir di bengkel itu membawa labtop, maka saya mendapat percuma program ‘Final Cut 5’. Satu program aturcara yang saya kira sangat-sangat penting untuk penulis skrip. Saya jatuh cinta dengan program ini hanya dalam satu jam!.Version yang terkini telah pun mencecah ke angka 7.
Saya menguji ‘final cut 5’dengan menulis semula projek ‘kapal dari jeddah’ yang telah tertangguh sekian lama.
Saya senyum sendiri. Tidak sia-sia saya mengheret labtop saya kehulu dan kehilir.Itu baru hari yang pertama.
Masuk hari yang kedua, keadaan bertambah baik bila Prof Wan Zawawi pula datang memberi ceramah.
Saya sempat berbual-bual dengan beliau lewat waktu makan tengahari, menanyakan pendapatnya tentang senario dunia penulisan skrip/skrin dewasa ini. Nampaknya saya berkongsi pandangannya tentang dunia penulisan skrip/skrin dengan Prof Wan Zawawi.
"Kita tidak ada skrip yang bijak" kata beliau. Saya senyum dan mengangguk.
"Skrip kita banyak membodoh-bodohkan penonton, menunjukkan seolah-olah penonton kita tu bodoh"
"Saya rasa skripnya tidak masak." Saya memberikan pendapat saya pula.
"Itulah sebabnya kita memilih saudara-saudari semua ni, kami berharap produk-produk yang bakal kami terima di masa akan datang, lebih terjamin"
"Saudara saudari semua boleh menulis, Cuma barangkali format itu banyak yang tidak tepat." Sambung Wan Zawawi. Saya mengangguk-angguk yang setuju, semalam sahaja saya sudah dapat melihat apa yang tidak betulnya dengan skrip saya.
Dan menjelang hari ketiga, kerana adanya bakal-bakal penulis skrin yang bising-bising kerana tidak mendapat nota, kami di sumbatkan dengan nota-nota setebal dua puluh ke tiga puluh muka surat, yang pada hemat saya cuma tiga atau empat helai sahaja yang sebenar-benarnya penting untuk penulisan skrip telemovie. Yang selainnya baik untuk menulis dokumentari dan skrip cerita pendek sepanjang lima ke sepuluh minit.
"Ada dapat tengok movie tak ?," tanya seorang kawan saya.setelah saya tamat kursus itu. Lewat malam, ketika saya sedang makan bersamanya.
"Ada dua buah filem pendek yang menarik hati saya, salah satunya lakunan Ning Baizura, very good performance,"beritahu saya kepada teman ini.
"Cerita apa?"
"Malaikat di Jendela dan Zaleha ayam patah" beritahu saya sambil tersenyum.
"Alamak!," kawan ini menepuk pehanya tanda kesal yang teramat. Saya tahu dia memang teringin hendak menonton dua filem pendek yang telah menaikkan nama Malaysia itu.
"Insyaallah, lain kali ada rezeki kau," saya memujuk sahabat itu agar jangan terlalu kesal.

1 Comments:
weh, bang. Kata nak rasia. Ni dah dedah dah. Satu dunia dah tau. Isk..isk...
Post a Comment
<< Home