My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Wednesday, December 21, 2005

Sebuah kedai Pajak dan selingkar kisah disebaliknya.

Kedai pajak adalah suatu projek penulisan yang terhasil di PTS lewat suatu janji yang tidak tertunai .
Telah tiga puluh tahun masa berjalan , saya masih belum dapat memberikan apa-apa yang tegar ,indah mahupun istimewa buat seorang wanita yang sangat bererti didalam kehidupan saya diatas muka bumi ini .

Seorang ibu yang lenguh menyanyangi anaknya semenjak anak itu masih merah dan tidak mengerti .

Sejarah saya di bawah jagaan ibu sangat getir .Dalam sekian ramai anaknya , saya yang paling menyusahkan . Sebutlah apa saja . Jatuh perigi, kemalangan, disampuk, dipukul samseng,gagal SPM, gagal pengajian malah sakit yang aneh.
Sejarah ‘jatuh’ saya terlalu . Sehingga saya berharap agar saya tidak ‘jatuh’ lagi selepas gagal di pengajian namun sejarah terus berulang.

Saya jatuh lagi rupanya. Kali ini jatuh yang lebih merbahaya kerana melibatkan nyawa. Jatuh sakit .

Ya saya sakit lagi .Sakit yang kronik .Saya hampir menyerah ketika itu . Selebihnya kerana hati ini tak sanggup lagi melihat ibu menangis di dalam hati .

Bicara, keluh, menung , senyum malah ketawa ibu masih terasa di hati saya seperti suatu seru yang maha pedih .Ibarat serpih-serpih kaca yang menghiris, Berdenyut didalamnya kerisauan. Hingga saya tega berdoa kepada yang maha menentukan …

Ya Allah panggillah aku pulang jika sekiranya kepulanganku menoktahkan kepedihan ibu .
Saya bukan berani kerana meminta yang ‘itu’ kepada Allah…

Malah itu adalah sikap lelaki kecil yang sudah menyerah dan putus asa terhadap ketentuan Allah .

XXXXXXXXXX“Sikap yang dayus . Pengecut !”Kata seorang teman mengingatkan ketika teman ini lewat menziarahi saya yang masih terlantar.
XXXXXXXXXX“Salahkah , saya jujur dengan diri.” Saya masih cuba membela diri ketika itu .Bicara saya pun ketika itu pun sangat perlahan.Naif . Teman ini diam, namun saya yakin dari sinar di matanya ada jawapan.
XXXXXXXXXX“Salahkah ?” Saya mendesaknya lagi. Dia memandang saya ,dalam-dalam. Barangkali meminta saya bersedia dengan jawapannya.
XXXXXXXXXX“Ad dayyus laa yad khulul jannah.” Beritahunya lembut, tetapi keras memukul kedalam diri saya. Saya memecah tangis dihadapannya di masa yang sama memegang kedua-dua bahunya .Memohon simpati agar jangan dihukum saya dengan begitu keras.

Sejarah sakitlah yang paling gila dalam rentetan kehidupan saya. malah semenjak masih di sekolah rendah.

Lalu saya menyimpan suatu iltizam, kalau seandainya saya pulih saya akan bertekad untuk tidak menyusahkan ibu lagi .

Dan Alhamdulillah selepas mendapat peluang berdoa di hadapan Multazam dan selesai bertahalul . Sedikit demi sedikit tetapi konsisten, diri saya mulai pulih .

Pulang dari tanah haram, saya mendapati keupayaan saya untuk menulis semakin meningkat. Janji dua buah karya dengan PTS perlu saya selesaikan.

Lalu azam yang dahulu datang semula mengetuk pintu janji. Lalu dengan sengenap upaya saya berjerih untuk menyiapkan novel yang pertama, itu pun masih banyak yang belum selesai . Saya menghitung-hitung waktu dan wang yang keciciran, dengan ,menunggu basnya, dengan menaip di Kafe Sibernya, oh ! parah saya kalau begini .Lalu pada suatu malam ketika saya masih belum di tawan kantuk saya tafakur yang panjang di laman hadapan rumah .Cuba mencari penyelesaian dan satu-satunya ketika itu jawapan pada keazaman saya adalah dengan mendapatkan sebuah labtop agar kerja-kerja saya menjadi lebih pantas. Soalnya dimana pula perlu saya dapatkan wang untuk membeli labtop ?

Satu-satunya jawapan yang melintas di fikiran saya ketika itu adalah menukarkan satu-satunya ‘harta kesayangan saya’ dengan ‘jambatan cita-cita’.Ah alangkah beratnya pengorbanan itu . Satu-satunya barang pemberian ayah yang banyak jasanya akan saya jual .
NAN 8727. Warna hitam .Honda .
XXXXXXXXXX“Betul ke kau nak jual motor kau ?”
XXXXXXXXXX“Bukan motor”
XXXXXXXXXX“Habis tu kau nak jual apa ?”
XXXXXXXXXX“Janji”.Ingatan janji kepada arwah ayah sepantas kilat melingkar kedalam kotak ingatan.
XXXXXXXXXX“Janji ?”
XXXXXXXXXX“Janji aku.” Teman ini ketawa yang besar kata-kata saya.
XXXXXXXXXX“Aku tak pernah dengar cerita orang menjual janji, mengadai janji adalah.”
XXXXXXXXXX“Kan sama tu”
XXXXXXXXXX“Oh tak sama, kalau jual ertinya tidak ada cita-cita untuk dapatkan balik”
XXXXXXXXXX“Kalau gadai ?”
XXXXXXXXXX“Dalam tempoh waktu yang tertentu kau akan mendapatkannya balik, then kalau dalam waktu yang tertentu itu kau gagal mendapatkannya balik atau melangar terma perjanjian, barulah barang itu dianggap telah di jual.”Saya terdiam. Kawan ini menyambung ketawanya lagi.
XXXXXXXXXX“Sekarang, aku nak tanya kau sekali lagi, kau nak gadai ke kau nak jual?” Saya terfikir semula .Kawan ini memang tahu bahawa saya sangat sayangkan motor itu, jadi kemungkinan untuk mengadai itu timbul didalam hati saya.
XXXXXXXXXX“Sekarang macamana ?” Saya tersenyum bodoh.
XXXXXXXXXX“Jual. aku tetap akan jual.”Teman ini menyeringai lagi pada saya.
XXXXXXXXXX“Nampaknya kau dah nekad. Berbaloi tak pulangannya ?”
XXXXXXXXXX“Pulangannya adalah sebuah jambatan ”Sekali lagi kawan ini ketawa, matanya terpicing kerana ketawa itu.
XXXXXXXXXX“Jambatan kejayaan.”Saya menerangkan maksud sebenar.Ketawanya bertambah gawat seolah-olahnya ada sesuatu yang lucu pada gambaran saya itu.
XXXXXXXXXX“Jambatan kau ni ada tol tak ?”Usiknya. Kini barulah saya faham kenapa ketawanya terlalu. Kawan ini otaknya business sahaja !.Kali ini kami sama-sama ketawa.
XXXXXXXXXX“Aku bagi kau menanglah !”. Akhirnya saya menyerah dengan usikkannya itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home